Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Monday, May 19, 2014

Gastrik???... Mengenali Gastrik



Penyebab sakit perut yang biasa terjadi di kalangan orang dewasa adalah penyakit gastrik @ gastritis. Apakah gastritis? Bagaimana seseorang boleh mengidap sakit gastritis? Adakah penyakit ini berbahaya? Apakah langkah yang perlu di ambil bagi mengelakkan penyakit ini? Itu mungkin persoalan-persoalan yang bermain di fikiran seseorang apabila dimaklumkan oleh doktor punca sakit perut yang dihadapi olehnya adalah gastik. 

Apakah gastritis? 

Gastritis terjadi akibat dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis oleh asid gastric iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari malahan mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami symptom/tanda-tanda sakit perut di bahagian ulu hati. Antara tanda-tanda penyakit gastric/gastritis: 

(a) Sakit ulu hati 
(b) Rasa mual 
(c) Rasa perut kembung 
(d) Kemungkinan pesakit juga akan muntah 

Adakah penyakit ini berbahaya? 

Penyakit gastrik / gastritis di peringkat awal tidak begitu berbahaya, namun jika pesakit tidak mengambil langkah-langkah pencegahan, keadaannya boleh menjadi semakin serius iaitu boleh menyebabkan muntah berdarah. 

Apakah punca penyakit gastritis /penyakit gastrik 
Antara punca penyakit gastritis adalah: 
(a) Pesakit tidak menjaga waktu makan dengan betul atau skip meal 
(b) Tekanan/stress 
(c) Pengambilan ubat-ubat penahan sakit seperti ponstan dan voltaren dalam jangkamasa yang panjang 
(d) Sejenis kuman iaitu Helicobacter Pylorii 
(e) Merokok 

Secara semulajadi, apabila badan memerlukan makanan, signal akan dihantar ke otak dan otak akan menghatar signal ke bahagian perut untuk merembeskan asid gastric. Jika tiada makanan di dalam perut maka asid gastrik tersebut akan menghakis permukaan dinding perut. Kejadian ini akan berulang-ulang, lama-kelamaan permukaan dinding perut akan menipis dan apabila sampai ke tahap itu pesakit akan mengalami sakit di bahagian ulu hati. 

Selain daripada itu, merokok, pil penahan sakit dan Helicobacter Pylorii akan menghakis permukaan dinding perut secara sedikit demi sedikit. Ketiga-tiga bahan ini akan memberikan risiko kepada seseorang untuk mengidap penyakit gastritis. 

Bagi tekanan/stress pula, apabila stress berlaku, asid gastric akan dirembeskan di dalam perut dan ianya boleh menyebabkan gastritis dalam jangka masa yang panjang. 

Apakah langkah untuk mengelakkan penyakit gastrik @ gastritis 

1. Mengambil makanan mengikut aturan waktu. 

2. Elakkan mengambil ubat-ubatan penahan sakit bagi jangka masa yang panjang. Kebiasaan warga emas adalah terdedah bagi pengambilan ubat penahan sakit dalam jangka masa yang panjang kerana pada waktu itu mereka sering mengalami sakit lutut, sakit-sakit badan. 

3. Elakkan tekanan. Belajar cara yang sepatutnya di ambil untuk mengawal stress. Bagi saya bagi mengelakkan stress perkara yang paling utama adalah kita kembali kepada fitrah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Belajar untuk merasa redha dan sentiasa berdoa. Mencuba membuat yang terbaik tetapi kena yakin bahawa faktor yang menentukan kejayaan, rezeki dan sebenarnya adalah semuanya adalah daripada Allah jua. Namun, usaha perlu juga ada. 

4. Jangan merokok. Jika anda seorang perokok, berhenti dari sekarang untuk kebaikan diri anda dan juga keluarga anda. 

Jika saya telah mengidap penyakit gastric apa yang perlu saya buat? 

1. Makan secara teratur 
2. Elakkan makanan yang pedas dan masam 
3. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe 
4. Mengawal stress dengan bijak 
5. Elakkan minuman berkarbonat 
6. Berhenti merokok 

Apakah penyakit ini boleh dirawat 

Penyakit gastrik @ gastritis boleh pulih sepenuhnya jika perkara-perkara yang dinyatakan di atas di jaga sepenuhnya. Namun, keberkesanannya bukan dalam masa sehari dua. Jika penyakit ini mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk terjadi, begitu juga fasa pemulihannya juga mengambil masa. Oleh itu, perkara yang paling UTAMAadalah berdisiplin untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh menerukkan lagi keadaan penyakit ini. Berita gembira untuk anda adalah penyakit ini boleh sembuh dan tidak perlu pergantungan kepada ubat tetapi dengan syarat langkah yang sepatutnya diambil adalah dipatuhi. Tetapi jika langkah penyembuhan tidak diambil, perkara yang sebaliknya akan berlaku, pesakit boleh tiba-tiba di suatu hari muntah berdarah dan perlu dibedah untuk mengikat semula dinding perut yang telah pecah. Keadaan ini biasanya amat serius dan boleh membawa maut. Oleh itu, langkah pencegahan adalah lebih baik dari merawat. 

Semoga informasi ini bermanafaat untuk semua. 


Tuesday, April 29, 2014

Lambang Superman (S) dari tahun 1938



Monday, April 28, 2014

Makanan Mahal.

Jika anda memiliki banyak duit dan teringin untuk merasai makanan-makanan yang mungkin lazat tapi mahal. Bolehlah mencuba senarai 10 makanan paling di dunia yang tersenarai dibawah;

Huge Italian Truffle To Fetch
$216,000 (RM654,048.00)


Cendawan bawah tanah yang paling mahal di dunia telah dibeli oleh orang yang tidak dikenali dari Hong Kong untuk $216,000. Tetapi ada pesaing yang boleh membida lebih tinggi daripada itu jika dijual kembali. Cendawan putih 1.5kg berasal dari geografi Itali yang dijangka akan dijual untuk 150,000 euros ($216,000) di lelongan amal yang dijadualkan di Macau.

Almas Caviar
$25,000 (RM75,700.00)


Telur ikan Almas. Ianya berwarna putih, datang daripada beluga yang berumur lebih dari 100 tahun. Ikan Beluga, ikan besar dan pemangsa dalam keluarga sturgeon, mengambil masa 20 tahun untuk matang. Dipercayai, semakin putih telur ikan itu maka semakin tua la ikan tersebut maka semakin indahlah rasanya. telur ikan Almas Iran adalah yang paling mahal. Ianya dijual dalam tin emas 24-karat untuk $2000 per 100 gram. Kedai yang di ketahui hanya Caviar House & Prunier di London England Picadilly yang menjual kilo telur ikan Almas yang mahal dalam tin emas 24-karat untuk $25,000.00

Yubari Melons
$20,000 (RM60,560.00)


Tembikai Yubari adalah tembikai termahal Jepun. Baru-baru ini telah di putuskan pasangan terbaik dan telah dibeli oleh pemilik sama ada di samping makanan tengah hari atau cenderahati perniagaan. Harga dalam lingkiungan 6,000 ke 15,000 yen (RM181 ke RM454). Yang paling baik adalah dalam lingkungan 20,000 yen (RM605) dan harga lelongan di catat semenjak 2008 adalah 2 million yen (RM60,560).

Dansuke Watermelons
$6,100 (RM12,717.60)


Tembikai Dansuke, adalah sejenis tembikai hitam yang hanya tumbuh di pulau utara Jepun, Hokkaido, yang mana diberi sebagai hadiah atas sifat jarang yang luarbiasa. Ia adalah hanya berjumlah 65 biji untuk tuaian pertama setiap musim. Menurut AP, " lelongan tembikai hitam yang besar di Jepun pada Jumaat mencecah rekod $6,100, menjadikan ia tembikai yang paling mahal pernah dijual di negara itu".

Pizza Royale 007
$4,200 (RM12,717.60)


Lelongan yang berakhir pada 19 November 2006 dengan bidaan tertinggi dari Peguam Italy Maurizio Morelli yang mencecah hampir $4,200 UD Dollar. Morelli adalah ahli pemakanan yang murah hati dari Rom yang juga merupakan pengumpul mine terbaik dan coklat. Guinness Book of World Records melihat kandungan jualan pizza dan di bawah pertimbangan untuk mengambil rekod untuk Pizza Yang Paling Mahal Di Dunia dari pembaziran pizza coklat putih yang di cipta oleh Restoran Gordon Ramsay Maze di London. 

Samundri Khazana
$3,200 (RM9689.60)


Di panggil Samundari Khazana iaitu Khazana dari laut, salah satu campuran telur Beluga yang sedap, iaitu siput laut dan udang karang dengan emas yang boleh d makan. Kari yang paling mahal di dunia telah dilancarkan meskipun harga kerangupannya bernilai RM6056 sepinggan. Untuk menyambut pelancaran DVD Slumdoq Millionaire, Bombay Brassiere telah membungkis plat kari penuh dengan kandungan yang paling mahal yang mungkin mereka akan temui.

Wagyu Steak
$2,800 (RM8478.40)


Bersosial selepas kerja anda, anda mungkin membawa teman anda di stik New York Craft di mana penuh dengan mata tulang rusuk Wagyu yang dihidangkan di parti persendirian yang berharga RM8478.40. Ia adalah stik yang terbaik.

Chocopologie
$2,600 (RM7872.80)


Coklat yang paling sedap dan paling mahal di dunia adalah chocopologie oleh Knipschildt. Pada RM7872.80 per paun, coklat lembut buatan tangan ini hanya dimiliki melalui pesanan. Ia mengandungi coklat lembut hitam dan 70% koko Valrhona.

The Zillion Dollar Frittata
$1000 (RM3028.00)


Kegilaan kulinari telah mencapai puncak terbaru di New York dengan penampilan sulung telur dadar bernilai RM3028. Hotel Le Parker Meridien di w.57th St. telah baru baru ini telah menambah hidangan sarapan yang menggemparkan dalam menunya untuk pelanggan tetapnya membayar RM605.60 sesudu telur dadar yang berlemak. Ia rupa-rupanya bukan sekadar telur dadar biasa, ia mengandungi campuran telur, udang karang dan telur ikan yang banyak.

Matsutake Mushrooms
$1000 (RM3028.00)


Matsutake adalah nama biasa bagi kulat yang paling dikehendaki selepas pengkajian tentang kulat meningkat di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Kulat ini merupakan element penting dalam cara masakan Jepun. Matsutake adalah amat sukar di tanam kerana itulah harganya sangat mahal. Matsutake Jepun bila awal musim bermula mempunyai gred yang paling tinggi dan boleh mencapai RM6056.00 sekilo. Untuk perbandngan nilai purata bagi matsutake import adalah sekitar RM272.50 sekilo.


Friday, April 25, 2014

Tips : Macammana Nak Tahu Kedudukan Tangki Minyak Kereta Belah Mana


Pernah anda mengalami pengalaman mengisi minyak seperti gambar di atas?..Jadi tips di bawah ni anda boleh gunakan untuk mengatasi masalah semasa mengisi minyak dan anda boleh tahu dimana kedudukan pam minyak sebetulnya. Caranya ialah seperti berikut, cuba lihat di bawah ada anak panah di gambar pam minyak. Anak panah tersebut menunjukkan kedudukan sepatutnya pam minyak berada jadi anda tidak perlu menjenguk lagi selepas ini kedudukan tangki minyak anda.


Pam minyak harus berada di kanan kereta


Pam minyak harus berada di kanan kereta


Pam minyak harus berada di kiri kereta


Pam minyak harus berada di kanan kereta


Pam minyak harus berada di kanan kereta


Pam minyak harus berada di kanan kereta


Pam minyak harus berada di kiri kereta


kadang kadang bukan semua kereta mempunya arah anak panah tersebut, tp seperti gambar di atas jika tidak terdapat anak panah menunjukkan kedudukan pam minyak kita boleh lihat menggunakan hos di gambar pam minyak tersebut. Jadi kedudukan pam minyak adalah di bahagian kanan kereta.

Semoha ini menjadi manfaat ~ :)


Monday, April 21, 2014

10 Masjid Terbesar Di Dunia Rank 2014

Beberapa masjid di dunia mampu memuatkan hingga beribu-ribu jemaah. Masjid ini bukan saja menjadi tempat ibadah, tetapi juga bukti kemajuan seni bina peradaban Islam. Berikut adalah 10 masjid terbesar di dunia.

1. Masjidil Haram, Arab Saudi



Masjid terbesar di dunia, tentu saja Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi. Ia adalah tempat paling suci umat Islam. Di masjid ini terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat solat bagi umat Islam di seluruh dunia. Masjidil Haram mempunyai asal-usul sejarah yang sangat panjang sejak zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Hari ini, Masjidil Haram mampu menampung 820,000 jemaah dan hingga empat juta pada musim Haji. Struktur bangunannya kini memiliki keluasan 356,800 meter persegi. Namun, kerja meluaskannya terus dilakukan. Masjidil Haram mencatat jumlah paling ramai pada musim haji.



2. Masjid Nabawi, Arab Saudi



Selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi menjadi masjid kedua terbesar di dunia. Masjid ini adalah masjid paling suci kedua bagi umat Islam.

Masjid Nabawi yang asal dibina pada tahun 622 dan berada di sebelah rumah Nabi Muhammad (SAW). Kini, Masjid Nabawi sudah menjalani beberapa kali peluasan dan tapak rumah Rasulullah (SAW) sekarang berada di dalam Masjid Nabawi di kawasan Raudah.


3. Masjid Imam Reza, Iran



Masjid Imam Reza ialah masjid ketiga terbesar di dunia dan sekali gus yang terbesar di Iran. Ia terletak di Mashhad, Iran. Masjid Imam Reza ialah masjid terbesar di dunia untuk ukuran bangunan utama iaitu seluas 598,657 meter persegi dan boleh memuatkan 700,000 jemaah.


4. Taj ul Masajid, India



Masjid terbesar di India dan yang keempat terbesar di dunia ialah Taj ul Masajid. Masjid ini terletak di Bhopal, India. Taj ul Masajid siap dibina pada 1901. Bangunan masjid ini besar kerana ia turut menempatkan madrasah. Taj ul Masajid memiliki kapasiti 400,000 jemaah.


5. Masjid Istiqlal, Indonesia



Masjid Istiqlal di Jakarta ialah masjid kelima terbesar di dunia. Selain menjadi masjid terbesar di Indonesia, ia juga yang terbesar di Asia Tenggara. Masjid yang terletak di tengah-tengah bandar raya Jakarta ini dapat memuatkan seramai 120,000 jemaah.


6. Masjid Hassan II, Maghribi



Masjid yang keenam terbesar di dunia terletak di Casablanca, Maghribi, Afrika Utara. Masjid Hassan II turut menjadi masjid yang terbesar di Maghribi dan mampu menampung hingga 105,000 jemaah. Masjid ini siap dibina pada 1993.


7.
Masjid Badshahi, Pakistan



Masjid ketujuh terbesar di dunia ialah Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan. Masjid ini wujud sejak tahun 1673. Masjid Badshahi dibina pada zaman kesultanan Moghul yang keenam iaitu Aurangzeb. Ukurannya lebih besar daripada Masjid Faisal Pakistan, tetapi hanya dapat memuatkan seramai 100,000 jemaah.


8. Masjid Jama, India


India bukan saja mempunyai sebuah tetapi dua masjid yang tersenarai dalam masjid terbesar di dunia. Masjid Jama diiktiraf sebagai masjid kelapan terbesar di dunia. Masjid ini terletak di Delhi, India. Ia dibina pada 1656 dan mampu menampung seramai 85,000 jemaah.


9. Masjid Faisal, Pakistan



Masjid Faisal yang terletak di Islamabad ialah masjid yang terbesar di Pakistan dari segi kapasiti jemaah. Masjid Faisal memiliki keluasan 5,000 meter persegi. Dalam sekali solat, masjid ini dapat menampung 300,000 jemaah.


10. Masjid Sheikh Zayed, Emiriah Arab Bersatu



Masjid ini terletak di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu dan juga menjadi masjid yang terbesar di negaranya. Masjid Sheikh Zayed mempunyai keluasan 6,705 meter persegi dan mampu menampung 40,000 jemaah. Nama masjid ini diambil sempena nama pemimpin Emiriah Arab Bersatu iaitu Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan.


India lancar kempen henti berak di tempat terbuka



Perbuatan penduduk India membuang air besar di tempat-tempat awam menyebabkan beberapa badan bukan kerajaan mengambil tindakan melancarkan kempen kesedaran.

Agensi berita UPI melaporkan Dana Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) India memperkenalkan maskot kempen tersebut dengan harapan dapat menyedarkan masyarakat India tidak membuang air besar di tempat terbuka.

Maskot dikenali sebagai Mr. Poo itu diperkenalkan melalui video mu*zik bertajuk Poo Party dan berjaya menyaksikan lebih 100,000 orang berikrar akan menggesa ketua kerajaan mereka untuk memastikan In***dia menghapuskan ‘perbuatan' tersebut.

Menurut UNICEF, lebih 620 juta penduduk India tidak menggunakan tandas dan 28 juta kanak-kanak tidak mempunyai kemudahan itu di sekolah mereka.

Justeru, pertubuhan itu berkata, mereka memperkenalkan kempen Poo2Loo untuk meningkatkan kesedaran di peringkat kerajaan dan masyarakat di negara ini.

"Lebih separuh daripada penduduk India membuang air besar berjumlah lebih 65 juta kilogram setiap hari.

"Jika ia berterusan, keadaan itu akan menyebabkan jangkitan kuman, penyakit dan epidemik." kata laman web Poo2Loo .

Penyelaras kempen UNICEF itu, Maria Fernandez berkata, keadaan itu berlaku di kawasan pedalaman dan juga bandar.

"Mereka membuang air besar di mana-mana sahaja. Justeru tindakan perlu diambil untuk mengelak perbuatan ini berterusan," katanya.