Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Saturday, September 6, 2014

Hadi Awang Dakwa Azizah Tidak Layak Jadi MB Selangor




 JAWAPAN KENAPA PAS HANTAR 3 NAMA DAN KENAPA WAN AZIZAH TIDAK LAYAK JADI MENTERI BESAR SELANGOR DIJAWAP OLEH HADI AWANG - PRESIDEN PAS


Friday, September 5, 2014

Kolekstol Tinggi?..Ketahui Makanan Yang Boleh Mencegah Kolestrol Dalam Badan


Tubuh memerlukan kolesterol untuk berfungsi dengan baik, tetapi paras kolesterol berlebihan tidak baik untuk kesihatan badan dan jantung. Ia akan menjurus kepada pemendapan pada dinding arteri yang dipanggil plak.

Pemendapan yang bertambah akan menyempitkan arteri serta me­nyebabkan ia tersumbat sepenuhnya. Ini mengakibatkan darah menjadi berketul atau mengurangkan peredaran dan bekalan darah serta oksigen ke otak, jantung dan bahagian lain tubuh. 



Apabila ia bertambah serius, seseorang itu boleh mendapat serangan jantung atau strok. Justeru, selain mengurangkan makanan berkolesterol tinggi, kolesterol sedia ada di dalam badan juga perlu dikurang­kan. 

Berikut antara saranan makanan bagi membantu mengurangkan kolesterol dalam badan:

Ikan dan omega-3 



Disarankan pengambilannya sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Antaranya ikan tuna, tuna albacore, sardin, kembung dan hering. Sebaik-baiknya hidangan ikan disediakan dengan cara dibakar, panggang ataupun kukus. 

Asid lemak omega-3 yang terkandung dalam ikan dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Ia juga mampu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah serta dikatakan dapat mengurangkan risiko kematian mengejut. 


Minyak zaitun 


Minyak zaitun mengandungi paras antioksidan yang tinggi dan digalakkan diambil sebanyak 23 gram minyak itu sehari untuk mendapatkan manfaatnya. 

Kandungan antioksidan di dalam minyak zaitun mampu mengurangkan kolesterol tanpa mengganggu kolesterol baik (HDL). Pilih minyak zaitun tulen kerana ia mengandungi lebih ba­nyak antioksidan yang baik untuk kesihatan. 


Badam dan walnut 



Kajian menunjukkan badam dan walnut mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana ia mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi. 

Asid lemak tidak tepu ini membantu menjadikan pembuluh darah tetap sihat. Malah, sumber kekacang ini juga mengandungi kalori yang tinggi. Segeng­gam kacang yang tidak melebihi 57 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada badan. 

Namun, ia tidak boleh diambil secara berlebihan kerana boleh menyebabkan kegemukan dan mening­katkan risiko serangan jantung. 


Gandum dan oat. 



Oat kaya dengan serat larut yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) daripada tubuh. 

Serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama najis. Ia boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear. 

Jika paras kolesterol dalam badan tinggi, anda boleh: 

  1. Mengawal pemakanan. Makanan seperti kek, biskut dan kuih-muih yang banyak lemak trans akan meningkatkan pengambilan lemak tidak sihat. 
  2. Begitu juga dengan hidangan seperti rendang ayam, daging dan sate yang mengandungi kolesterol dan lemak tepu yang sukar ditentukan kandungannya. Oleh itu, hadkan pengambilannya. 
  3. Minum susu tanpa lemak. 
  4. Lebihkan makanan berserat kerana ia boleh menyerap kolesterol dalam darah dan mengeluarkan­nya daripada badan. 
  5. Ambil makanan me­ngandungi antioksidan misalnya buah strawberi, betik dan labu serta bawang putih. 
  6. Hindari aktiviti merokok. 


Antara cara untuk mendapatkan paras kolesterol yang sihat: 
  • Mengurangkan pe­ngambilan daging merah, lemak haiwan dan produk tenusu. 
  • Mengurangkan pe­ngambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti hati dan sesetengah makanan laut. 
  • Mengurangkan pe­ngambilan makanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat ringkas. 
  • Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran segar. 
  • Pengambilan lecithin boleh membantu mengelakkan pemendapan dan memudahkan penyingkiran lemak badan. 
  • Senaman berterusan membantu meningkatkan kolesterol baik dan membantu menurunkan kolesterol secara menyeluruh. 
  • Elak pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia menyumbang kepada penurunan paras kolesterol baik, sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung.



Tuesday, September 2, 2014

Sembahyang Bagai Nak Rak Tp X SAH dan X dapat Pahala




























Bukan susah pun nak buat.. kepada sesiapa yang jaga sembahyang senang je.. so selama ni yang x sah sembahyang tu.. abaikan..sekarang da tahu kan.. so kena buat lah.. hehehe... sharing is caring.. jaga rukun solat.. :)