Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Thursday, November 6, 2014

Banjir Lumpur Cameron Ragut 3 nyawa dan bertambah

Tiga mangsa disahkan mati dalam insiden banjir kilat dan tanah runtuh yang berlaku di Lembah 
Bertam.Empat mangsa pula cedera akibat insiden tersebut.Namun demikian, jumlah mangsa dijangka meningkat berikutan laporan terbaru yang diterima oleh pihak bomba.

Awal pagi tadi, mayat mangsa kedua yang merupakan seorang lelaki warga Indonesia ditemui sekitar pukul 9 pagi tadi.Operasi mencari dan menyelamat hari ini tertumpu di Lembah Bertam, lokasi tumpuan banjir lumpur yang berlaku di Cameron Highlands petang Rabu.


Mangsa ketiga seorang kanak-kanak India berumur 13 tahun masih belum ditemui.Usaha untuk mengesan mangsa yang dipercayai tertimbus sedang dilakukan pihak bomba dan penyelamat yang dikenali sebagai STORM bermula jam 7 pagi dengan kekuatan bantuan seramai 20 orang.

Bernama melaporkan kira-kira 150 penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan akibat banjir kilat itu, manakala seorang pekerja kebun sayur dilaporkan maut akibat kejadian tanah runtuh di kawasan tanah tinggi itu.Kesemua mereka daripada 37 keluarga di Pekan Baru Ringlet, Cameron Highlands dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Morni Mamat berkata, pekerja kebun sayur yang maut itu adalah warganegara Nepal dan identitinya belum dikenal pasti.
"Dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Baru Ringlet itu, seorang lagi lelaki warganegara Indonesia turut cedera," katanya.


Manakala seorang kanak-kanak lelaki di Kampung Kuala Kelah turut dilaporkan hilang dalam kejadian hujan lebat dan tanah runtuh itu.Katanya, operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak terbabit sedang giat dijalankan.Morni berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira pukul 10 malam tadi berkenaan dua kawasan di Cameron Highlands mengalami banjir dan tanah runtuh iaitu di Kampung Bertam dan Kampung Baru Ringlet.


"Kita juga menerima laporan tiga lelaki turut tertimbus di sebuah bengkel di Ringlet. Seorang darinya hanya tertimbus separuh badan dua lagi terperangkap sepenuhnya," katanya.Beliau berkata mereka yang tertimbus itu terdiri daripada dua warga India dan seorang warga tempatan.Ketiga-tiga mereka yang cedera parah itu berjaya diselamatkan dan kini dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.


1 Rakyat DDCzone Berkata -kata:

aquarius morius said...

Blogwalking sambil baca entri. :)

Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut gugur