Mengikut kajian sebuah Universiti di England, sebanyak 70% lelaki gagal melamar wanita untuk di jadikan pasangan mereka. Hasil kajian ini merumuskan kegagalan ini adalah berpunca dari lelaki itu sendiri ketika mengorat wanita.Jom kita terjah kesilapan besar lelaki ketika mengorat wanita :-
1.
Tidak menyemak status wanita itu
Sebelum mengorat wanita itu, adalah penting untuk mengetahui status wanita itu sama ada dia kekasih orang atau isteri orang.
Jika wanita itu milik seseorang pastinya dia tidak selesa apabila ada lelaki lain mengoratnya. Kebarangkalian untuk di tolak amat tinggi sekali. Lagipun tak baik merosakkan perhubungan orang lain.
2. Kerap SMS atau telefon di awal perkenalan
Wanita amat rimas jika kerap menerima SMS atau telefon dari lelaki yang baru mengenalinya terutamanya jika tiada alasan yang kukuh. Ini akan menampakkan sangat lelaki itu mahu mendampinginya.
Wanita amat selesa berSMS atau menjawab telefon dari seseorang yang dia kenali dan rapat. Oleh itu adalah lebih baik berkawan rapat dengan wanita itu sebelum menggunakan telefon sebagai medium perantaraan untuk mengeratkan perhubungan.
3. Selalu cuba mendampinginya
Wanita amat rimas jika ada lelaki selalu cuba mendampinginya setiap masa. Wanita akan bertambah lemas jika lelaki menanyakan tentang peribadi dan mencungkil rahsia dirinya terutamanya di awal perkenalan.
Adalah lebih baik cuba mengenali wanita itu secara tidak terang-terangan contohnya berbual ketika menaiki lif yang sama. Taktik ini tidak menunjukkan yang anda terdesak untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
4. Cuba menjadi orang lain
Jika wanita itu sukakan seseorang itu sebagai idolanya contohnya Yusry KRU, janganlah pula anda cuba 'menjadi' Yusry KRU untuk mengoratnya. Ini kerana anda tidak akan berjaya menjadi Yusry KRU sepenuhnya.
Adalah lebih baik anda menjadi diri anda sendiri. Setiap orang punya personaliti yang unik dan tersendiri. Wanita akan mudah tertarik dengan personaliti lelaki yang unik dan tersendiri.
5. Melamarnya ketika masih di awal perkenalan
Untuk menjadi pasangan hidup seseorang, biasanya wanita perlukan banyak masa untuk berfikir. Banyak faktor di ambil kira. Oleh itu wanita tidak mudah menerima lamaran seseorang yang baru di kenalinya.
Oleh itu lelaki perlu menjadi kawannya terlebih dahulu kemudian kawan baik dan seterusnya kekasih. Selepas itu barulah anda ada harapan di terimanya jika anda melamarnya untuk berkahwin.
Semoga informasi di atas ini berguna bagi lelaki sedang memburu cinta sejati. Apa yang penting ialah mempraktikkan taktik yang berkesan dan usaha yang berterusan. InsyAllah akan membuahkan hasil kelak....
Selamat Maju Jaya...grrrr... hahahhaa
2 Rakyat DDCzone Berkata -kata:
sy cpt jeq org terpikat ngn sy,,hahaha
@dean-- pasan giler...adoi...hahaha
Post a Comment