Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Thursday, June 26, 2014

Tips : Apakah Style Pakaian Lelaki Untuk Anda?



Kalau nak ikutkan lelaki ni sempoi je.. pakai je baju mana mana janji style kan .. Apapun jom kita tengok sebahagian tips ini yang mungkin boleh dibuat rujukan korunk. Kalau tiap masa asyik pakai benda sama je kan bosan jugak.. Kalau pempuan tu mesti lagi banyak kan.. oklah time to view what is important for men.

1. Lebih penting dan lebih selamat untuk tampil lebih baik setiap hari berbanding tampil berbeza setiap hari. Lelaki yang tampil selesa dipandang adalah lelaki yang bijak bergaya.

2. Hanya pakai tali leher apabila ia melibatkan dunia pekerjaan. Ramai orang tertanya-tanya perlukah memakai tali leher ketika bermesyuarat? Jawapannya mudah. Pakai tali leher apabila melibatkan wang!

3. Kasut hitam adalah asas. Semestinya yang asas itu membosankan. Jika anda memakai warna hitam secara keseluruhan, pasti kasut anda juga berwarna hitam. Jika anda menggunakan warna kelabu, biru atau apa saja kombinasi warna, pilih kasut berwarna coklat kerana kasut warna coklat lebih sofistikated pada hari ini.

4. Kolar besar untuk tali leher besar, kolar kecil untuk tali leher kecil. Jika sebelum ini anda kerap menjadi bahan perhatian, mungkin kesilapan pada padanan kolar dan tali leher anda di pejabat.

5. Ketahui tempoh sesuai untuk memotong rambut anda. Ramai lelaki memotong rambut apabila mula sedar rambut sudah panjang dan berserabut. Pastikan anda mempunyai jadual tertentu yang sesuai untuk tampil sentiasa maskulin.

6. Corak garis menegak membantu anda menjadi kelihatan kurus. Maka, bayangkan jika anda mengenakan pakaian bercorak garis melintang. Anda akan kelihatan berisi dan gempal.

7. Kenali tukang jahit yang sesuai dan faham fizikal anda. Orang yang benar-benar mengambil berat akan fesyen biasanya mempunyai tukang jahit yang tetap dan tidak bertukar-tukar.

8. Elak mengenakan pakaian yang berkilat. Sebagai lelaki, kurangkan corak dan warna-warna terang pada fesyen anda. Jika anda memilih sut, pilih gaya klasik warna biru gelap atau kelabu dan serikan sedikit warna pada tali leher atau poket anda.

9. Sentiasa bersedia tampil segak. Hari ini, pandangan kali pertama sering terus dilabel meskipun ketika anda sedang bersantai. Oleh demikian, pastikan anda sentiasa kemas untuk memastikan anda kelihatan seorang yang mengikut fesyen.

10. Pilih merah jambu jika buntu. Lelaki sering keliru untuk memakai pakaian berwarna krim, kuning dan kelabu cerah sedangkan warna ini bukanlah kurang menarik. Namun, lelaki yang mempunyai kulit pucat tidak digalakkan mengenakan pakaian warna sedemian untuk elak kelihatan sakit. Ramai lelaki takut untuk mengenakan pakaian berwarna merah jambu sedangkan warna ini menjadikan lelaki kelihatan sihat, berseri-seri dan memikat wanita kerana menunjukkan keyakinan tinggi!

11. Padanan butang. Tali leher yang dipakai perlu menutup butang pada kolar, pakaian pula perlu menutup butang seluar. Lelaki yang berpakaian singkat menampakkan anda seperti bekerja untuk NASA manakala pakaian serba panjang pula kelihatan seperti bekerja seperti bekerja sebagai ahli kongres!

12. Bergaya ketika membeli-belah. Peraturan ini mungkin kedengaran bodoh tetapi percayalah bahawa apa yang anda pakai ketika membeli-belah menunjukkan apa yang anda beli.

13. Lelaki yang menitikberatkan pakaian yang bergosok merupakan lelaki yang senantiasa terkini di dalam fesyen. Cara mudah untuk gosok pakaian adalah memasukkan air biasa berbanding menggunakan bahan lain seperti lilin atau kanji kerana boleh merosakkan fabrik.

14. Elak padankan blazer dengan seluar slake warna lembut. Jika anda mengenakan blazer, baju putih dan jeans gelap adalah padanan yang paling serasi. Selagi anda memadankan blazer dengan khakis atau jeans gelap, ia pasti selamat. Tapi jangan sesekali padankan blazer dengan seluar slake warna lembut.

15. Pakai pakaian sama usia. Elak menampakkan diri anda seperti terlalu muda atau terlalu tua dari usia sebenar. Kebanyakan lelaki tersepit dengan gaya kolej. Biarkan almari anda mengikut peredaran zaman.

16. Jika anda tidak mampu atasi masalah, tukar sesuatu kepada yang baru.Sebagai contoh, jika rambut anda semakin menipis, apa kata botakkan kepala anda kerana ia lebih selesa malah ia sentiasa IN sepanjang masa.

17. Padankan tali pinggang dengan seluar anda. Kesilapan yang sering dilakukan oleh lelaki apabila anda mengenakan tali pinggang kecil bersama seluar besar. Akibatnya, anda mencipta gelembung udara di bahagian depan seluar anda. Ia memang memalukan!

18. Elak ada kesan 'timbul' pada zip seluar anda. Sebolehnya, elak mengenakan pakaian dan seluar yang ketat kerana ia menampakkan tubuh badan anda seperti perut yang sedikit boroi dan 'timbul' di bahagian kelangkang anda!

19. 'Tuck in' bertempat. 'Tuck in' atau memasukkan pakaian ke dalam seluar itu boleh tetapi biar bersesuaian dengan majlis. Jika anda memilih baju T, adalah lebih baik anda tidak 'tuck in' bersama jeans. Ia akan membuatkan anda kelihatan seperti baru mengenali dunia fesyen.

20. Bingkai kaca mata biarlah bersesuaian. Pilih kaca mata yang sesuai dengan bentuk muka anda supaya wajah anda tidak kelihatan besar atau kecil dari tubuh sehingga menampakkan diri yang 'pelik'.


2 Rakyat DDCzone Berkata -kata:

Hafiz Hafizol said...

timbul di bahagian kelangkang haha !

DDCzone said...

@Hafiz Hafizol

hahaha.. lama x nampak rakan baik mengomel~