Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Tuesday, November 18, 2014

Daftar atau Kemaskini BR1M 2015 ( 1 DIS - 31 DIS ) atau anda tidak layak



Borang permohonan BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia. BRIM 4.0 seperti yang diumumkan dalam bajet 2015, kadar bayaran BRIM 2015 telah dipertingkat dan diperluaskan. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, bayaran BRIM dinaikkan dari  RM650 kepada RM950. Manakala bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 bayaran ditingkatkan dari RM450 kepada RM750. Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Berikut adalah maklumat penting mengenai cara permohonan atau pendaftaran BR1M 4.0 tahun 2015.





Borang Permohonan BR1M 4.0 Tahun 2015 Online

Pengumuman Terkini: Permohonan Online BRIM 4.0 tahun 2015 akan dibuka mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma.


Syarat Kelayakan BR1M 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia  2015


  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 Tahun Keatas
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
  • Individu Bujang 21 tahun keatas yang Bekerja dan Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah
  • Kadar Bayaran BRIM 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015


Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000: RM950

RM950: Bayaran ansuran sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.
Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM750

RM750: Ansuran RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.
Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: RM350

RM350: Kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Bantuan akan dibayar sekali gus pada bulan Januari 2015.
br1m-2015

Bonus Skim Khairat Kematian

Kerajaan juga akan menggantikan skim insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini kepada Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.


0 Rakyat DDCzone Berkata -kata: