Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Lantas dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Agus.
Lelaki kaya: Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya.(lalu memberikan kadnya).
Pak Agus: Baik tuan, saya akan suruh anak buah saya hantar ayam-ayam tu ke rumah tuan.
Selepas itu, Pak Agus memanggil anak buahnya yang bernama Pak Pandir dan memberikan arahan..
Pak Agus: Pandir, esok engkau hantarkan 100 ekor ayam ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi).
Pak Pandir: No problem.
Esoknya Pak Pandir pun pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. Lima puluh ekor diletakkan di sebelah kanan motosikalnya, 50 ekor lagi di sebelah kiri. Malangnya, di tengah perjalanan motosikal Pak Pandir terlanggar lubang dan... BBUAAKK!!!dia terjatuh dari motornya.
Ayam-ayam yang dibawanya terjatuh dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk melihat keadaan Pak Pandir. Tetapi Pak Pandir tidak apa-apa, malah ketawa terbahak-bahak. Seorang pemuda bertanya kepada Pak Pandir..
Pemuda: Bang..abang tak apa-apa ke?
Pak Pandir: Ha.. ha... ha...ketawa sambil pegang perut!
Pemuda: Bang, kenapa bang?
Pak Pandir: Hahaha.. budoh punya ayam, engkau nak lari ke mana?Alamat ko kan ada pada aku! Hahahahaa..
0 Rakyat DDCzone Berkata -kata:
Post a Comment