Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Friday, October 3, 2014

Ulser? Apakah Ulser? Cara Ubati Ulser?


















Hari ni aku nak kongsi mengenai apa itu ulser mulut pasal aku kena natang nih. Xdelah sakit sangat tp rasa nak tonyoh je ngan kaki mulot ni.. ahahhaa...Apa-itu-ulcer-mulut-punca-dan-cara-mengubati-menghilangkan

Berbalik kepada cerita asal orang lain, ulser mulut ialah sebarang jenis ulser yang terjadi di dalam rongga mulut. Salah satu ulser tersebut dikenali sebagai ulser afta iaitu luka yang berbentuk tompokan putih, kemerah-merahan, ada gak macam warna nanah kot. Selalunya terjadi berulang kali samada sebiji, dua atau lebih. Dan semestinya bukan sup bunjut adabi!. Semestinya menyakitkan. Hmmmm.  Tuhan lebih memahami..

Dan menurut pembacaan dari internet, kesakitan dari sakit ulser ni akan berkurangan selepas 3-4 hari tetapi mengambil masa 7-14 hari untuk sembuh sepenuhnya dan juga biasanya bila ia sudah sembuh, takde meninggalkan parut. Ia hilang begitu saja. Macam chipsmore. Kejap ada, kejap takde.

Antara punca penyebab berlakunya ulser mulut ni cukup banyak:
  1. Kecederaan akibat terkena / tergigit benda tajam.
  2. Kekurangan kasih sayang zat besi, asid folik dan vitamin B12.
  3. Mempunyai alahan.
  4. Jangkitan kulat, virus dan bakteria.
  5. Kesan daripada radioterapi dan kimioterapi.
  6. Suka berak tak basuh? Aik? Ok, yang ini tiada kaitan. =.=”
  7. Sebab-sebab lain yang tidak diketahui. Tapi biasanya orang akan kaitkan pasal kurang minum air suam. Lepas tu dok membebel, menyalahkan kita “tu la ko, kurang minum air suam”. Tak pun “sape suruh ko kurang minum air suam, kan dah kena. Apa la”.
Kesan buruk dari mendapat ulser mulut ni pun banyak:

  1. Kesakitan apabila nak bercakap, gelak, senyum, masa nak berus gigi, berkumur, makan dan minum. Rasa nak tumbuk orang je takpun rasa nak marah je semua orang walaupun takde dosa seketul pun kat korang.
  2. Hilang selera makan dan minum.
  3. Panas badan macam nak demam. Ni terjadi kat aku sekarang nih *sewaktu artikel ni ditaip*.
  4. Dehidrasi (badan korang akan kekurangan air, di mana rasa haus giler dan bila minum air pun rasa macam tak minum je). Benda nih pun terjadi kat aku.
  5. Sakit tekak (rasa macam luka je kat dalam tekak tu hah).
  6. Bila dah kena dehidrasi, bibir merekah dan luka macam kena hiris guna pisau.
  7. Mungkin sebahagian daripada kesannya agak berbeza atau korang tak alami, bersyukurlah kalau tak kena banyak sangat kesan buruk. Jadi, macamana pulak nak hilangkan atau mengubati ulser mulut nih? Baik, ada macam-macam jutsu / jurus yang korang boleh gunakan. Pertama, garam. Yang ini petua orang-orang tua, samada letakkan sisa garam kat tompokan ulser ataupun berkumur dengan air garam. Kalau korang jenis yang tak tahan sakit, atau manja sangat. Ada cara yang lebih baik menggunakan garam nih.

Bonjela boleh didapati di farmasi untuk melegakan ulser tp rasanya x best lah.. ahahha


Antara Tips Di Luar Sana :

Elakkan makanan masam
Makanan masam boleh menyebabkan iritasi pada permukaan kulit yang terkena ulser. Kalau boleh elakkan makanan masam seperti buah limau, oren, lemon dan banyak lagi.

Vitamin B
Seseorang yang kekurangan zat besi atau B12 akan lebih mudah untuk mengalami ulser. Jika anda kekurangan zat besi dan B12 maka ulser yang tumbuh munkin akan lebih parah. Suplemen vitamin B 12, suplemen B9, serta makanan yang banyak mengandungi zat besi boleh membantu  mencegah dan menyembuhkan ulser.

Air dan baking soda
Air dan baking soda yang telah dicampurkan diletakkan pada bahagian ulser. Perlahan-lahan kerana anda akan mengalami rasa pedih tetapi semakin pedih yang anda rasakan, semakin berkesan ubat ini bekerja. Bahan campuran air dan baking soda ini adalah cara cepat menyembuhkan ulser di bibir.

Air kelapa
Kadang-kala ulser datang disebabkan oleh panas dalam tubuh yang berlebihan. Jadi, air kelapa dipercayai dapat memberikan kesan sejuk. Air kelapa untuk menstabilkan panas tubuh dan mengurangkan ulser.

Air dan garam
Air yang dicampur garam ternyata juga salah satu cara untuk mengatasi ulser. Kumurkan air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa yang ditimbulkan oleh ulser. Air garam juga dipercaya dapat mengurangkan jangkitan pada mulut anda.

Gliserin
Anda boleh mendapatkan gliserin di farmasi atau pasar raya berdekatan dengan rumah anda. Gliserin boleh mengurangkan pengeluaran air liur yang membuatkan ulser semakin dijangkiti. Dengan itu, gliserin boleh membantu penyembuhan ulser anda.

Vitamin C
Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, selain mengambil suplemen vitamin B12 atau menambah pengambilan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi, vitamin C juga mempunyai peranan yang hampir sama dalam mengatasi ulser. Memperbanyakkan penggunaan vitamin C juga dapat membantu proses penyembuhan ulser.

Teknik paling best
Pergi Pasar malam beli jagung panas. pastikan diletak garam ... ahhahaa..cya!


1 Rakyat DDCzone Berkata -kata:

Ania said...

Salam kenal!
Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)