Terry merupakan seorang yang amat pemalu.. Dia pergi ke sebuah bar dan terlihat seorang wanita yang amat cantik. Selepas berjaya mengumpul "keberaniannya", dia pun menghampiri wanita tersebut.
"Boleh tak kalau saya nak berbual-bual dengan awak sebentar?" Katanya dengan nada berbisik.
Dengan suara yang lantang, wanita itu menjawab
"Apa maksud awak ingin bermalam dengan saya!!"
Kesemua mata yang ada didalam bar tersebut tertumpu kepada mereka berdua. Terry merasa keliru dan amat malu dan pergi semula ke mejanya.
Selepas beberapa ketika, wanita tersebut pula menghampirinya dan berkata,
"Maaf, saya sebenarnya seorang pelajar dalam jurusan psikologi. Sebentar tadi saya cuma ingin melihat reaksi orang apabila berada dalam keadaan yang memalukan. Saya harap awak tak marah."
"Kenapa mahal sangat sampai RM200!!". Giliran Terry pula membalas dendam dengan suara yang kuat...
1 Rakyat DDCzone Berkata -kata:
pdn muka..
Post a Comment