Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Monday, April 13, 2015

Kerana Cintamu Lisa


Budak Budak Zaman Sekarang.. hahahah.. lawak bebenor


Tuesday, January 13, 2015

Apa kesalahan pakcik ni?.. x pakai topi keledar?



Sunday, December 28, 2014

Your Plane Will Never Get Lost - Air Asia
























Kapal terbang Airbus A320 meninggalkan Surabaya jam 5.20 pagi waktu Indonesia (6.20 pagi waktu Malaysia) dan kelihatan tidak dapat dihubungi sewaktu berada di udara Kalimantan, menurut laporan media.

Ia disahkan melalui tweet AirAsia yang dikeluarkan pada 11.47 pagi ini: AirAsia Indonesia regrets to confirm that flight QZ8501 from Surabaya to Singapore has lost contact with air traffic control at 07:24hrs this morning. (AirAsia Indonesia dukacita mengesahkan pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura putus hubungan dengan pusat kawalan udara pada jam 7.24 pagi ini).

Reuters memetik Hadi Mustofa dari Kementerian Pengangkutan Indonesia mengatakan kapal terbang itu putus hubungan dengan Jakarta pada jam 6:17 pagi waktu tempatan.
Ia dilaporkan meminta kebenaran menggunakan laluan "di luar kebiasaan."

Kapal terbang itu dijadualkan tiba di Singapura jam 8:30 pagi waktu Singapura (0030 GMT). Laman web lapangan terbang Singapura mencatatkan status penerbangan itu sebagai "ditangguh."

Skrin menunjukkan demografik penumpang dari pesawat Airbus A320 yang hilang pagi ini. – Gambar Facebook, 28 Disember, 2014.Skrin menunjukkan demografik penumpang dari pesawat Airbus A320 yang hilang pagi ini. – Gambar Facebook, 28 Disember, 2014.AirAsia Indonesia juga mengeluarkan tweet: "Pada waktu ini, kami tiada maklumat lanjut berhubung status penumpang dan anak kapal terbabit, tetapi kami akan terus memaklumkan semua pihak sebaik maklumat diperolehi."

Katanya, pesawat itu ialah jenis Airbus A320-200, dengan nombor pendaftaran PK-AXC.

"Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan AirAsia sedang bekerjasama sepenuhnya dan membantu perkhidmatan menyelamat."


My comment :


" Dulu perli sangat MAS pasal MH370, nah amek... jangan berlagak sangat lah Air Asia.. dah lah sokong LGBT.. hahaha..muahhh..muahh..muahh "





Saturday, December 27, 2014

Nuffnang CPUV : Maggi Royale review


Pada post yang lepas saya dah review pasal maggi royale ni, rasa untuk Maggi korean braised spicy beef tu so-so je. tp sedap kalau tambah bebola daging.

..
x padan dengan harga rm8... luckily, smalam pergi tesco harga untuk maggi royale still rm8 selepas promosi.. hahaha.. x naik harga untung sangat.. sebab apa tau.. even mamee ala chef tu baru rm6.70 compare dari harga maggi royale ni.. smalam tengok promosi baru rm4.60..

REVIEW MAGGI ROYALE PENANG SEAFOOD

RASA:
dari segi rasa maggi royale penang seafood, teramat sedap.. xtau lah sebab apa sedap sangat.. yang ni kalau RM8 pun x kisah harganya sebab sangat sedap compare to rasa korean tu.

Mungkin sebab rasa belacan atau sebab rasa santan tu, bila korunk masak sekali mesti rasa x cukup.. mesti nak tambah lagi sebab rasa dia memang sedap.. x percaya try lah ... rasanya maggi ni champion untuk semua perasa meggi yang ada.. kuah kena pekat kalau x rasa dia kurang sedap..

xpayah tambah udang atau papepun rasa dia sedap giler... up sikit dari rasa mamee ala chef curry tu...

HARGA :
rm7.99 .. harga tesco.. tah lah bagi rakyat biasa untuk 5 paket rasanya mahal kot.. kalau nak beli maybe 5 bulan sekali kot.. even student pun xkan beli banyak.. depa rela beli maggi rm5 bawah.. mamee ala chef pun rm6.70.. lagi berbaloi harga untuk student lah .. sebab kebanyakkan yang makan megi ni student.. kalau harga 5 paket rm8 mcm ni susah kot student nak beli.. for me.. oklah harga tu sebab sedap sangat compare to others maggi...

RATE:

5/5 bintang sebab sedap sangat.. champion to all maggi out there.. pasni nak g beli yang ni sahaja.. maggi lain da bole say goodbye..hahhaa.. cubalah dan komen kalau anda katakan 4 bintang ke bawah.. 




Friday, December 19, 2014

Kereta Kabel "Made in China" Kalahkan Kereta Kabel Langkawi dan Genting


Di Hubei China ada sistem kereta kabel buatan sendiri yang digunakan oleh penduduk setempat untuk menjalankan aktiviti harian. Ianya sepanjang 1000 meter dan tergantung 480 meter dari lantai gaung yang direntasinya. Kereta kabel ini memang tidak sesuai dinaiki oleh mereka yang gayat kerana tidak mempunyai sistem keselamatan yang baik. Sungguhpun begitu sejak mula digunakan pada tahun 1997 tidak pernah belaku sebarang kecelakaan.




Nuffnang CPUV : Pentax Cameras Awareness























Pada 2013, Ricoh Imaging Co. tampil dengan lensa terbaiknya dengan pelancaran Pentax K-3. Ricoh Imaging Co. memperkenalkan siri DSLR terbarunya, Pentax K-3 yang diperincikan dengan fungsi simulator anti-aliasing – inovasi hebat yang dicipta khusus untuk K3.

K-3 turut dilengkapi sensor imej terbaru APS-C-size CMOS (23.5mm x 15.6 mm). Ciri itu turut digabung dengan engin memproses imej PRIME III – yang melonjakkan kemampuan pemprosesan imej sekaligus mengurangkan bunyi bising secara efisyen. Hasilnya, kualiti gambar berkualiti tinggi walau dalam suasana terlalu terang.

Ia semestinya berita baik kepada jurugambar professional dan peminat dunia fotografi yang ingin mengurangkan kesan beralun pada imej secara efektif tanpa perlu memasang penapis optikal anti-aliasing pada kamera.Inovasi canggih itu member pilihan kepada pengguna sama ada menggunakan penapis atau tidak sewaktu merakam pemandangan dan objek.

LCD mudah lihat 3.2 inci dengan anggaran 1,037,000 dot (dalam nisbah 3:2) dan kaca tempered pada panel depan sebagai jaminan ketahanan.

Begitu juga dengan binaan dipanggil air-gapless di mana tiada ruang udara antar alapisan LCD, mampu mengurangkan kesan pantul balik dan penyebaran cahaya yang menjadi penyebab gambar kabur sewaktu penggambaran luar bangunan. K-3 turut dilengkapi kemudahan tayangan imej yang kelihatan „hidup‟ sewaktu gambar diulang tengok.

Pentex juga ada mengeluarkan kamera anti debu yang mana amat berguna untuk peminat yang tidak sukakan debu melekat di badan dan lens kamera mereka.


Jom terjah apa lagi kamera menarik dari pentex Malaysia

Note : Thanks to Nuffnang and  Pentex Camera Awareness  because sponsored us through Nuffnang CPUV Ads

Tag : nuffnag CPUV, Nuffnang CPUV : Pentax Cameras Awareness, Pentex, nuffnnag, cpuv, pentex ads, camera pentex, pentax malaysia.