Sistem tawaran pelajar melalui web ini disediakan untuk calon pelajar Universiti Teknologi Malaysia sahaja. Semua calon pelajar adalah diwajibkan membuat pengesahan penerimaan/penolakan tawaran dalam tempoh yang ditetapkan (sampai 26/6) melalui laman web ini. Calon-calon pelajar boleh mencetak maklumat-maklumat dalam menu berikut untuk tujuan pendaftaran:-
• Surat Tawaran
• Syarat-Syarat Tawaran
• Borang-borang yang perlu diisi
• Maklumat Program Haluan Siswa
• Borang UTMP5 yang telah diisi secara online.
Pihak UTM juga telah menghantar surat tawaran melalui pos. Jika calon-calon pelajar UTM tidak menerima surat tawaran yang telah dihantar melalui pos, calon pelajar boleh menggunakan surat cetakan komputer ini untuk tujuan pendaftaran. Walau bagaimanapun, pengesahan pendaftaran akan dibuat oleh pihak Unit Kemasukan dan Rekod pada hari tersebut.Pendaftaran pada (28/06/2008)
posted by : Mr.Admin