Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Friday, May 20, 2011

Siot Je Amin Nih -kata Jin Samsudin


Amin seorang yang amat pintar.Malahan dia seorang yang amat rajin bekerja.Setiap hari selepas bekerja Amin akan berehat di sebuah kawasan hutan berhampiran.Didalam hutan itu terdapat sebatang pokok kelapa yang amat tinggi dan mempunyai buah kelapa yang banyak.

Pada suatu hari Amin telah memanjat pokok kelapa itu untuk memetik buah nya kerana kehausan.Tiba-tiba dia terdengar satu suara seperti suara jin.

"Siapa yang berani memanjat pokok kelapa aku aaa,?Jin itu menjerit dengan suara yang amat kuat.Amin tidak peduli dan dia terus memanjat pokok kelapa itu.

"Kalau panjat keatas bapa mu akan mati,kalau kau turun bawah mak kau akan mati dan kalau terus juga panjat serta mengambil buah kelapa itu ,kedua-dua orang tua kau akan mati,"jin itu cuba mengugut Amin.

"Aku tak takut kau bunuh mereka berdua bunuhlah,"jerit Amin tanpa perasaan takut dan dia terus memetik buah kelapa tadi.Dia pun turun dan terus beredar.

Jin merasa hairan kenapa budak sekecil Amin tidak takut dengan gertakannya.Tiba-tiba lalu seorang lelaki dan jin itu bertanya"Kau kenal budak kecil bernama Amin''. 'Kenal kenapa? tanya lelaki itu.

"Aku cuba mengugut untuk membunuh kedua orang tuanya kalau dia berani memetik buah kelapa ini tapi dia tidak peduli dan terus memetik buah kelapa itu,"jin memberitahu lelaki itu."Patutlah dia berani diakan ANAK YATIM PIATU"jawab lelaki tadi dan terus beredar.


1 Rakyat DDCzone Berkata -kata:

jiha said...

padan lah..