Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Thursday, June 26, 2014

Tips : Cara Meningkatkan Hormon Tetostron bagi Lelaki




1. Angkat berat

Bersenam mendatangkan banyak kebaikan terutama lelaki yang mempunyai tahap testosteron yang rendah. Kajian 1993 mendapati bersenam seperti melakukan angkat berat membantu meningkatkan tahap testosteron di dalam darah diikuti senaman biasa. Ia bukan saja meningkatkan testosteron tetapi membentuk otot badan.

2. Vitamin D

Menurut kajian dari jurnal Hormone and Metabolic, vitamin D memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan tahap testosteron. Vitamin D boleh diperolehi menerusi pemakanan mahupun terdedah kepada cahaya matahari. Namun, elak terlalu terdedah kepada cahaya matahari kerana ia risiko kepada kanser juga

3. Zink

Pengambilan zink berkaitan dengan hypogonadism iaitu keadaan di mana kelenjar menghasilkan sedikit atau tidak ada hormon.  Zink memainkan peranan penting untuk menghasilkan tahap testosteron.

4. Bawang putih

Menurut jurnal pemakanan, makanan tambahan seperti bawang putih boleh mengubah horman berkaitan protin anabolisme dengan meningkatkan testosteron buah zakar.

5. Kafein

Menurut kajian di International Journal of Sport, Nutrition and Exercise Metabolism, sesiapa yang mengambil kafein  sebelum melakukan senaman dikatakan mampu meningkatkan testosteron sebanyak 21 peratus.

6. Diet

Kekacang, tiram, mil oat dan makanan organik mempunyai khasiat yang membantu meningkatkan tahap testosteron. Tiram tinggi dengan zink, kekacang dan mil oat pula tinggi asid amino yang membantu mengurangkan kesakitan di dalam saluran darah.


Masalah tekanan dan obesiti juga menjadi punca tahap testosteron menurun tanpa disedari. Jangan tunggu sehingga usia meningkat, kualiti pun menurun. Biarlah usia meningkat seiring dengan kemampuan anda beradu 'tenaga'!


0 Rakyat DDCzone Berkata -kata: