Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Sunday, May 1, 2011

KisaH Jiran Sebelah Rumah


Dalam satu neighbourhood nie…… bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah. Jadi…..korang faham-fahamlah apa yang diorang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu.

Maka, kelam-kalbutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai. Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya.

Setelah itu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng’freze’kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak ‘patung’ itu
lalu bertanya kepada isterinya,

” aik??!!…..dari mana pulak datangnya patung nih??”

“oooo….. patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah.
Baru je sampaitadi.” jawab si isteri selamba.

“ooooooo…..begitu.” balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan ‘patung’ tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu. Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan ‘patung’ itu lalu berkata, “nah….makanlah.”. Si ‘patung’berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya.

Dengan selamba, si suami berkata,” aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la…..Tak macam awak……….dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan……….segelas air pun awak tak bagi!!!!!!”


0 Rakyat DDCzone Berkata -kata: