Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Thursday, December 26, 2013

BIL ELEKTRIK TETAP DIKIRA KALAU X CABUT SOKET


OKEY .. MEMANDANGKAN HARGA ELEKTRIK DA NAIK.. SAYA DENGAN INI MENGISHTIHARKAN CARA UNTUK MENGURANGKAN BIL ELEKTRIK.. JANGAN TERKEJUT BAHAWA JIKA ANDA TUTUP SUIS ELEKTRIK TANPA CABUT SOKET/PLUG...BIL ELEKTRIK TETAP AKAN DIKIRA...SO SILA CABUT PLUG ELEKTRIK




Tuesday, December 3, 2013

Kek Menggerunkan Untuk Kekasih


Kek in ditempah khas untuk pasangan di atas.. ekekkee... mcm sedap je macam best je







Tuesday, November 26, 2013

Cara Mudah Nak hilangkan Internet Dawnload Manager 6.18 Fake Serial

First Skali pergi ke  “C:\Program Files (x86)\Internet Download Manager” cari  “IDMGrHlp.exe”  pastu delete je.


Lepas je korunk delete menatang tu ...nanti  akan keluar popup yang cakap hilang satu data. So solution dia

pergi ke  “C:\Program Files (x86)\Internet Download Manager and  copy  “idmBroker.exe” tukar nama jadi “IDMGrHlp.exe“. Maksudnya ada dua file  “idmBroker.exe”. Tp satu fail lagi namakan IDMGrHlp.exe“. So setel Problem ko. 




Thursday, November 21, 2013

Burung Cantik Kat DUnia


lawa kan burung ni kalah ayam katek




Tuesday, November 12, 2013

Khasiat Pisang - Korunk mesti rasa jeles ngan monyet t.. haha


Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit.

Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan: Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS: Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia: Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi: Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda: Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman: Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan: Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung: Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi: Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk: Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf: Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja: Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser: Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu: Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD): Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau: Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres: Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok: Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit: Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”


Friday, November 1, 2013

Starbuck disahkan haram oleh JAKIM?


INI YANG MEREKA KATA

STARBUCKS Telah Disahkan Haram Oleh JAKIM . Semua Chocolate , Vanilla Dan Coffee Drinks Kat Coffee Bean Dan Starbuck Contains E471 (Emulsifie r 471) , Mono Diglycefi Deswhich Dr Animal Origin (Port) . Respberry Frap Guna Cherries Yang Dicelop Dalam Arak. The Tiramisu Ada RUM . Tolong Sebarkan Kat Umat Islam . Hubungi JAKIM03-8886 4000 Untuk Dapatkan Maklumat Lanjut . TOLONG SEBARKAN! 

LINK  KATA MEREKA






JAKIM SENDIRI SEBAR FITNAH?

Malas nak komen sebab bukan makan pun benda ni. Ekeke.. Nanti nak dapatkan maklum balas dari jakim.


JAWAPAN DARI JAKIM PASAL ISU NI DARI WEB DIA

Pengguna yang dihormati sekalian,
Adalah dimaklumkan bahawa kebelakangan ini Jakim menerima pelbagai aduan dan pertanyaan daripada orang ramai mengenai status halal syarikat-syarikat berkenaan:
    • McDonald’s
    • Secret Recipe
    • The Chicken Rice Shop (TCRS)
    • Starbucks
    Sukacita JAKIM menegaskan bahawa Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat-syarikat berkenaan tidak pernah DIGANTUNG / DITARIK BALIK sehingga kini. Syarikat-syarikat pemegang sijil halal sentiasa dipantau secara berkala oleh JAKIM dan mendapati piawaian pensijilan halal Malaysia sentiasa dipatuhi.
    JAKIM menyeru kepada pengguna di luar agar tidak terpengaruh dengan berita-berita PALSU di laman-laman sosial yang sengaja disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
    Sebarang maklumat atau keterangan lanjut, para pengguna boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-83150200 (109) dan emel di nadiazammil@islam.gov.my.
    LINK JAWAPAN (updated 24/10/2013)