GAMBAR fail yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas  Kebangsaan Amerika Syarikat menunjukkan nyalaan api di matahari pada 8  September lalu.
LONDON - Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan  mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, lapor sebuah  akhbar semalam.
Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik  dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan  kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga  beberapa bulan.
Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox  semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik  di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas.
Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika  Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan  menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya  ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia.
Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa  letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20  kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri  Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005. - Agensi
 
1 Rakyat DDCzone Berkata -kata:
tanda kiamat . .
Post a Comment