Dalam solat berjemaah ada imam dan makmum. Rasanya semua orang pernah bersolat secara jemaah. Sebab tu, kebanyakan orang dah maklum macam mana kedudukan imam dan makmum dalam solat jemaah yang ada lelaki seperti yang biasa dilihat di masjid-masjid atau surau. Tapi suatu perkara yang agak asing atau jarang-jarang dibuat ialah bila semuanya perempuan. Di mana imam akan berdiri dan di mana pula makmumnya.
Apabila imam dan makmum semuanya wanita, maka imamnya tidaklah sama seperti lelaki. Yang mana imamnya tidaklah berada ke depan satu saf dari makmumnya. Tetapi imamnya berada dalam saf yang sama dengan saf yang pertama cuma kedepankan sedikit sahaja. Lebih kurang ke depan separuh kaki sahaja. Tetapi mengikut imam Nawawi dalam syarah Muhaddabnya, lebih afdal bagi imam itu berdiri di tengah-tengah saf pertama sahaja tanpa menyebutkan ke depan sedikit.
Kedudukan imam dan makmum ketika solat berjemaah hendaklah mengikut susunan yang betul. Susunan saf dalam solat berjemaah menggambarkan bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang mengambil berat tentang disiplin.
1. Apabila dalam satu jemaah itu hanya terdapat seorang imam bersama seorang makmum
lelaki,hendaklah makmum tersebut berada di sebelah kanan imam tetapi sedikit
ke belakang.
Abdullah bin Abbas r.a menceritakan :
"Rasulullah berdiri dan mengerjakan solat lalu saya berdiri di sebelah kirinya. Baginda lantas memegang telinga saya dan mengalihkan saya ke sebelah kanannya".
( Muttafaq 'alaih )
Ini menunjukkan makmum lelaki yang bersendirian lebih afdal berada di sebelah kanan imam. Tetapi sekiranya berada di sebelah kiri, solatnya tetap sah tetapi makruh.
2. Apabila terdapat dua orang makmum atau lebih, hendaklah mereka berada di belakang imam semuanya.
Ini berdasarkan laporan Jabir bin Abdullah r.a bahawa :
Maksudnya : " Saya datang kemudian berdiri di sebelah kiri Rasulullah. Lalu Baginda memegang tangan dan mengalihkan saya sehingga berada di posisi sebelah kanannya. Setelah itu, Jabbar bin Syakhr datang dan berwuduk kemudian berdiri di sebelah kiri Rasulullah SAW. Lantas Baginda memegang tangan kami berdua dan mendorong kami sehingga kami berada di belakang Baginda.".
( Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat Musafir.
Bab solat Nabi dan doanya pada waktu malam )
3. Apabila seorang wanita menjadi makmum kepada seorang lelaki, dia hendaklah berada betul-betul di belakang imam tersebut. Namun, ada pendapat yang mengatakan kedudukan makmum wanita di bahagian kiri imam. Kedua-dua pendapat ini boleh digunakan.
Menurut Imam Ibn Abdul Barr, ulama berpendapat disunatkan seorang wanita hendaklan bersolat di belakang seorang imam lelaki dalam satu barisan.
4. Apabila seorang makmum wanita atau sekumpulan wanita berjemaah bersama imam lelaki dan sekumpulan makmum lelaki, mereka hendaklah berada di belakang saf makmum lelaki. Ini berdasarkan laporan Anas r.a yang menyebut :-
Maksudnya : " Saya solat di rumah kami bersama dengan seorang anak yatim di belakang Nabi SAW, sedangkan ibu saya dan Ummu Sulaim berada di belakang kami".
( Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, kitab
Azan : Bab seorang wanita berada dalam satu saf )
Tetapi sekiranya tidak ada jemaah lelaki melainkan seorang imam sahaja jemaah wanita hendaklah berada di belakang imam ini. Sekiranya dibimbangi fitnah apabila seorang lelaki mengimami jemaah wanita, perbuatan ini hendaklah ditegah.
5. Apabila seorang makmum bersolat bersama imam wanita, dia hendaklah berada di sebelah kanan terkebelakang sedikit daripada imam tersebut, sama seperti situasi seorang makmum lelaki dan imam lelaki.
6. Apabila seorang wanita bersolat jemaah dengan mengimamkan seorang wanita, dia hendaklah berada sejajar dengan barisan jemaah pertama dan berada di tengah-tengah mereka.
Diriwayatkan Aishah r.ha berdiri di tengah-tengah barisan makmum wanita apabila mengimami mereka.
Maksudnya : " Daripada Hujairah binti Hushain telah berkata : Ummu Salamah telah mengimami kami dalam solat Asar dalam keadaan dia berdiri antara kami".
( Riwayat Abdul Razak dalam kitabnya Al-Mushannaf )
Alasan mengapa imam wanita disunatkan berada di tengah saf jemaah adalah untuk menutup dirinya daripada pandangan orang lain. Ini kerana, perbuatan rukuk dan sujud misalnya menyebabkan lekuk pada tubuh wanita terzahir dan boleh menimbulkan fitnah.
Saya rasa ini lebih kurang dengan pandangan yang pernah dilontarkan oleh al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus. Prof Dr Abdul Karim Zaidan berkata :-
"Apabila seorang wnita mengetuai jemaah wanita, wanita tersebut
hendaklah berdiri bersama wanita lain didalam Saf dan ini telah
diriwayatkan oleh A'isyah ra dan Umm Salamah ra., dari Ibn Abbas ra.
telah berkata :
'perempuan yang mengimamkan kaum wanita,
berdiri ditengah2 mereka, dan berkata ulama' iaitu tiada khilaf (tidak
ada perselisihan pendapat) mengenainya, sebagaimana kata Ibn Qudamah,
sesungguhnya perempuan digalakkan didalam keadaan tersorok (conceal),
iaitu dia menyembunyikan dirinya ditengah2 saf bersebelahan mereka,
bersolat diantara tangan2 mereka, ini menunjukkan bahawa perbuatan ini
sah sebagaimana kata Ibn Qudamah, kerana ini merupakan persetujuan
keseluruhan, dan ini juga persetujuan bagi kaum lelaki, bahawa (jika
mereka melakukan maka) tidak sah"
[Fatwa dari kitab al-Mufasal fi Ahkam al-Mar'ah, petikan IOL, FatwaId : 24874]
Jelas menunjukkan bahawa kaifiat Imam perempuan yang mengetuai jemaah
wanita telah dijelaskan melalui riwayat2 sahih yang sumbernya dari
A'isyah ra. dan Umm Salamah ra. Berikut kami paparkan beberapa riwayat2
tersebut:
1. Dari Raa'ith al-Hanafiah :
"Bahawa
A'isyah ra mengetuai kami wanita didalam solat fardu, kemudian mengimami
mereka dibahagian tengah diantara mereka" [Riwayat al-Baihaqi, Sunan
al-Bahaiqi al-Kubra, Kitab Solah]
2. Dari Hujairah bt Hasin berkata :
"Umm Salamah mengimami kami didalam Solat Asar berdiri diantara
kami" [Riwayat Abdul Razak, dari Musnaf Abdul Razak, Kitab Solah]
3. Dari Rithah al-Hanafiah :
"Sesungguhnya A'isyah mengimami mereka dan berdiri diantara mereka
didalam Solat wajib" [Riwayat Abdul Razak, dari Musnaf Abdul Razak,
Kitab Solah]
Syiekh Nasyirudin al-Albani didalam Kitab Sifat
Solat Nabi saw ada memberi komentar mengenai hadith2 yang menjelaskan
kedudukan Imam dari kalangan wanita berkata :-
"sebagai kesimpulan, athar2 (laporan2) ini adalah benar dan
hendaklah beramal dengannya, khususnya mengesahkan makna umum sabda Nabi
saw :'Kaum wanita adalah kembar separuh kaum lelaki....." [ms 153-155].