Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Thursday, September 18, 2014

Sejarah Rambut "PUNK"



Bagi sesetengah peminat fesyen rambut, gaya rambut ‘mohawk’ mungkin dikategorikan sebagai gaya rambut ekstrem dan menampakkan sisi ganas orangnya. Walaupun persepsi ini sudah biasa didengar sejak dulu namun kini ia semakin berkurangan kerana potongan mohawk menjadi ‘mainstream’ pada era sekarang.

Gaya rambut yang terpacak ke atas ini bukan hanya sinonim bagi kaum lelaki tetapi ada juga si gadis yang berani melakukan eksperimen dengan memotong gaya rambut sebegini. 

Mungkin sejarah kewujudan rambut mohawk sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada si penggaya tetapi sejak ia mula menjadi fenomena gaya rambut terkini pilihan anak muda, ia semakin diterima ramai.

Sejarah awal

Potongan rambut jenis ini sudah wujud berabad laman, walau begitu ia tidak pernah ditelan zaman. Mohawk adalah sejenis gaya rambut yang memotong habis bahagian sisi kiri dan kanan hingga meninggalkan bahagian tengah rambut saja dari depan hingga belakang. Jika sekilas pandang, ia memang tak ubah seperti bentuk rambut kuda.

Mohawk sering dikaitkan dengan gaya rambut penduduk di lembah Mohawk di bahagian utara kota New York, Amerika Utara. Sebelum itu, ia pernah ditemui di Yunani di mana potongan rambut ini menggambarkan Scythian (seorang pejuang olahraga) pada tahun 600 Sebelum Masihi. Bagaimanapun, gaya rambut mohawk yang popular sekarang lebih cenderung berasal dari Amerika.

Keadaan itu secara tak langsung membentuk komuniti Mohawk yang menjadi ikon khas untuk golongan punk yang ada di dunia. Difahamkan, asal kelahiran punk di Amerika di pelopori oleh band Ramones. 

Meskipun Ramones tidak menggayakan potongan rambut mohawk, tapi kehadirannya memang menjadi inspirasi band punk berikutnya seperti Blink182, The Exploited dan Sex Pistols. Karakter muzik punk dengan tempo yang laju dan cepat selain berentak menghentak menjadikan ia kedengaran ganas dan seolah-olah memberontak.


Pilihan selebriti popular

Asasnya, gaya rambut mohawk adalah potongan rambut awal dalam kelompoknya tersendiri. Zaman ke zaman disuntik pula dengan keinginan anak muda untuk mempel­bagaikan gaya, rambut mohawk dipecahkan menjadi beberapa bahagian lain untuk disesuaikan dengan individu.

Bentuk mohawk yang lain dilakukan dengan gaya terbalik (bahagian tengah yang dicukur), ‘bi’ atau ‘trihawk’, ‘chelseahawk’ (dengan ekor dibiarkan), ‘duo-hawk’ (dibahagi menjadi dua), ‘deathhawk’ dan ‘fauxhawk’.

Meskipun bunyinya pelik namun jika kena dengan gaya, ia boleh menyerlahkan personaliti seseorang itu untuk kelihatan lebih segar dalam gaya rambut. Sebagai contoh, pemain bola sepak antarabangsa David Beckham pernah menggayakan rambut jenis fauxhawk. 

Bagi mereka yang ingin tampil punk namun tidak mahu gaya rambut mohawk kelihatan terlalu ekstrem dengan mencukur habis bahagian pinggir, gaya fauxhawk adalah pilihan tepat. Model rambut pendek di rapi dengan gel untuk membuat rambut bahagian tengah berdiri. Model ini semakin popular ketika Beckham tampil dengan fauxhawk dalam beberapa pertandingan.

Bukan itu saja, penyanyi Rihanna juga pernah membuat gaya mohawk dengan membiarkan rambut di belakang panjang. Diwarnakan dengan warna gelap atau bertona, akan menjadikan si gadis kelihatan ‘liar’ dan nakal.

Tarikan si gadis

Percaya atau tidak, ada sumber menyatakan gaya rambut ini menjadi potongan rambut kesukaan wanita. Ia menampakkan si jejaka kelihatan lebih ‘macho’ dan ganas. Disebabkan gaya ini semakin diminati ramai, ia disenaraikan antara gaya rambut pilihan sepanjang 2013.

Memotong rambut sedia ada dengan potongan mohawk ibarat eksperimen berani. Namun, tak gaya mohawk tertumpu kepada menegakkan bahagian tengah rambut ke atas, ia boleh digayakan dengan pelbagai cara. Contohnya, anda boleh menyisir ke bahagian tepi dan mengenakan topi yang bersesuaian pada majlis rasmi. Jika ke tempat kerja, sisir rambut dengan rapi dan kekalkan gaya itu dengan sedikit gel untuk rutin seharian di pejabat.

Pelbagai cara boleh disesuaikan mengikut kreativiti anda sendiri. Ia bergantung kepada diri sendiri sama ada berani atau masih terikat dengan fesyen rambut 60-an. Anak muda perlu berani mencuba dan bersedia untuk mempelbagaikan gayanya.



Incoming tag :
  • punk
  • mawhawk
  • rambut punk
  • sejarah punk
  • apakah punk



0 Rakyat DDCzone Berkata -kata: