Kementerian Luar Wisma Putra mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf kepada Indonesia berhubung kesilapan dalam mencetak bendera negara itu secara terbalik di dalam buku rasmi cenderamata pada pembukaan Sukan SEA ke-29 semalam.
"Bagi pihak kerajaan Malaysia, Kementerian Luar melahirkan rasa kesal atas kesilapan yang tidak disengajakan yang dilakukan oleh jawatankuasa penganjur Malaysia (MASOC) atas salah penerbitan bendera Indonesia dalam buku cenderamata rasmi itu"
"Juga bagi pihak kerajaan Malaysia, kami memohon maaf kepada kerajaan dan rakyat Republik Indonesia.
MY COMMENT
saya amat respect pada presiden indonesia kerana dia lebih terbuka dan pemaaf atas kesilapan kecil ini.
warga indonesia juga lupa ke sebelum ni masa di sukan sea games 2011 kalian juga ada pasang bendera malaysia yang terbalik yang memang gagal total. Takde pun kerajaan malaysia nak gigih paksa suruh minta maaf. Warga indonesia juga ada salah pasang bendera sendiri. Harap semua maaf memaafkan satu sama lain dan fokus persahabatan kita sekian lama..
Semoga kita kekalkan persahatan ini selamanya
malaysia💓💕💕💕💕💕 indonesia