Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Wednesday, September 8, 2010

SeLamat Hari Raya Maaf Zahir Batin (SHRMZB)...


Dikesempatan hanya tinggal dua hari sahaja lagi Mr.aDMin@DDCzone ingin mengucapkan Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua ahli-ahli setia DDCzone dan juga kepada semua follower2 setia DDCzone di blog mahupun di Facebook..Kalau admin ada tersilap salah harap dimaafkan...Mungkin admin ada tersalah kata, perbuatan dan sebagainya kat korunk..admin nak minta maaf kat korunk...Kalau korunk ada salah silap admin maafkan korunk jugak...Papepun...harap korunk enjoy time raya nie, jangan main mercun, bunga api takpe and jangan lupa send SMS raya...BTW henset admin rosak...jadi tak dapat balas msj raya... kalau dah ok nanti baru balas... hehe~ :D


Tuesday, September 7, 2010

Mari Belajar Bahasa Kelantan


Bokbong - spesis musang
Ttuyup - pepatung
Pok Kor - spesis mengkarung
Ike Kkhonge
- ikan cencaru
Gelenyar,Gletah -mengenyam, getik
Absorber = saksoba
Supik Gelenyar/supik rhokrhak - plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
mokte = rambutan

kuk/kok = sekeh

njja = tendang

x cakno = x hirau

nyaknyo = kesian

bbaloh = kelahi
Ggaduh
= nak cepat (double `G' means sabdu))

debe = berani gilerr
Bekwoh
= kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang

rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah

hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)

cuwoh =curah

getek/etek =juga

tepoh = langgar
tubik = keluar

SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don't worry, be happy!!!
IDAK KO =
cuma

WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm urusan perniagaan)
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)
belengas = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga

lipotey = x tetap duduk

nneting = melantun


Kelantan + English?? = "Kelantalish"
Contoh:
POZEK (deposit),
RIZAT (1.result
NNEJA (manager)

ISTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market), dll...

BOKK (book)
rhoba (rubber)pemadam


Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG

nnakut/penakut apah

cerhoh/cerah jheriloh

jatuh celabok
kuca hanya (suara mengidung sedikit)


Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat kelantan yang unik.. Antaranya:
YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH? = memohon restu atau persetujuan. ..lebih kurang "OK?",
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? = lebih kurang "GAK"
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"
DOCK? = lebih kurang "bu( kan )?", "betul tak?" atau "isn't it?"
LAMOKEY = nanti kan

Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan di anggap TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain...Yang popular digunakan antaranya:
CEBOCK : kita maksudkan 'cedok', selalunya untuk cecair, mencedok air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud "basuh b***k"(istinja).
PPATAK : kita maksudkan 'paling bawah'. Mencarut bagi mereka...
JEBUR : kita maksudkan 'botol' (kurang popular sebenarnya, tapi org tua-tua masih guna perkataan ni...) Kalau silap dengar, lain maksudnya.
KOTER : kita maksudkan "kelapa tua yang kering tak berair" (ingat slogan CAWAT KOTE?) di kebanyakan tempat, ianya mencarut juga!!
TTINO : kita maksudkan 'perempuan' t! api bila sebut BETINA, ramai yang marah.(begitu juga JATE...)
AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK ...)Yang fresh & manis tu dipanggil NIRA.
NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antarakawan. .. cuba direct translate jadi BINATANG... Boleh bergaduh nanti...
SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud "tidak kena mengena", bagi org KL,ia bermaksud "kaum kerabat" contradict betul!!!sprt gak perkataan bujang(buje)membawa erti janda kl di kelantan.

SIAL = sembuh


Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an',' am','ang' diganti dengan `e'. cth :

Jangan=jange
Lengan =lenge
ayam = aye

Geran = gere,
Pisang = pise
Malam = male BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like
pelam(mangga) & pelan.(nanti jd lain lak.)

Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi.Sekadar contoh,
Tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA(useless).Atau keliru diantara KECEK(tipu) dengan KKECEK (bercakap) dan juga banyak di ringkaskan pecakapan sprt :make kkeda (makan di kedai) maye ssejid (sembahyang di masjid)tido lluar(tidur di luar)





Logo Baru UTM 3.. *New & Updated



Nampaknya ramai yang dah tahu yang UTM dah diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan.. Memandangkan ramai yang cari logo UTM yang ada Universiti Penyelidikan jadi admin letak jelah logo ni.Dimaklumkan oleh MPMUTM kepada admin logo ini hanya boleh digunakan selama 2 Tahun.. Memandangkan ramai yang sedang cari logo ni maka admin letak je lah logo ini . Untuk pengetahuan logo ini telah mengikut format yang sebenar *(mengikut format yang diberitahu MPMUTM hujung U dan N mestilah selari dengan logo diatasnya) namun jadi bolehlah digunakan sebagai cover page kerja khusus atau assignment. logo utm. logo terbaru utm. logo universiti penyelidikan.