Update Paling Cepat Hanya di FaceBook
Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq
Saturday, May 7, 2011
Story Location Of Dajjal / JEsus / Messiah /Jew/ -[malay sub]
Best Giler Ustaz ni... story pasal Dajjal... kat mana dia tinggal ... korunk kena tengok ni... rugi weyh kalau tak tengok... A must see video about the fake of messiah... Ni update tuk hari ahad k... sok malas nak update dah.... hahahhaha... :P
Orang Lelaki Korunk Boleh Yakin ke Masuk Syurga??...
Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Peristiwa Pas Hanto Ayam~
Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia tu masih 'kompius' sama ada bende yang dia jumpe tu adalah seketul taik atau tidak. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata "Bentuk macam taik." Lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata, "Lembik macam taik." Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. Lepas tu dia berkata, "Bau macam taik." Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
"MEMANG SAH TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!"
Pak Pandir Hantar Ayam Pas Gi Spital~
Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Lantas dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Agus.
Lelaki kaya: Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya.(lalu memberikan kadnya).
Pak Agus: Baik tuan, saya akan suruh anak buah saya hantar ayam-ayam tu ke rumah tuan.
Selepas itu, Pak Agus memanggil anak buahnya yang bernama Pak Pandir dan memberikan arahan..
Pak Agus: Pandir, esok engkau hantarkan 100 ekor ayam ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi).
Pak Pandir: No problem.
Esoknya Pak Pandir pun pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. Lima puluh ekor diletakkan di sebelah kanan motosikalnya, 50 ekor lagi di sebelah kiri. Malangnya, di tengah perjalanan motosikal Pak Pandir terlanggar lubang dan... BBUAAKK!!!dia terjatuh dari motornya.
Ayam-ayam yang dibawanya terjatuh dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk melihat keadaan Pak Pandir. Tetapi Pak Pandir tidak apa-apa, malah ketawa terbahak-bahak. Seorang pemuda bertanya kepada Pak Pandir..
Pemuda: Bang..abang tak apa-apa ke?
Pak Pandir: Ha.. ha... ha...ketawa sambil pegang perut!
Pemuda: Bang, kenapa bang?
Pak Pandir: Hahaha.. budoh punya ayam, engkau nak lari ke mana?Alamat ko kan ada pada aku! Hahahahaa..
Pak Pandir Pergi Hospital Balik~
pak pandir berjumpa dgn doktor psikologi.
pak pandir:tuan doktor semua org kata otak saya lembap. betulkah tn doktor? apakah tanda-tanda bahawa otak seseorg itu lembap?
doktor: saya akan bertanya satu soalan. jika pakcik tak mampu menjawabnya otak pakcik memang betullah lembap...
pak pandir: apakah soalannya tuan doktor?
doktor: kapten hook dikatakan orang pertama yg belayar mengelilingi bumi. malangnya dia cuma sempat belayar sebanyak 3 kali sebelum meninggal dunia. pada pelayarannya yang keberapakah dia meninggal dunia?
pak pandir: mmmm... tukar soalan lain boleh doktor?
doktor: ???
p/s: kalau anda juga tidak dpt menjawab soalan doktor itu bermakna anda juga......
Friday, May 6, 2011
DDCzone Lancar "Malaysia Radio And Television Online Stream"
Semperna DDCzone da ada followers 400 ++ dan page yang baru buat 2 hari lepas da 41 orang maka DDCzone telah update page untuk dengar Radio dan Tv Malaysia online .... Boleh klik gambar ni di sidebar okey.... Ucapan terima kasih kepada semua yang sudi klikkan iklan -iklan di sidebar... Online Stream Ini adalah untuk anda semua....Kalau nak dapatkan update terbaru silalah like fanpage ni supaya mudah tengok update-update terbaru DDCzone. Kepada sahabat-sahabat DDCzone di luar negara yang rindu nak dengar radio2 tempatan dan TV tempatan boleh lah klik gambar mcm kat atas ni di sidebar...
Hahaha... da lama tak letak post lawak2 kan ... minggu ni post serius jep... xpelah minggu depan keluarkan yang lawak pulak k... Kepada semua yang like Page DDCzone di Facebook... Terima Kasih Semua... U all The Best... DDCzone akan membawa yang terbaek khas untuk semua readers di luar sana....
DDCzone UPDATE EVERYDAY
Pak Pandir ke Hospital Hari ni
Pada suatu hari di Hospital Besar Kota Bharu...
Pak Pandir menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama.
Lelaki muda menyapa
Lelaki muda: Pok cik ni sakit gapo?
Pak Pandir: Kecing manih. Lamo doh.
Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk
seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Lalu Pak Pandir bertanya orang muda di sebelahnya,
Pak Pandir: Tu bakpo pulok?
Lelaki muda: Kecemase (Kecemasan)
Pak Pandir: Oohh rupanya kecing mase (kencing masam) lebih teruk dari kecing manih (kencing manis).
Result UPU dah Boleh Check Hari ni Pas jam 12 --- yeaa
KUALA LUMPUR, 5 Mei -- Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf Sesi Akademik 2011/2012 boleh diperoleh mulai pukul 12 tengah hari esok (6 Mei).
Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan di sini Khamis berkata semakan boleh dibuat dengan menghubungi talian Hotline 03-88835858, Helpline 03-88835848 dan talian am 03-88835801/5802.
Menurutnya calon-calon juga boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my dan http://www.jpt.uum.edu.my atau menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888.
Calon boleh mencetak surat tawaran mulai Sabtu ini melalui laman web rasmi IPTA berkaitan dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei ini.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan "dasar tawaran terbuka", yang akan membolehkan ramai calon cemerlang SPM 2010 menerima lebih daripada satu tawaran.
"Pemohon yang berjaya perlu membuat keputusan yang bijak dan tepat serta mendaftar ke program yang dipilih mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan. Bagi pemohon yang tidak berjaya ke IPTA tetapi menerima tawaran ke institusi lain, mereka dinasihatkan mendaftar ke program berkaitan kerana tawaran tempat ke IPTA adalah terhad," katanya.
Kementerian itu turut menggalakkan mereka yang gagal mendapat tawaran ke IPTA untuk menimbang tawaran belajar ke Tingkatan 6, serta Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) seperti Diploma di Politeknik, sijil-jil di Kolej Komuniti dan ILKA lain, bagi mengikuti Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang juga menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar lepasan SPM.
Menurutnya hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA boleh mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan, melalui Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.
Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 16 Mei dan keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun.
Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan mereka dianggap gagal.
Thursday, May 5, 2011
My Blog Has Been Sponsered By Celcom And CIMB
Lately, some of my blogger friends has quick from nuffnang and go to adverlets but for me im still loyal with them so far. It has been 2 years now and Currently Celcom has sponsered my blog through nuffnang.As for Celcom, I am so happy because they like to put theirs ads to my blog. FYI, this is the first CTR or u all always called BE i get from nuffnang. As my token of appreciation for them i would like to promote their products as they become my sponser and my CTR increased up to RM2.2 [ hope that will increased more]... I would like to thank CIMB octo for become my sponsor too...Some of celcom products review i get from their website ..Do come to their websites CELCOM
The perfect plan to impress.
iPhone 4 is now available on the best network with perfect plans for every personality. Sign up today and enjoy:
- FREE data up to 6GB
- FREE calls within network up to 6000 minutes
- Low upfront payment
- FREE Insurance coverage with i248 plan
- FREE Extended Warranty for 24 months plan
i Love This Hackers - Ahh -- IM' so Gay~
I love him so much... he so natural... although it is fake or not... all his clips so cool... i love hackers...
i am so gay to be a hackers...Hackers rules... hahhahaha.... :P
Hack Papan tanda Lebuhraya
Tuka Skrin komputer Kawan
Maen Ngan Virtual Board
Lastly, play with cars
Wow I Jadi DaRA Balik Nokk~ Lelaki Tertipu~
KAHERAH: Ahli politik konservatif Mesir menyeru kerajaan mengharamkan pengimportan selaput dara tiruan buatan China bagi memalsukan status seseorang wanita.
Bernilai kira-kira RM105 setiap set, alat itu digunakan wanita yang tiada dara ‘memulihkan’ status mereka sebelum berkahwin.
Wakil Ikhwanul Muslimin, Sheikh Sayed Askar, turut menyeru ulama mengeluarkan fatwa mengharamkan penggunaan alat itu.
“Jika dibiarkan berada di pasaran, ia akan memalukan negara,” katanya semalam. - AP
Bernilai kira-kira RM105 setiap set, alat itu digunakan wanita yang tiada dara ‘memulihkan’ status mereka sebelum berkahwin.
Wakil Ikhwanul Muslimin, Sheikh Sayed Askar, turut menyeru ulama mengeluarkan fatwa mengharamkan penggunaan alat itu.
“Jika dibiarkan berada di pasaran, ia akan memalukan negara,” katanya semalam. - AP
P/s: walaupun da lama dah benda ni ramai lagi tak tahu nih... hahahha... berapa hengget laa satu ni..
Minyak RON 97 naek lagi 20sen maa... YESS ....
Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.
Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.
p:/s : kalau setiap bulan naek ni... habeslah... dari RM1.80 da naik 2.90... x lama lagi boleh jadi thailand dan singapura lah pula RM4++
--------------------------------------------------------------------------
FUEL PRICE LISTING OF RON97 IN MALAYSIA
=========================================
Date Price(RM)/liter Crude oil price(USD)/barrel
Before ‘90 RM 0.89/L $ 18.33
year 1990 – RM 1.10 (+0.21) | $ 24.29 (+32.5%)
01/10/2000 – RM 1.20 (+0.10) | $ 24.68 (+0.8%)
20/10/2001 – RM 1.30 (+0.10) | $ 25.90 (+4.9%)
01/05/2002 – RM 1.32 (+0.02) | $ 30.86 (+19.2%)
31/10/2002 – RM 1.33 (+0.01) | $ 24.53 (-25.8%)
01/03/2003 – RM 1.35 (+0.02) | $ 31.54 (+28.6%)
01/05/2004 – RM 1.37 (+0.02) | $ 40.28 (+27.7%)
01/10/2004 – RM 1.42 (+0.05) | $ 53.13 (+31.9%)
05/05/2005 – RM 1.52 (+0.10) | $ 56.26 (+5.9%)
31/07/2005 – RM 1.62 (+0.10) | $ 58.70 (+4.3%)
28/02/2006 – RM 1.92 (+0.30) | $ 61.64 (+5.0%)
05/06/2008 – RM 2.70 (+0.78) | $ 121.00 (+96.3%)
23/08/2008 – RM 2.55 (-0.15) | $ 114.60 (-5.6%)
25/09/2008 – RM 2.45 (-0.10) | $ 109.20 (-4.9%)
15/10/2008 – RM 2.30 (-0.15) | $ 84.07 (-29.9%)
01/11/2008 – RM 2.15 (-0.15) | $ 64.38 (-30.6%)
19/11/2008 – RM 2.00 (-0.15) | $ 55.37 (-16.3%)
03/12/2008 – RM 1.90 (-0.10) | $ 46.96 (-17.9%)
16/12/2008 – RM 1.80 (-0.10) | $ 46.28 (-1.5%)
01/09/2009 – RM 2.05 (+0.25) | $ 69.96 (+51.2%)
16/07/2010 - Tiada Info -
31/01/2011 - RM 2.50 (+0.10)
02/03/2011 - RM 2.70 (+0.20)
Wednesday, May 4, 2011
Lebih Dasyat Dari Saman Ekor
Mulai 1 Mei ini, Polis Diraja Malaysia akan menghantar notis saman berserta gambar mana-mana kenderaan yang didapati melanggar undang-undang jalan raya di kawasan yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menggunakan kaedah itu bagi mengemas kini cara saman dikeluarkan supaya lebih tepat dan berkesan.
"Kalau ada yang dakwa itu bukan kenderaan mereka (walaupun selepas notis saman beserta gambar dihantar), sila kemukakan bukti di mana-mana kaunter trafik," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.
Katanya, kaedah itu akan diguna pakai bagi kesemua kesalahan termasuk memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar, membuat pusingan di kawasan yang tidak dibenarkan dan sebagainya.
Kaedah itu digunakan sebagai "bahan bukti" bagi menunjukkan seseorang itu melanggar undang-undang jalan raya, katanya.
Khalid berkata, bagi kawasan yang tidak mempunyai CCTV, saman akan tetap dikeluarkan secara normal oleh anggota dan pegawai trafik.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana anggota dan pegawai polis yang enggan menerima sesuatu laporan polis.
Katanya, isu terbabit antara yang dibangkitkan dalam mesyuarat "Delivery Task Force" bagi mengurangkan kes jenayah yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya hari ini.
Khalid berkata, pengurusan tertinggi PDRM menerima banyak aduan mengenai isu itu dan masyarakat perlu tampil melaporkan mana-mana anggota yang enggan menerima sesuatu laporan polis.
"Tulis nombor mereka dan catat di mana kes itu berlaku. Kita tidak akan berdolak-dalik dalam hal ini dan akan mengambil tindakan kepada mereka yang enggan mengikut arahan ini," katanya.
Beliau berkata, sepatutnya, laporan boleh dilakukan di mana-mana balai dan siasatan akan dilakukan segera dan memanggil individu yang memuat laporan itu bagi membantu siasatan.
Katanya, mesyuarat itu turut membincangkan strategi dan kaedah bagi mengurangkan rasa takut masyarakat ketika berhadapan dengan sesuatu kes jenayah.
Bagi tujuan itu, Khalid berkata, lebih banyak program kemasyarakatan akan diadakan bagi membolehkan polis dan orang ramai bertukar-tukar pendapat dalam menghadapi sesuatu kes jenayah.
- Bernama
5D theater?? sunway Lagoon
SUNWAY Lagoon Sdn Bhd (Sunway Lagoon), pengendali taman tema air terkemuka di negara ini terus komited mempelbagaikan taman permainannya apabila akan menambah lagi tarikan barunya pada tahun ini yang akan menampilkan keunikan tersendiri iaitu Pawagam 5 Dimensi (5D Theater).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aaron Soo berkata, lebih menarik walaupun 5D Theater itu akan dijangka dibuka kepada umum pada September ini, pihaknya tidak menaikkan harga tiket masuk malah mengekalkannya seperti harga asal.
Katanya, Sunway Lagoon sekarang sudah menjadi satu lokasi wajib yang akan dikunjungi pelancong jika datang ke Malaysia dan pihaknya yakin dapat mengekalkan kedudukan sebagai taman tema terbaik di Asean.
“5D Theater akan menampilkan keseronokan yang maksimum kepada pengunjung kerana ia adalah yang pertama akan ditampilkan di negara ini dan paling penting, pengunjung yang menonton di 5D Theater pasti dapat berasakan seperti berada di lokasi sebenar serta merasai setiap situasi yang dipaparkan.
“Selain menerima anugerah Tempat Menarik Asia Terbaik, kami akan berusaha menjadikan Sunway Lagoon sebagai daya tarikan utama di peringkat antarabangsa dan jika dilihat sekarang taman tema ini juga bukan saja menjadi lokasi pilihan untuk percutian keluarga tetapi turut dipilih sebagai tempat mengadakan pelbagai acara besar termasuk konsert artis antarabangsa,” katanya.
Menurutnya, tahun lalu Sunway Lagoon juga memperkenalkan taman permainan yang menampilkan pelbagai aktiviti mencabar dan lasak iaitu Extreme Park di mana mempunyai sukan lompat banji yang pertama di negara ini.
Soo berkata, selain terkenal dengan Water Park dan Extreme Park, Sunway Lagoon juga mempunyai kelainan yang sangat unik apabila mewujudkan Wildlife Interactive Zoo iaitu zoo mini seluas 3.2 hektar yang dibina berkonsepkan pendidikan dan hiburan di mana pengunjung terutama kanak-kanak berpeluang melihat, memegang dan belajar lebih 160 spesies haiwan.
Beliau berkata, dari segi promosi pula pihaknya menggunakan pendekatan pengiklanan melalui hotel, papan tanda, lapangan terbang dan majalah. “Tahun ini kami menyasarkan untuk menarik pengunjung dari negara India dan China kerana negara ini adalah pasaran yang berpotensi besar kerana mempunyai penduduk ramai di dunia. Bagaimanapun, kami akan berusaha mengekalkan kunjungan pelancong dari negara Timur Tengah, Arab Saudi dan seluruh Asia Tenggara yang ketika adalah antara paling ramai berkunjung ke Sunway Lagoon,” katanya.
Katanya, bagi pengunjung warga negara hanya perlu menunjukkan MyKad untuk mendapatkan diskaun sebanyak 25 peratus bagi setiap tiket yang dibeli.
BuDak Uitm Dungun Murtad da masuk Islam Balik???
KOTA BAHARU, 2 Mei -- Seorang pelajar Diploma Seni Kulinari Universiti Teknologi Mara cawangan Dungun, Terengganu yang sebelum ini mengaku menukar agama kepada Kristian, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini bahawa dia sudah insaf dan kini kembali memeluk Islam.
Berikutan pengakuan itu, Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty memerintahkan Mohamad Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, dari Pengkalan Chepa, bersembahyang jemaah di tempat pengajiannya serta melaporkan kehadiran kepada Imam masjid itu selama enam bulan, berkuat kuasa hari Isnin.
Mohd Fariz Ilham juga diarah melaporkan diri di Pejabat Agama Dungun setiap minggu, manakala pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.
Abu Bakar turut membatalkan perintah menempatkan Mohd Fariz Ilham di Pusat Bimbingan Akidah Kuala Kubu Baharu di Selangor selepas berpuas hati dia mampu membaca al-Fatihah dengan baik, selain mengucap dua kalimah syahadah dan beristighfar.
Pada 24 April lalu, Mohamad Fariz dirujuk oleh keluarganya ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan selepas mengaku keluar dari Islam dan memeluk agama Kristian.
Mahkamah Tinggi Syariah kemudian mengarahkan dia ditahan reman selama seminggu selepas menerima permohonan bagi mendapatkan perintah tegahan percubaan keluar dari Islam.
Permohonan itu menyebut Mohamad Fariz, yang menggunakan nama samaran Tyrone, mula berjinak-jinak dan menghadiri upacara gereja sejak 3 Dis 2010 serta mengaku berhasrat menukar agama di luar negara.
Pada prosiding hari ini, Mohamad Fariz memberitahu mahkamah dia sudah insaf selepas ditahan reman di Penjara Pengkalan Chepa.
Dia juga merayu agar mahkamah tidak menempatkkannya di pusat bimbingan akidah kerana masih menuntut.
Pendakwaan terhadap Mohd Fariz dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Kanan Zaini Sulaiman mengikut Seksyen 102(3) Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994.
Inilah Padahnya guna Google Translate~
Salah terjemah: Najib mohon maaf pada PM China- MK
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau telah meminta maaf kepada Perdana Menteri China Wen Jiabao berhubung satu kesilapan bahasa di latar pentas bagi satu majlis sambutan rakan sejawatannya itu.Perdana Menteri China Wen Jiabao dan rombongannya pasti dalam kebingungan jika mereka mengesan perkataan Cina yang dicetak pada latar belakang pentas majlis sambutan rasmi baginya di Putrajaya pagi ini.
Perkataan berkenaan adalah terjemahan langsung daripada perkataan Melayu yang berbunyi: "Istiadat Sambutan Rasmi Sempena Lawatan Rasmi TYT Wen Jiabao Ke Malaysia"
Namun terjemahan dalam bahasa Cina itu mempunyai kesilapan struktur ayat dan tatabahasa yang serius dan memalukan.Terjemahan langsung itu berbunyi: "Majlis sambutan rasmi, dengan dia, Yang Terutama, Wen Jiabao ke Malaysia dengan rasmi”.
Latar belakang yang memalukan di podium hadapan Pejabat Perdana Menteri itu didirikan bagi upacara sambutan rasmi perdana menteri China itu.
Wartawan dan tetamu yang faham bahasa Cina terkejut melihat latar belakang itu. Begitu juga dengan beberapa menteri Malaysia yang berbangsa Cina tetapi sudah terlambat untuk membuat sesuatu.
P/S : Harap lepas ni xdelah yang dapat tender kerajaan tu guna google translate lagi... boleh memalukan negara kalau silap macam ni lagi.. Designer2 sekalian jangan guna google translate tau... hahahha :P
Tuesday, May 3, 2011
MalaYsia mungkin Nak Bangunkan TeNAGa Nuklear??...
Apa dah jadi sekarang ni pun tak tahulah. Malaysia selama ni da 30 tahun lebih dah ada pusat pemprosesan bahan nuklear. Mesti ramai yang tak tahukan ... Malah DS Rosmah pun mungkin tak tahu... opss... hahaha....kalau nak tahu story kilang pertama yang da ditutup di Bukit Merah klik sini. Sebenarnya ini adalah isu lama dimana kilang tersebut Pada 1975, Mitsubishi Chemical, or Mitsubishi Kasei, telah menubuhkan satu a joint venture company called Malaysian Rare Earth dan kemudian bertukar nama kepada Asian Rare Earth ARE) in Malaysia.Kilang ni da ditutup apabila seorang adik yang bernama Chu telah mati disebabkan Radiasi..Kilang ini digunakan untuk memproses bahan bumi yang sukar dijumpai dan mengandungi bahan radiasi.
Lepas itu datang pulak satu isu baru pada tahun 2006, laporan daripada Roslinda Mohamad The Star berkaitan Malaysia mungkin akan memajukan sumber nuklear.Untuk baca lebih lanjut sila klik sini di kuantan dan sekarang ianya telah diwujudkan oleh syarikat yang dinamakan Lynas. Mungkin kita tak tahu apa yang mereka proses tetapi mencegah adalah lebih baik daripada menyesal dikemudian hari.
Pada tahun 2008, satu perjumpaan telah dijalankan dengan syarikat ini dimana beberapa soalan berkaitan kesihatan dan radiasi telah dijalankan namun ianya hilang begitu sahaja. Antara intipati yang diajukan anda boleh baca disini. Apakah yang dijalankan oleh syarikat lynas ini. Mereka menyatakan bahawa mereka memproses bahan bumi yang jarang dijumpai [rare objects] yang didapati dari MountWeld, Australia dan mengandungi sedikit kandungan radioaktif bernama Thorium dimana ianya dinyatakan bahawa kandungannya adalah 50 kali sedikit daripada yang dijumpai di Bukit Merah. Persoalannya sekarang, apakah kandungan kuantiti yang sedikit itu akan juga turut mengakibatkan kesan radiasi. 50 kali kurang bermaksud baki bahan tersebut juga mungkin boleh menyebabkan radiasi.
Dimana Peranan DS Rosmah Mansur sebagai 1st lady yang pencinta keamanan dan mengutuk Jepun kerana "tidak menitikberatkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya amat dikesali" namun di negara sendiri tidak menitikberatkan perkara ini....Saya pun tak nak salahkan dia sebab dia tak ada kuasa atau mungkin tak tahu. Namun, yang peliknya kerapa kerajaan Malaysia sekarang membenarkan projek RM700 juta itu dijalankan dan ianya amat berisiko tinggi kepada rakyat kuantan terutamanya. Sebagai rakyat malaysia yang prihatin Fikir fikirkan....1MALAYSIA bantah nuklear...kami rakyat cuma nak tahu kebenaran...
Dalam pembinaan, loji pemproses bahan jarang ditemui di Gebeng, kuantan yang hampir 70% siap dibina.
dari keratan akbar mana pun tak tahu layan jelah
KUANTAN: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh hari ini mengadakan bantahan pembinaan kilang Australia iaitu Lynas Corporation berpangkalan di Gebeng kerana memproses ‘rare earth’ yang menghasilkan sisa buangan kimia. Bantahan itu menghimpunkan 1,000 tandatangan penduduk tempatan yang tidak senang dengan kelulusan pembinaan kilang kerana ia dijangka menghasilkan sisa buangan kimia bersifat radioaktif.“Kita dapat tahu yang kilang itu akan menghasilkan sejenis sisa kimia yang dikenali sebagai torium dan bersifat radioaktif.
“Hari ini, kita mengumpulkan 1,000 tandatangan membantah pembinaan kilang itu,” katanya pada sidang media ‘Rare Earth’ di Christian Praise Centre di sini, petang ini. Fuziah, Naib Presiden KEADILAN itu yang bercadang menghantar petisyen ke Parlimen hujung bulan ini mewakili rakyat Kuantan, berkata, sisa buangan kimia kilang itu boleh mengakibatkan kecacatan dan membawa pelbagai penyakit barah. Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) yang meluluskan pembinaan kilang itu kerana tidak akan mendatangkan sebarang faedah kepada rakyat dan negara.“CEO Lynas, Nick Curtis sendiri mengakui pihaknya hanya akan menggunakan khidmat kerja seramai 450 orang sahaja.
“Sudah pasti tidak menjamin apa-apa keuntungan kerana peluang pekerjaan terhad, sebaliknya kerajaan pula membuat tawaran 12 tahun operasi tanpa membayar cukai,” katanyaFuziah berkata, torium mengambil masa beribu-ribu tahun untuk dilupuskan dan boleh membawa kesengsaraan kepada rakyat seperti yang pernah berlaku di Bukit Merah, Perak 30 tahun dahulu.“Di Perak, kejadian sama mengakibatkan kesengsaraan kepada rakyat sehingga hari ini kerana bahan kimia itu mengambil masa 1,500 tahun untuk lupus,” katanya.
Beliau kesal kerana kerajaan Umno BN tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap kilang itu tetapi pihaknya tidak akan berdiam diri lantaran ia menjejaskan alam sekitar dan keselamatan rakyat. Katanya, kelulusan bagi pembinaan kilang itu diluluskan pada 2008 dan proses pembinaannya kini mencapai 70 peratus siap serta dijangka beroperasi bila-bila masa.
Subscribe to:
Posts (Atom)