Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Saturday, December 25, 2010

MenJaWab SoKLan TeMu & Duga dan beberapa example


 Ni semua aku cilok dari beberapa sumber... Bagus jugak kalau korunk dapat tahu benda2 ni.. maklumlah korunk bukan tahu pun temuduga tu mcmmana... mesti gelabah nyer...papepun... harap korunk berjayalah... kalau berjaya jangan lupa sape bagi tips cilok ni.. rahim pandai... hahaha... :P chill~

 Q:Awak takder pengalaman nie, sy nak carik org yg berpengalaman sahaja, so macam mana nie, awak fresh grad?
A: Maafkan sy encik, saya sekadar ingin memberi pendapat. Memang fresh grad tiada pengalaman kerja tetapi org2 yg baru grad nie mempunyai keinginian, obses terhadap task yang akan diberikan sbb diorang baru start kerja, jadi perasaan tue membuak2 untuk memastikan setiap task dpt deliver dgn cepat dan tepat. Tambahan pula, fresh grad nie ilmu mereka masih lagi segar dengan apa yg dipelajari masa zaman universiti dan fresh grad juga banyak dilengkapi dengan teknologi2 terkini. Di sini gabungan antara fresh grad dan org yg dah experience boleh meningkatkan mutu kualiti kerja syarikat encik. Mungkin org yg dah ada pengalaman mereka tahu software ABC version 1, tp sy tahu version 3, dan banyak updates2 software tersebut penting dalam perniagaan encik yg sy kaji dalam website telah menggunakan teknologi terkini yg ada dalam software version 3. Tambahan pula fresh grad nie, tenaganya masih kuat, boleh buat kerja lebih 12 jam dan kurang komitmen sbb masih bujang. Lagipun, kalau semua syarikat nak ambik org yg ada pengalaman, di mana kami org baru nie nak mula timba pengalaman kalau tidak bermula di syarikat encik yg mempunyai ramai pakar yang boleh train kami (tips : jangan banned org experienced dan make sure kaji dulu apa syarikat nie buat utk dijadikan modal jawapan)

Q: Gaji yang awak mintak nie tinggi sangat, kami expect RM2500 jer, awak mintak RM3000. Boleh ker kalau kami tawar RM2500? 
A:Oke encik, sy buat masa ini saya boleh terima tawaran encik itu, tetapi jika diberikan peluang semasa sesi penilaian untuk confirmation, sy mintak encik kaji dahulu prestasi sy, kalau encik rasa output yg hasilkan itu bernilai melebihi nilai RM2500, sy mintak encik pertimbangkan. Tetapi kalau encik rasa output yg sy hasilkan itu bernilai RM2300, maka selayaknya itulah gaji saya. Dengan pengalaman saya selama 2 tahun nie insya allah sy akan beri lebih daripada apa yg syarikat harapkan kerana itulah juga harapan syarikat mengambil sy bekerja di sini. (Tips:kat sini ada main tarik tali sikit dgn penemuduga tue, jawapan ini hanya sesuai jika si penemuduga tue adalah bakal bos kita, mcm mana nak tau main tarik tali sikit dgn penemuduga tue utk kita pancing dia dari dept mana)

Pointer awk nie 2.50 jerr, kami nak yang 3.00 jerr 
A: Yerr, mmg pointer sy hanya 2.50, tetapi cuba encik tgk transkrip sy, sy bermula dgn pointer 1.80, sy berjaya grad dgn 2.50 dan jika encik lihat setiap semester, graf sy meningkat naik. Encik prefer yg mana, semester pertama 3.90 tetapi akhirnya grad dgn pointer 3.0 atau org mcm saya? Lagipun, jika encik lihat trend kenaikan pointer sy dipengaruhi oleh subjek yg sy ambil. Semakin hujung semester semakin banyak subjek yg berkaitan dgn kelulusan sy, jadik sy banyak skor dlm bidang kelulusan sy berbanding semester2 awal banyak sy tak skor subjek2 asas, mcm maths, sejarah, dsb. Lagipun sy rasa masa kita belajar, 'perhubungan' cuma antara pelajar dan buku/kertas exam. Bila kerja kita kene get long dgn org sekeliling kita. Kalau seorang pekerja yg dpt 4.0 sekalipun kalau bossnya suruh 10 kali buat kerja tp tetap xnak buat, tetapi seorang lg pekerja walaupun pointer 2.0 tp belum boss suruh dia sudah buat. Kerja apa sekalipun adalah perhubungan antara kita dan org sekeliling yg mempunyai hati dan perasaan. Belajar hanyalah deal dgn buku dimana kalau kita dapat transferkan apa yg ada dalam buku ke dalam kertas jawapan peperiksaan mmg dia akan berjaya. Tetapi environment kerja adalah berlainan sama sekali dimana pekerja perlulah ada 'kuasa' untuk menjadikan harapan bossnya menjadi kenyataan sama ada dr segi sales, research,dsb. Kelulusan hanyalah tiket untuk memasuki alam pekerjaan. Bila dah kerja sy rasa encik setuju environment nya 100% berlainan. Orang tanpa kelulusan pun boleh berjaya seperti Boon Siew Honda, Tans Sri Syed Mokhtar al-bukhary (Tips: Time nak jawab soalan jenis ini perlulah konfiden 200%, dan make sure carik fakta siapa lg yg belajar fail tp kerja bagus)

Q: Pengalaman awak takder kene mengena lah dengan skop kerja yg sy nak pilih nie
 A: Oke encik memang jika diberikan peluang mmg sy berhasrat sy utk mendapatkan kerja skop yg berlainan tetapi masih dalam bidang yg sama. Sy perlukan sebulan untuk belajar perkara baru tersebut dan selepas sebulan sy akan buat suatu report tentang apa yg telah sy pelajari dlm arena baru ini. Jika saya tak capai apa yg saya buat saya sanggup tanggung risiko untuk diberhentikan kerja. Gabungan antara pengalaman sy dahulu dan skop kerja yg baru ini insya allah akan membantu sales, teknologi baru yg akan dibangunkan oleh syarikat ini. (Tips : yg nie lg kene konfiden 300%)

  1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?
  2. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
  3. Cerita sedikit tentang diri anda.
  4. Apakah yang dapat memotivasikan anda?
  5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
  6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
  7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
  8. Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-orang bawahannya.
  9. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
  10. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
  11. Mengapakah patut kami memilih anda?
  12. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
  13. Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.
  14. Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
  15. Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.
  16. Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.
  17. Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa?
  18. Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda?
  19. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
  20. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
  21. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
  22. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
  23. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
  24. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
  25. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
  26. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
  27. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
  28. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
  29. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
  30. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.
 


TipS ke TeMPaT TemuDUga


Korunk nak gi temuduga ke?... Kalau nak gi temuduga jangan lupa ah hafal benda yang patut... kalau boleh masa cakap kena ah lancar... aku sems depan nak gi keje lak... adoii... malas tul... seb baek xde temuduga... selalunya soklan temuduga ni bukan soalan yang berkaitan company... selalunya dia tanya pasal pengalaman kerja..Bawah ni beberapa tips yang aku da gather dari beberapa sumber sebab temudega kecundang. Sharing is caring kan...

1. Tidak yakin pada diri sendiri – ni lagi satu kes... kalau nak jawap soklan tu cuba cari noktah dan berenti... ni nak sambung sampai pagi besok... bosan aku... pastu jawap soklan da laa pelan... ingat ni kat mana tah...kalau korunk ada dua-dua ciri ni silalah ubah... cakap sekuat mungkin dan perhatikan berapa besar bilik penemuduga... pastikan suara kita sampai pada mereka penemuduga. yang bawah ni gerenti out nyer..

  • Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
  • Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
  • Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
  • Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
  • Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
  • Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda
2. Langsung tiada persediaan awal – tidak mahu sedikitpun berikhtiar untuk mengenali latar belakang syarikat.Tidak bersedia dengan soalan-soalan lazim yang semestinya diajukan mana-mana sesi temuduga.kalau boleh malam tu da study bebanyak pasal syarikat korunk nak g tu... bukan susah pun.. google je ah syarikat tu... baca apa yang patut


3. Penampilan yang tidak sesuai –ni pun satu.. kalau nak temu duga je pakai daah  senonoh cakap pun x senonoh.. menyampahh aihh.. elakkan banyak pakai earring... pastikan anda pakai simple dan ikut kod pakaian ke tempat kerja...aku dapat tips... kalau lelaki pakai baju strip kecik bagi penemuduga terkesima sebab strip akan buat penemuduga tu jadi terkesima..tah betul ke  aku pun tak tau..


4. Gagal berkomunikasi bahasa kedua- cuba ah belajar kedua-dua bahasa english ngan melayu.. kalau tak tahu jawap pun... ckap yang simple2 je...asalkan jawapan dia kita dapat sampaikan pada penemuduga... kalau tak dapat jawap pun...apa apapun yang terbaek adalah berterus terang ...


Pengalaman setiap sesi temuduga merupakan satu pengalaman yang amat bernilai. Jangan marah sekiranya anda ditegur atau diherdik ketika sesi temuduga. Rekodkan apa yang ditegur dan dinasihatkan. Sentiasa cermin-cerminkan diri sendiri dan pastikan sesi temuduga berikutnya, anda akan lebih bersedia dan berjaya dalam permohonan.

-Lelaki hendaklah berambut kemas, kemaskan misai dan janggut, seeloknya kena bercukur
-Kasut hitam yang telah dipolish dan bertali (bukan strap)
-Baju kemeja putih plain yang dipadankan dengan tie belang-belang warna base / warna plain yang bersesuaian
-Blazer untuk tampil meyakinkan
-ada orang pakai nametag

-Perempuan hendaklah berpakaian kemas, kalau bertudung, hendaklah nampak berkeyakinan dan comfortable
-Kalau tidak bertudung hendaklah memakai sut skirt panjang atau pendek (bawah sikit dari lutut satu inchi)
-Kasut tumit tinggi -court shoes berwarna hitam
-Rambut kalau panjang, kene tie dalam “bun”
-makeup yang profesional dan meyakinkan
-blazer sekiranya bersesuaian

-File yang mengandungi maklumat peribadi hendaklah disusun dari PMR-SPM-universiti..susun biar nampak organise dan tidak celaru
-Sediakan copies of certificate yang cukup supaya tidak menggelabah semasa hendak menyediakan maklumat 


Sunday, December 19, 2010

JoM BelaJaR BaHasa SaBah

Sekali lagi aku bawakan korunk bahasa Sabah pulak.. memandangkan bahasa sabah ni best untuk kita belajar bersama. Macam biasa aku amek semua ni dari blog org lain sebab aku bukan reti cakap sabah pun... hahahha.. jom ah kita belajar cakap sabah... menarik ah kalau dapat cakap sabah...

Perbendaharaan Kata
Penggunaan Bahasa Melayu Sabah banyak dipengaruh oleh penggunaan Bahasa Melayu Indonesia serta Brunei, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Inggeris dan terdapat juga pengaruh Cina Hakka. Beberapa contoh:

* bilang - cakap, berkata - Siapa bilang?
* cincai - tidak teratur - jangan buat karja(kerja) cincai
* limpang - baring
* limpas - lepas(masa), atau lintas (seberang)
* lugai-lugai - tak tentu arah
* lilipan - lipan
* ndak/inda - tidak
* ping - ais
* poncit - pancit
* semberana - sengaja
* sikang - sudu
* sigup - rokok
* sikul - sekolah
* aisboks - peti sejuk
* bubut - kejar
* palui - bodoh
* sot - gila
* ngam-ngam - sesuai
* silaka - Celaka
* mem - ibu
* bos - bapa
* jambu - jelita
* mangkali - berangkali
* diorang - mereka


Penggunaan Kata tambah -bah
Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah -bah yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah -bah mempunyai fungsi seperti berikut:

Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata

* Iya bah. - Iya, lah.

Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Boleh diganti dengan kata "saya mula bercakap" (bagaimanapun, penggunaan kata ini tidak diguna dalam Bahasa Melayu Piawai. Selalunya digunakan pada permulaan kata.

* Bah, pigi la kamu dulu - (Saya menjawab kamu) Pergilah kamu dulu.

Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".

* Bah. - Baiklah

Kata tambahan -bah adalah contoh jelas pengaruh bahasa Kadazandusun ke atas Bahasa Melayu Sabah.



Penggunaan "anu"
"anu" di dalam Bahasa Melayu piawai, bermaksud panggilan untuk orang ketiga. Biasanya perkataan ini digunakan untuk mengelakkan penggunaan nama sebenar. Contoh penggunaan Dia keluar dengan si"anu" semalam.. Bagaimanapun, perkataan "anu" dalam Bahasa Melayu Sabah mempunyai penggunaan yang luas.

Selain digunakan untuk merujuk kepada orang ketiga, "anu" juga digunakan untuk merujuk kepada barang. Contoh: "Kau sudah ambil itu anu?". Penggunaan anu biasanya merujuk kepada perkara yang diketahui oleh pembalas.

Pada kebiasaannya perkataan "anu" diguna untuk mengganti perkataan "apa" dalam Bahasa Melayu piawai.

"Anu" juga membawa maksud, aksi perbuatan. Kata ganti dalam Bahasa Melayu ialah "sudahkan" atau "buat".

Contoh: Macammana mau anu ni?. Jangan kasi anu tu!.


Penyampaian
Cara penyampaian Bahasa Melayu Sabah agak berbeza dengan Bahasa Melayu piawai. Ini dapat diperhati dari segi sebutan bagi huruf vokal(a,e,i,o,u) dalam perkataan Melayu piawai.

Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'i'

* pigi - pergi
* sijuk - sejuk
* bisuk - besok
* mimang - memang
* cilaka (silaka) - celaka

Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'a'

* kamarin - kelmarin
* paning - pening
* bali - beli
* karbau/krabau - kerbau
* tarap - terap(Sejenis buah-buahan di sabah)
* tambirang - Tembirang
* sanapang - 'senapang

Pertukaran 'o' (seperti 'e' dalam "botak") kepada sebutan 'u'

* bula - bola
* urang - orang
* buduh - bodoh
* munyit - monyet

Terdapat juga perkataan yang mengabai sama sekali sebutan huruf vokal.

* slipar - selipar
* krusi - kerusi
* triak - teriak'
* brani - berani
* tlefon - telefon
* skarang - sekarang


Penggunaan Berbeza
Terdapat juga perkataan Melayu yang jarang digunakan dalam Bahasa Melayu Piawai. Penggunaan perkataan-perkataan ini telah diganti dengan perkataan-perkataan lain.

Contohnya:

* Sia (saya) - Saya
* aku - saya
* kau - awak
* periuk - kuali
* celana - seluar
* piring - pinggan
* mengarti (mengerti) - faham
* Nda payah - tak perlu
* ta'usah (tak usah) - jangan
* munyit (monyet) - kera
* minta puji - berlagak (sombong)
* jandila (jendela) - tingkap

Terdapat juga perkataan yang membawa maksud yang berlainan sekali.

* tapuk - sorok
* biasa - nakal


Kesimpulan
Disebabkan oleh penggunaan kata yang tidak jauh berbeza daripada Bahasa Melayu Piawai, agak mudah untuk membiasakan diri dengan penggunaan Bahasa Melayu Sabah.
Walaupun Bahasa Melayu baku adalah bahasa rasmi Sabah, Malaysia, namun secara umumnya Bahasa Melayu Sabah merupakan bahasa komunikasi yang utama di negeri Sabah.


OTHERS:

1. tuuuna/ saaaana - points with the lips - (there-- at a distance)(the longer the 'tuuuuuuuuuuuuuuna / saaaaaaaaaaaaaana' the further the place is.)
2. limpas (to pass/walk by - Maaf, saya limpas dulu? Euse me, can I passby?
3. palui (stupid, duh!)
4. tapuk (to hide)
5. bida (ugly)
6. bubut (as in proper malay- "kejar", to chase)
7. sakai (ignorant, uncivilized, "hoosier")
8. andang-andang (that's how it is)
9. sapak (kasi campur/gaul --utk masakan-to mix as in cooking)
10. inda/tia (short form of "tidak" - not, no)
11. wicin (another brand of msg as in "aji-no- moto" - a seasoning or food enhancer)
12. talampau (proper malay - "terlampau"- too much)
13. takajut (proper malay - "terkejut" - shocked, startled)
14. siorang (proper malay -"kami"/ "saya-orang" - us, we)
15. ngam-ngam (proper malay "kebetulan" - et, at that time)
16. mangkali (proper malay "barangkali" - maybe, perhaps)
17. kamarin (proper malay "kelmarin" - yesterday)
18. kanapa (proper malay "kenapa" - why)
19. gia (___expression - "is it?")
20. bah (___expression - "ok!")
21. ah? (question, "Apa?" What?)
22. kici/kicil (proper malay "kecil" - small)
23. basar (proper malay "besar" - big, huge)
24. siok (___expression/description, proper malay "seronok" - enjoyable, great, etc-)
25. urang ("orang" - people; sometimes used "diurang" - them, they)
26. karing ("kering" - dry)
27. umban ("humban, lempar" - throw)
28. kana ("kena"- got ie--"kena umban" --got thrown)
29. padih ("pedih" - as in "Mata saya padih/pedih!" - My eyes stings, painful)
30. numbur ("nombor" - number)
31. gali ("geli" as in squeemish about something, or "gali"--gali lubang as in Dig a hole.)
32. dorang ("dia orang/diurang" - them, they - Dorang pigi tamu. They went to the market.)
33. panat ("penat" - tired)
34. katawa ("ketawa" - laugh, laughing)
35. lanjang (a.k.a. "periuk /belanga " - pots/pans)
36. putung ("potong" - cut, slice)
37. Buduh ("bodoh" - stupid)
38. tongo/bongo ("stupido" - same as above )
39. kabaru-baruan ("kebaru-baruan"- new to something)
40. giuk (proper malay "ulat"- worm)
41. Sikui (Tembikai - watermelon)
42. Santut (Underwear)
43. celana/salana (Seluar)
44. gipit (to grip...)
45. kanapatan/kadapatan (caught red handed.. or as the malays in kl say..'kantoi')
46. kebangkalan (choked while eating..proper malay = 'tersedak')
47. ketulahan (bad karma)
48. bahai (plastic bag)
49. uinnaaa! (used to express various feelings, mostly when surprised..)
50. ging (derived from the word gang.. means kawan/member)



Mari Tengok Penggunaan "BAH" yang betul.

Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah "-bah" yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah "- bah"mempunyai fungsi seperti berikut:

1) Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata Contoh ayat:
Iya bah = Iya lah

2) Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan.Selalunya digunakan pada permulaan kata. Contoh ayat:
Bah, pigi la kamu dulu = Kamu pergilah dulu.

3) Memberi maksud sudah, atau penghabis kata.

BM Sabah.

Mak: "Boy, nanti ko pigi beli beras sana kedai ah."
Boy: "Bah."

BM piawai:

Mak: "Boy, nanti pergi beli beras di kedai."
Boy: "Baiklah"

4) Untuk menegur atau menyapa orang. Lazimnya org sabah akan menyebut "Bah" bila berselisih dengan orang yang dikenali untuk tujuan menyapa mesra orang tersebut secara ringkas.

Contoh ayat:

Orang yg menegur: "Bah..." Sambil senyum, angguk kepala atau angkat tangan Orang yg ditegur: " Bah..." Sambil senyum, angguk kepala atau angkat tangan

Perbualan biasa:

1."aku lapar sudah bah ni" = "Saya dah lapar ni"
2."sejuk bah ni air..." = "Sejuknya air ni.."
3."awal lagi bah ni" = "Awal lagi ni...."

PENYALAHGUNAAN "BAH"

Masyarakat sabah memang sinonim dgn perkataan "BAH" yang begitu unik.

Tetapi perkataan "BAH" ini sering disalah gunakan oleh masyarakat selain Sabah. Mari kita menghayati dan renungi penyalahgunaan "BAH" dalam ayat-ayat ini:

1. "apa kabar bah?"

2. "suda makan ka bah?"
3. "bila balik bah?"
4. "boleh jumpa ka bah?"

Sepatutnya perkataan "bah" di atas tidak perlu digunakan
Oleh Itu Marilah Bersama-sama Menggunakan Bahasa Sabah Dengan Betul