Kapal terbang Airbus A320 meninggalkan Surabaya jam 5.20 pagi waktu Indonesia (6.20 pagi waktu Malaysia) dan kelihatan tidak dapat dihubungi sewaktu berada di udara Kalimantan, menurut laporan media.
Ia disahkan melalui tweet AirAsia yang dikeluarkan pada 11.47 pagi ini: AirAsia Indonesia regrets to confirm that flight QZ8501 from Surabaya to Singapore has lost contact with air traffic control at 07:24hrs this morning. (AirAsia Indonesia dukacita mengesahkan pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura putus hubungan dengan pusat kawalan udara pada jam 7.24 pagi ini).
Reuters memetik Hadi Mustofa dari Kementerian Pengangkutan Indonesia mengatakan kapal terbang itu putus hubungan dengan Jakarta pada jam 6:17 pagi waktu tempatan.
Ia dilaporkan meminta kebenaran menggunakan laluan "di luar kebiasaan."
Kapal terbang itu dijadualkan tiba di Singapura jam 8:30 pagi waktu Singapura (0030 GMT). Laman web lapangan terbang Singapura mencatatkan status penerbangan itu sebagai "ditangguh."
Skrin menunjukkan demografik penumpang dari pesawat Airbus A320 yang hilang pagi ini. – Gambar Facebook, 28 Disember, 2014.Skrin menunjukkan demografik penumpang dari pesawat Airbus A320 yang hilang pagi ini. – Gambar Facebook, 28 Disember, 2014.AirAsia Indonesia juga mengeluarkan tweet: "Pada waktu ini, kami tiada maklumat lanjut berhubung status penumpang dan anak kapal terbabit, tetapi kami akan terus memaklumkan semua pihak sebaik maklumat diperolehi."
Katanya, pesawat itu ialah jenis Airbus A320-200, dengan nombor pendaftaran PK-AXC.
"Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan AirAsia sedang bekerjasama sepenuhnya dan membantu perkhidmatan menyelamat."