ANEH dan pelik! Itulah ungkapan sesuai untuk mengambarkan mengenai undang-undang yang terdapat di sebuah bandar terpencil yang berada di kepulauan Artik di Svalbard, Longyearbyen Norway.
Manakan tidak, hanya di bandar ini penduduknya di larang untuk meninggal dunia.Bagi yang 'melanggar' undang-undang ini, ia dikategorikan sebagai melanggar undang-undang. Yang pastinya menjadi satu persoalan besar, kenapa tidak boleh meninggal dunia di Longyearbyen?
Menurut Wikipedia, larangan tersebut hakikatnya bersebab kerana tanah di Longyearbyen merupakan tanah permafrost.Dalam ilmu geologi , permafrost adalah suatu jenis tanah yang terletak di lintang tinggi atau yang berada di sekitar kutub utara dan selatan. Tanah jenis ini berada di titik beku pada suhu 0 darjah Celsius.
Tanah-tanah jenis permafrost akan muncul atau terbentuk ketika suhu sekitar mencapai rata-rata -2' Celsius. Tanah permafrost biasa ditemui di sebahagian besar Siberia, Kanada, Alaska dan Greenland.Justeru sekiranya mayat dikebumikan di kawasan berkenaan, mayat tidak boleh hancur atau reput seperti mayat-mayat yang dikuburkan dikawasan lain di dunia ini.
Sebagai penyelesaiannya, bagi siapa saja yang meninggal atau kerana sakit, kemalangan atau lain, mayat yang bersangkutan akan diangkut dengan menggunakan kapal atau helikopter dan dibawa ke Pulau Utama Norway.Bagi sesiapa yang dalam keadaan tenat bolehlah pergi kawasan lain selain daripada Longyearbyen.
Serba sedikit mengenai Svalbard, menurut Wikipedia Longyearbyen merupakan penempatan terbesar dan pusat pentadbiran di Svalbard, Norway.Pada tahun 2008, bandar ini mempunyai jumlah penduduk seramai 2,040 orang.Ia terletak di lembah Longyeardalen dan di pinggir Adventfjorden serta di teluk Isfjorden yang berada di pantai barat Spitsbergen.
Sejak tahun 2002, Majlis Tempatan Longyearbyen bertanggungjawab sebagai sebuah majlis perbandaran tempatan seperti menyediakan kemudahan, pendidikan, jabatan bomba, jalan raya dan pelabuhan.Kediaman Gabenor Svalbard juga berada di bandar yang antara paling utara di dunia ini.
0 Rakyat DDCzone Berkata -kata:
Post a Comment