Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Wednesday, October 8, 2014

Proton Iriz (PCC) Terbaekkk!! - My New Sponser



Proton Iriz yang dijangka menjadi nama model kompak terbaharu Proton bagi menggantikan Savvy, disasarkan menjadi pencetus perubahan tanggapan pengguna terhadap Proton.

Model itu yang dibangunkan dengan kod P2-30A, GSC (Global Small Car) telah dilancarkan bulan sudah setelah beberapa kali penundaan, disasar menjadi pemangkin ke arah perubahan positif Proton sama ada daripada aspek kualiti, keselamatan dan peningkatan jualan.

PCC akan dijana oleh enjin NFE yang merupakan varian terbaru daripada keluarga enjin CAMPRO. 2 versi enjin NFE bersesaran 1.3 liter dan 1.6 liter bakal menjadi nadi utama PCC. Untuk versi produksi enjin NFE bakal dikenali sebagai VVT kerana ia dilengkapi dengan teknologi tersebut, selain ciri lain seperti Smart Alternator dan Maniverter (Manifold & Catalytic Converter). Secara kasarnya boleh la dikatakan enjin NFE ini adalah versi CFE tanpa pengecas turbo.

Kali ini Proton memilih BOSCH untuk membekalkan ECU/EMS untuk enjin NFE, sebelum ini komponen tersebut dibekalkan oleh Continental. Difahamkan pihak BOSCH telah mengenal pasti kelemahan ECU sebelum ini dan telah menaiktarafnya supaya lebih baik.  Enjin NFE akan dipadankan dengan  pilihan transmisi  manual 5-kelajuan (MT+)  dari Getrag dan transmisi CVT2+ dari Punch Motive. Buat pertama kalinya, Proton juga akan memperkenalkan EPS (Electronic Power Steering) pada model PCC ini.

Sistem pengendalian Proton atau lebih dikenali sebagai Proton Ride & Handling, masih menjadi tunjang utama kekuatan dan keistimewaan kenderaan Proton. PCC bakal mempunyai sistem pengendalian yang lebih mantap dengan topang McPherson ditala dengan lebih jitu selain penggunaan Torsion Beam untuk gandar belakang untuk memastikan kereta kompak ini mempunyai ruang yang lebih luas.

PCC juga akan dilengkapi pelbagai ciri-ciri keselamatan yang kebiasaannya hanya dijumpai pada model berharga lebih mahal dan mewah, diantaranya seperti enam beg udara, ABS, EBD, TCS, ESC, HBA dan HHA.

Yang paling best interior yang menarik seperti camera belakang untuk parking , gps, tempat letak minuman dll.. Yang mana berduit tu, bolehlah tempah PROTON IRIZ .. ternyata HEBAT!!..



thanks to pcc sponsored us through nuffnangs ads


0 Rakyat DDCzone Berkata -kata: