SUNWAY Lagoon Sdn Bhd (Sunway Lagoon), pengendali taman tema air terkemuka di negara ini terus komited mempelbagaikan taman permainannya apabila akan menambah lagi tarikan barunya pada tahun ini yang akan menampilkan keunikan tersendiri iaitu Pawagam 5 Dimensi (5D Theater).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aaron Soo berkata, lebih menarik walaupun 5D Theater itu akan dijangka dibuka kepada umum pada September ini, pihaknya tidak menaikkan harga tiket masuk malah mengekalkannya seperti harga asal.
Katanya, Sunway Lagoon sekarang sudah menjadi satu lokasi wajib yang akan dikunjungi pelancong jika datang ke Malaysia dan pihaknya yakin dapat mengekalkan kedudukan sebagai taman tema terbaik di Asean.
“5D Theater akan menampilkan keseronokan yang maksimum kepada pengunjung kerana ia adalah yang pertama akan ditampilkan di negara ini dan paling penting, pengunjung yang menonton di 5D Theater pasti dapat berasakan seperti berada di lokasi sebenar serta merasai setiap situasi yang dipaparkan.
“Selain menerima anugerah Tempat Menarik Asia Terbaik, kami akan berusaha menjadikan Sunway Lagoon sebagai daya tarikan utama di peringkat antarabangsa dan jika dilihat sekarang taman tema ini juga bukan saja menjadi lokasi pilihan untuk percutian keluarga tetapi turut dipilih sebagai tempat mengadakan pelbagai acara besar termasuk konsert artis antarabangsa,” katanya.
Menurutnya, tahun lalu Sunway Lagoon juga memperkenalkan taman permainan yang menampilkan pelbagai aktiviti mencabar dan lasak iaitu Extreme Park di mana mempunyai sukan lompat banji yang pertama di negara ini.
Soo berkata, selain terkenal dengan Water Park dan Extreme Park, Sunway Lagoon juga mempunyai kelainan yang sangat unik apabila mewujudkan Wildlife Interactive Zoo iaitu zoo mini seluas 3.2 hektar yang dibina berkonsepkan pendidikan dan hiburan di mana pengunjung terutama kanak-kanak berpeluang melihat, memegang dan belajar lebih 160 spesies haiwan.
Beliau berkata, dari segi promosi pula pihaknya menggunakan pendekatan pengiklanan melalui hotel, papan tanda, lapangan terbang dan majalah. “Tahun ini kami menyasarkan untuk menarik pengunjung dari negara India dan China kerana negara ini adalah pasaran yang berpotensi besar kerana mempunyai penduduk ramai di dunia. Bagaimanapun, kami akan berusaha mengekalkan kunjungan pelancong dari negara Timur Tengah, Arab Saudi dan seluruh Asia Tenggara yang ketika adalah antara paling ramai berkunjung ke Sunway Lagoon,” katanya.
Katanya, bagi pengunjung warga negara hanya perlu menunjukkan MyKad untuk mendapatkan diskaun sebanyak 25 peratus bagi setiap tiket yang dibeli.
1 Rakyat DDCzone Berkata -kata:
nak pergilah.. ;]
Post a Comment