Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Friday, October 4, 2013

Stress Dan Letak Jawatan Guna Youtube~ ... hahhaha.. well done


Marina Shifrin, 25 - sebb stress sangat kat opis yang dia kerja kat taiwan so dia pun buat lah video utube ni.. pastu video dibalas dari company dia.. rasanya semua yang keluar dari youtube ni pun senang na popular kot... hahaha.. pape je tah... tp menarik btw...hoho




VIDEO LETAK JAWATAN

KOSMO - TAIPEI - Seorang wanita meletakkan jawatan di sebuah syarikat animasi Taiwan dengan memuat naik sebuah rakaman videonya menari di laman web perkongsian video YouTube, lapor sebuah akhbar semalam. Wanita itu, Marina Shifrin, 25, menari mengikut rentak lagu penyanyi terkenal, Kanye West yang berjudul Gone. Shifrin memberi penjelasan berhubung peletakan jawatannya itu menerusi sari kata yang tertera dalam klip berkenaan. Video tersebut ditonton lebih 100,000 kali di YouTube. "Sejak dua tahun lalu saya telah korbankan semua hubungan cinta, masa dan tenaga untuk kerja ini," tulis Shifrin dalam video tersebut. Bagaimanapun, ketika memberitahu akhbar Huffington Post, wanita warga Amerika Syarikat itu tidak mendedahkan nama syarikat atau bekas majikannya. - Agensi Artikel Penuh:

http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...#ixzz2gdaIOjB2
Hakcipta terpelihara

VIDEO JAWATAN KOSONG

 


Kesalahan Dalam Solat ~



1. Meninggalkan sembahyang.
Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).


2. Melengah-lengahkan solat.
Firman Allah bermaksud : Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar.Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).


3. Meniggalkan solat berjemaah.
Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk." (Surah al-Baqarah, ayat 43).Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).


4. Tidak thuma'ninah dalam solat
Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud.
Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.


5. Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.


6. Mendahului atau menyelisihi imam.
Hal ini boleh menyebabkan solat batal.

Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk... " (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.


8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.
Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim)."Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)


9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.
Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.


10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.
Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."


11. Melintas di depan orang yang sedang solat.
Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).


12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.
Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.


13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.
Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya.Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).


14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.
Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).


15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.
Seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata.Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.


16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.
Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)

Sumber


Wednesday, October 2, 2013

Kinohimitsu Collagen Drink For Men (review)


MInggu lepas bosan kan, x kerja, ite g  lepak klcc pusing2 ronda bawak anak sedara main boyan kat sana.. hahaha... pastu pusing2 kawasan petaling street.. tengok ada benda baru kat watson.. perghh.. first time nampak collegen tuk lelaki ni... well.. ite xnak lah makan collagen pempuan kan.. gedik je.. wakkaka...

Ni da tiga hari minum natang ni.. ok lah.. rasa pun ok jugak... collegen tuk lelaki ni datang dari jepun.. kinohimitsu pun produk promising gak... harga kat watson ni RM 165 .. ada dalam tuk 17 botol.. 1 botol untuk 2 hari.. setakat 3 hari ni.. nampak ah sikit ada perubahan... makin comel muka ni...ekekke... mengada2 nak collegen bagai kan.. btw.. it my money.. hahahhaa....


Ni produk terbaru ni.. untuk status halal belum lagi keluar.. matiler minum dulu sebelum kuar halal.. (dlm proses) ngee... btw as far im concern.. product ni promising.. wait till month later.


UPDATE!!

Bila check balik ngan jakim~ Sah sah halal.. hahaha.. ok time minum da halal... hahahha... ni prove bawah ni gambar .. t x pasal2 kena sue kalau salah info ni.... hahahhaa... well since da halal.. mana laki2 metrosetan...ehhhh!! .. metroseksual yang jaga kesantekan sangat tu.. try ah produk kak ton ni... hehehe



Tuesday, October 1, 2013

DDCZONE LANCAR Blog Chatroom/ Online Malaysian TV / Radio Online



Hahahha... bosan bosan nak buat kerja kan.. oklah semperna group facebook DUNIA BLOGGER DA CAPAI 3000 orang maka dengan ini admin dengan bermurah hati lah nak bukak blog sembang tuk dak dak blogger ni.. Kepada sesapa nak tengok tv online... chatroom dan ping blog.. pergi sana ok.. ni website adress baru tuh.. boleh tengok tv online, chatroom online, ping blog, share skype or ym dll... 

LINK BLOG

GROUP FB PING BLOG NI