Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Saturday, April 9, 2011

The Infection Akhirnya telah Terbongkar~


Akhirnya The Infection telah membongkarkan diri mereka .. Mereka hanya merupakan syarikat telekomunikasi sahaja dibawah penyeliaan CELCOM  ... Jom kita terjah Website mereka ...

 
Pendaftaran
  1. Bagi menggunakan perkhidmatan Kolony™, pelanggan perlu mendaftar ke Kolony™. Pendaftaran adalah percuma.
  2. Kolony ™ ditawarkan kepada semua pelanggan prabayar Celcom (Xpax, UOX, SOX, Blue dan Sukses), dan pelanggan Pascabayar/Enterprise.
  3. Pelanggan harus mendaftarkan nama pengguna dengan Kolony™. Nama pengguna boleh mengandungi abjad atau angka, sehingga maksimum 12 abjad atau angka.
  4. Satu nombor telefon hanya boleh mendaftar satu nama gelaran. Pendaftaran hanya boleh dilakukan satu kali sahaja.
  5. Celcom tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap nama gelaran yang tidak diingini,tidak menyenangkan atau tidak senonoh yang didaftarkan oleh pelanggan.
  6. Selepas pendaftaran, pelanggan akan diberikan 500 Koinz Kolony ™. 500 Koinz percuma ini hanya diberikan SEKALI bagi setiap nombor talian unik. Pelanggan yang telah membatalkan pendaftarannya dan telah cuba membuat pendaftaran baru dengan Kolony ™ tidak akan diberikan 500 Koinz Kolony ™ percuma.
  7. Pengumpulan dan pemberian Koinz percuma hanya akan bermula selepas pendaftaran dengan Kolony ™ berjaya.
Pembatalan /Pelupusan Pendaftaran dalam 30 hari Grace Period
  1. Pelanggan boleh memberhentikan perkhidmatan Kolony™ dengan menghantar KSTOP ke kod pendek (shortcode) 25333.
  2. Pengumpulan dan pemberian Koinz, dan kebolehan menggunakan perkhidmatan Kolony™ akan diberhentikan dengan serta merta apabila pendaftaran Kolony™ dibatalkan/dilupuskan.
  3. Pelanggan boleh mendapatkan kembali nama gelaran mereka, Koinz yang telah dikumpul, Frens dan orang-orang yang berkawan (Fren) dalam masa 30 hari selepas pendaftaran berjaya dimansuhkan atau dilupuskan.
  4. Pelanggan yang melakukan pendaftaran dalam masa tempoh tenggang/tempoh tangguh (Grace Period) 30 hari akan secara automatik boleh mendapatkan kembali nama gelaran mereka, Koinz yang telah dikumpul, Frens dan orang-orang yang berkawan(Fren). 500 Koinz percuma dari bonus pengaktifan Kolony tidak akan diberi kepada pelanggan yang mendapatkan kembali nama gelaran mereka dalam masa tempoh tenggang/tempoh tangguh (Grace Period) 30 hari.
  5. Semua Koinz yang telah dikumpul, Frens dan orang-orang yang pelanggan berkawan(Fren) akan dibatalkan dan tidak boleh diambil semula selepas 30 hari selepas pelanggan berjaya membatalkan atau melupuskan pendaftaran Kolony ™ mereka.
  6. Pelanggan boleh mendaftarkan gelaran baru selepas tempoh tenggang/tempoh tangguh 30 hari, sebagai pelanggan baru. Semua Koinz yang dikumpul, Frens dan orang-orang yang pelanggan berkawan(Fren) di bawah nama gelaran lama akan dimansuhkan/dilupuskan.
  7. Celcom berhak untuk mengenakan sebarang bayaran melalui Koinz atau dalam bentuk kewangan melalui kredit prabayar atau dicajkan kepada bil Pascabayar / Enterprise bagi sebarang perubahan yang dibuat dibawah nama gelaran berdaftar dan/atau pendaftaran semula di Kolony ™ tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada pelanggan.
Kolony™ Koinz
  1. Koinz Kolony ™ tidak boleh digunakan dalam pertukaran untuk wang tunai, kredit Airtime, Aircash atau apa-apa token dalam bentuk benda/bukan wang.
  2. . Koinz Kolony™ boleh dialihkan kepada pelanggan Kolony™ yang lain (Prabayar / Pascabayar / Enterprise) dengan syarat 10 koinz akan ditolak/didebitkan untuk setiap transaksi.
  3. Buat masa ini, Koinz Kolony™ tidak mempunyai tempoh sahlaku.
  4. Pelanggan boleh menggunakan Koinz untuk menggunakan perkhidmatan Kolony ™ selagi akaun Prabayar / Pascabayar / Enterprise mereka tidak ditangguhkan atau dihentikan.
  5. Celcom mempunyai hak untuk menukar / menyemak semula struktur dan kesahihan Koinz Kolony ™ tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada pelanggan.
Membeli Koinz
  1. Koinz Kolony™ boleh dibeli oleh semua pelanggan Celcom Prabayar (Xpax, UOX, SOX, Blue dan Sukses), pelanggan Pascabayar dan Enterprise.
  2. Pelanggan boleh membeli Koinz Kolony™ melalui SMS dengan menghantar KOINZ <10/50/100> kz ke kod pendek (shortcode) 25333.
  3. Kos untuk 10 Koinz Kolony™ ialah RM0.30, RM1.50 untuk 50, dan RM3.00 untuk 100.
  4. Pelanggan Prabayar harus mempunyai baki kredit yang cukup di dalam akaun mereka untuk membeli Koinz Kolony™. Kredit mereka akan dipotong dari akaun mereka dengan setiap pembelian Koinz yang berjaya selepas mereka menerima notis melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).
  5. Pembelian Koinz Kolony™ akan disertakan di dalam bil bagi para pelanggan Pascabayar / Enterprise.
  6. Celcom tidak akan memberi pembayaran balik jika pelanggan membuat pembelian Koinz (Prabayar / Pascabayar / Enterprise) ke denominasi yang salah.
  7. Pelanggan (Prabayar / Pascabayar / Enterprise) tidak boleh membeli Koinz bagi pihak pengguna Kolony yang lain. Semua pembelian Koinz akan dimasukkan ke akaun peribadi Kolony™ masing-masing.
Koinz Percuma
  1. Pelanggan yang menggunakan Pelan Xpax (X2), SOX dan UOX akan diberi Koinz Kolony™ PERCUMA dengan setiap panggilan yang dibuat. Struktur ganjaran Koinz adalah seperti berikut:

    Kriteria Ganjaran Koinz Kolony
    Panggilan pertama hingga kelima dalam sehari 10 Koinz untuk setiap panggilan
    Panggilan keenam keatas dalam sehari 20 Koinz untuk setiap panggilan

  2. Koinz PERCUMA akan diberikan kepada pelanggan pada hari berikutnya. Pelanggan akan menerima notis melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) sebagai pengesahan bahawa Koinz PERCUMA telah berjaya dikreditkan ke akaun Koinz Kolony ™ mereka.
  3. Koinz percuma boleh digunakan untuk mengguna pakai kesemua servis dan perkhidmatan Kolony seperti pertukaran mesej, permainan dan lain lain lagi.
  4. Koinz tidak boleh digunakan dalam pertukaran untuk wang tunai, kredit Airtime, Aircash atau (s) token dalam bentuk benda atau bukan wang.
  5. Koinz percuma boleh dipindahkan/dialihkan kepada pelanggan Kolony yang lain (Prabayar / Pascabayar / Enterprise) dengan syarat 10 koinz akan ditolak untuk setiap transaksi.
  6. Buat masa ini, Koinz Kolony™ tidak mempunyai tempoh sahlaku.


8 Rakyat DDCzone Berkata -kata:

aNiss :):) said...

ouhh.. ingat apa.. sebab ada tengok iklan logo nie =)

lassiegewdix said...

syg sekali
bukan pengguna celcom :)

faraa halim said...

tapi takot la dgn die punye logo, arggghh

Izamir Ridzwan said...

tak phm.. huhu

DDCzone said...

patut ah korunk tak paham pergi kat dia punya website tuh ---- klik kat perkataan >>KOLONY<< atas skali post ni.. baru tuka link .... hahahaha

jia said...

hai hai hai...
jia tak boleh tidur..
jadi tak tahu nak buat apa..
baca lah entri entri brader dan kawan kawan yang lain jugak.. :)

jia said...

jia pengguna celcom.. :)
macam nak join sebab tak dikenakan bayaran..
tapi macam ragu ragu..
jap eah pakat ajak ramai ramai join baru best.. :)

Along Usop said...

macam2 dah skarang.... =p