Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Tuesday, May 3, 2011

PanJaT Dinding??...Saya bukan Gila


Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih dan doktor buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk pemeriksaan terakhir.

"Baik nya doktor....." sukanya hati Ahmad.

"Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau Ahmad jawab elok saya benarkan Ahmad pulang.. kalau tidak Ahmad akan tunggu sini sedikit masa lagi" Terang Doktor pada Ahmad.

"Baik Doktor, Ahmad sedia menjawab" jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya.. dan dihalakan ke dinding.. (cahaya lampu tersebut berbentuk bulat di dinding bilik Doktor).

"Awak nampak cahaya tu?" tanya Doktor

"Nampak Doktor..." jawab Ahmad tersenyum.

"Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad" arah Doktor tu pada Ahmad.

"Kat Dinding tu?" tanya Ahmad tersenyum.

"Ye laaa..." jawab Doktor.

"Hi hi hi saya tak gila lah Doktor...... tak nak lah saya buat.." jawab Ahmad

"Mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini...awak lulus ujian saya.." Doktor berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan begnya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu gerbang.

"Tunggu, tunggu Ahmad!" Doktor memanggil balik Ahmad.

"Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?" tanya Doktor tu sebagai soalan terakhir.

"Hi hi hi... Doktor ingat saya ***** ker Doktor..... kalau saya panjat..... saya pegang cahaya tu.... Doktor tutup lampu suluh tu nanti.. tentu saya akan terjatuh..." jawab Ahmad selamba

"Mm.. Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad" kata Doktor pada Ahmad.

saki baki gilanya tu ada lagi...


2 Rakyat DDCzone Berkata -kata:

Ibnushukran said...

haha.. skit lagi nk kluar, da kantoi soklan kedua..

dean said...

kecian..ada lg gila dia