Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Tuesday, May 3, 2011

2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"


Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulitdengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telahmengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ..."Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina. "Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,"kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihatAhmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"
:)) :))



1 Rakyat DDCzone Berkata -kata:

dean said...

mak ai..ramainya ank..hahah