Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Thursday, May 5, 2011

Minyak RON 97 naek lagi 20sen maa... YESS ....


Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

p:/s : kalau setiap bulan naek ni... habeslah... dari RM1.80 da naik 2.90... x lama lagi boleh jadi thailand dan singapura lah pula RM4++
 --------------------------------------------------------------------------

FUEL PRICE LISTING OF RON97 IN MALAYSIA
=========================================
Date Price(RM)/liter Crude oil price(USD)/barrel
Before ‘90 RM 0.89/L $ 18.33
year 1990 – RM 1.10 (+0.21) | $ 24.29 (+32.5%)
01/10/2000 – RM 1.20 (+0.10) | $ 24.68 (+0.8%)
20/10/2001 – RM 1.30 (+0.10) | $ 25.90 (+4.9%)
01/05/2002 – RM 1.32 (+0.02) | $ 30.86 (+19.2%)
31/10/2002 – RM 1.33 (+0.01) | $ 24.53 (-25.8%)
01/03/2003 – RM 1.35 (+0.02) | $ 31.54 (+28.6%)
01/05/2004 – RM 1.37 (+0.02) | $ 40.28 (+27.7%)
01/10/2004 – RM 1.42 (+0.05) | $ 53.13 (+31.9%)
05/05/2005 – RM 1.52 (+0.10) | $ 56.26 (+5.9%)
31/07/2005 – RM 1.62 (+0.10) | $ 58.70 (+4.3%)
28/02/2006 – RM 1.92 (+0.30) | $ 61.64 (+5.0%)
05/06/2008 – RM 2.70 (+0.78) | $ 121.00 (+96.3%)
23/08/2008 – RM 2.55 (-0.15) | $ 114.60 (-5.6%)
25/09/2008 – RM 2.45 (-0.10) | $ 109.20 (-4.9%)
15/10/2008 – RM 2.30 (-0.15) | $ 84.07 (-29.9%)
01/11/2008 – RM 2.15 (-0.15) | $ 64.38 (-30.6%)
19/11/2008 – RM 2.00 (-0.15) | $ 55.37 (-16.3%)
03/12/2008 – RM 1.90 (-0.10) | $ 46.96 (-17.9%)
16/12/2008 – RM 1.80 (-0.10) | $ 46.28 (-1.5%)
01/09/2009 – RM 2.05 (+0.25) | $ 69.96 (+51.2%)
16/07/2010 - Tiada Info -
31/01/2011 - RM 2.50 (+0.10)
02/03/2011 - RM 2.70 (+0.20)



   


Wednesday, May 4, 2011

Lebih Dasyat Dari Saman Ekor


Mulai 1 Mei ini, Polis Diraja Malaysia akan menghantar notis saman berserta gambar mana-mana kenderaan yang didapati melanggar undang-undang jalan raya di kawasan yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menggunakan kaedah itu bagi mengemas kini cara saman dikeluarkan supaya lebih tepat dan berkesan.

"Kalau ada yang dakwa itu bukan kenderaan mereka (walaupun selepas notis saman beserta gambar dihantar), sila kemukakan bukti di mana-mana kaunter trafik," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, kaedah itu akan diguna pakai bagi kesemua kesalahan termasuk memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar, membuat pusingan di kawasan yang tidak dibenarkan dan sebagainya.

Kaedah itu digunakan sebagai "bahan bukti" bagi menunjukkan seseorang itu melanggar undang-undang jalan raya, katanya.

Khalid berkata, bagi kawasan yang tidak mempunyai CCTV, saman akan tetap dikeluarkan secara normal oleh anggota dan pegawai trafik.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana anggota dan pegawai polis yang enggan menerima sesuatu laporan polis.

Katanya, isu terbabit antara yang dibangkitkan dalam mesyuarat "Delivery Task Force" bagi mengurangkan kes jenayah yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya hari ini.

Khalid berkata, pengurusan tertinggi PDRM menerima banyak aduan mengenai isu itu dan masyarakat perlu tampil melaporkan mana-mana anggota yang enggan menerima sesuatu laporan polis.

"Tulis nombor mereka dan catat di mana kes itu berlaku. Kita tidak akan berdolak-dalik dalam hal ini dan akan mengambil tindakan kepada mereka yang enggan mengikut arahan ini," katanya.

Beliau berkata, sepatutnya, laporan boleh dilakukan di mana-mana balai dan siasatan akan dilakukan segera dan memanggil individu yang memuat laporan itu bagi membantu siasatan.

Katanya, mesyuarat itu turut membincangkan strategi dan kaedah bagi mengurangkan rasa takut masyarakat ketika berhadapan dengan sesuatu kes jenayah.

Bagi tujuan itu, Khalid berkata, lebih banyak program kemasyarakatan akan diadakan bagi membolehkan polis dan orang ramai bertukar-tukar pendapat dalam menghadapi sesuatu kes jenayah.

- Bernama


   


5D theater?? sunway Lagoon


SUNWAY Lagoon Sdn Bhd (Sunway Lagoon), pengendali taman tema air terkemuka di negara ini terus komited mempelbagaikan taman permainannya apabila akan menambah lagi tarikan barunya pada tahun ini yang akan menampilkan keunikan tersendiri iaitu Pawagam 5 Dimensi (5D Theater).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aaron Soo berkata, lebih menarik walaupun 5D Theater itu akan dijangka dibuka kepada umum pada September ini, pihaknya tidak menaikkan harga tiket masuk malah mengekalkannya seperti harga asal.


Katanya, Sunway Lagoon sekarang sudah menjadi satu lokasi wajib yang akan dikunjungi pelancong jika datang ke Malaysia dan pihaknya yakin dapat mengekalkan kedudukan sebagai taman tema terbaik di Asean.

“5D Theater akan menampilkan keseronokan yang maksimum kepada pengunjung kerana ia adalah yang pertama akan ditampilkan di negara ini dan paling penting, pengunjung yang menonton di 5D Theater pasti dapat berasakan seperti berada di lokasi sebenar serta merasai setiap situasi yang dipaparkan.



“Selain menerima anugerah Tempat Menarik Asia Terbaik, kami akan berusaha menjadikan Sunway Lagoon sebagai daya tarikan utama di peringkat antarabangsa dan jika dilihat sekarang taman tema ini juga bukan saja menjadi lokasi pilihan untuk percutian keluarga tetapi turut dipilih sebagai tempat mengadakan pelbagai acara besar termasuk konsert artis antarabangsa,” katanya.


Menurutnya, tahun lalu Sunway Lagoon juga memperkenalkan taman permainan yang menampilkan pelbagai aktiviti mencabar dan lasak iaitu Extreme Park di mana mempunyai sukan lompat banji yang pertama di negara ini.

Soo berkata, selain terkenal dengan Water Park dan Extreme Park, Sunway Lagoon juga mempunyai kelainan yang sangat unik apabila mewujudkan Wildlife Interactive Zoo iaitu zoo mini seluas 3.2 hektar yang dibina berkonsepkan pendidikan dan hiburan di mana pengunjung terutama kanak-kanak berpeluang melihat, memegang dan belajar lebih 160 spesies haiwan.


Beliau berkata, dari segi promosi pula pihaknya menggunakan pendekatan pengiklanan melalui hotel, papan tanda, lapangan terbang dan majalah. “Tahun ini kami menyasarkan untuk menarik pengunjung dari negara India dan China kerana negara ini adalah pasaran yang berpotensi besar kerana mempunyai penduduk ramai di dunia. Bagaimanapun, kami akan berusaha mengekalkan kunjungan pelancong dari negara Timur Tengah, Arab Saudi dan seluruh Asia Tenggara yang ketika adalah antara paling ramai berkunjung ke Sunway Lagoon,” katanya.

Katanya, bagi pengunjung warga negara hanya perlu menunjukkan MyKad untuk mendapatkan diskaun sebanyak 25 peratus bagi setiap tiket yang dibeli. 



   


BuDak Uitm Dungun Murtad da masuk Islam Balik???


KOTA BAHARU, 2 Mei  -- Seorang pelajar Diploma Seni Kulinari Universiti Teknologi Mara cawangan Dungun, Terengganu yang sebelum ini mengaku menukar agama kepada Kristian, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini bahawa dia sudah insaf dan kini kembali memeluk Islam.

Berikutan pengakuan itu, Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty memerintahkan Mohamad Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, dari Pengkalan Chepa, bersembahyang jemaah di tempat pengajiannya serta melaporkan kehadiran kepada Imam masjid itu selama enam bulan, berkuat kuasa hari Isnin.


Mohd Fariz Ilham juga diarah melaporkan diri di Pejabat Agama Dungun setiap minggu, manakala pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.


Abu Bakar turut membatalkan perintah menempatkan Mohd Fariz Ilham di Pusat Bimbingan Akidah Kuala Kubu Baharu di Selangor selepas berpuas hati dia mampu membaca al-Fatihah dengan baik, selain mengucap dua kalimah syahadah dan beristighfar.


Pada 24 April lalu, Mohamad Fariz dirujuk oleh keluarganya ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan selepas mengaku keluar dari Islam dan memeluk agama Kristian.


Mahkamah Tinggi Syariah kemudian mengarahkan dia ditahan reman selama seminggu selepas menerima permohonan bagi mendapatkan perintah tegahan percubaan keluar dari Islam.


Permohonan itu menyebut Mohamad Fariz, yang menggunakan nama samaran Tyrone, mula berjinak-jinak dan menghadiri upacara gereja sejak 3 Dis 2010 serta mengaku berhasrat menukar agama di luar negara.


Pada prosiding hari ini, Mohamad Fariz memberitahu mahkamah dia sudah insaf selepas ditahan reman di Penjara Pengkalan Chepa.


Dia juga merayu agar mahkamah tidak menempatkkannya di pusat bimbingan akidah kerana masih menuntut.


Pendakwaan terhadap Mohd Fariz dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Kanan Zaini Sulaiman mengikut Seksyen 102(3) Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994.



Inilah Padahnya guna Google Translate~


Salah terjemah: Najib mohon maaf pada PM China- MK

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau telah meminta maaf kepada Perdana Menteri China Wen Jiabao berhubung satu kesilapan bahasa di latar pentas bagi satu majlis sambutan rakan sejawatannya itu.
Perdana Menteri China Wen Jiabao dan rombongannya pasti dalam kebingungan jika mereka mengesan perkataan Cina yang dicetak pada latar belakang pentas majlis sambutan rasmi baginya di Putrajaya pagi ini.

Perkataan berkenaan adalah terjemahan langsung daripada perkataan Melayu yang berbunyi: "Istiadat Sambutan Rasmi Sempena Lawatan Rasmi TYT Wen Jiabao Ke Malaysia"

Namun terjemahan dalam bahasa Cina itu mempunyai kesilapan struktur ayat dan tatabahasa yang serius dan memalukan.Terjemahan langsung itu berbunyi: "Majlis sambutan rasmi, dengan dia, Yang Terutama, Wen Jiabao ke Malaysia dengan rasmi”.

Latar belakang yang memalukan di podium hadapan Pejabat Perdana Menteri itu didirikan bagi upacara sambutan rasmi perdana menteri China itu.

Wartawan dan tetamu yang faham bahasa Cina terkejut melihat latar belakang itu. Begitu juga dengan beberapa menteri Malaysia yang berbangsa Cina tetapi sudah terlambat untuk membuat sesuatu.

P/S : Harap lepas ni xdelah yang dapat tender kerajaan tu guna google translate lagi... boleh memalukan negara kalau silap macam ni lagi.. Designer2 sekalian jangan guna google translate tau... hahahha :P


Tuesday, May 3, 2011

MalaYsia mungkin Nak Bangunkan TeNAGa Nuklear??...


Apa dah jadi sekarang ni pun tak tahulah. Malaysia selama ni da 30 tahun lebih dah ada pusat pemprosesan bahan nuklear. Mesti ramai yang tak tahukan ... Malah DS Rosmah pun mungkin tak tahu... opss... hahaha....kalau nak tahu story kilang pertama yang da ditutup di Bukit Merah klik sini. Sebenarnya ini adalah isu lama dimana kilang tersebut Pada 1975, Mitsubishi Chemical, or Mitsubishi Kasei,   telah menubuhkan satu a joint venture company called Malaysian Rare Earth dan kemudian bertukar nama kepada Asian Rare Earth ARE) in Malaysia.Kilang ni da ditutup apabila seorang adik yang bernama Chu telah mati disebabkan Radiasi..Kilang ini digunakan untuk memproses bahan bumi yang sukar dijumpai dan mengandungi bahan radiasi.



Lepas itu datang pulak satu isu baru pada tahun 2006, laporan daripada Roslinda Mohamad The Star berkaitan Malaysia mungkin akan memajukan sumber nuklear.Untuk baca lebih lanjut sila klik sini  di kuantan dan sekarang ianya telah diwujudkan oleh syarikat yang dinamakan Lynas. Mungkin kita tak tahu apa yang mereka proses tetapi mencegah adalah lebih baik daripada menyesal dikemudian hari.



Pada tahun 2008, satu perjumpaan telah dijalankan dengan syarikat ini dimana beberapa soalan berkaitan kesihatan dan radiasi telah dijalankan namun ianya hilang begitu sahaja. Antara intipati yang diajukan anda boleh baca disini. Apakah yang dijalankan oleh syarikat lynas ini. Mereka menyatakan bahawa mereka memproses bahan bumi yang jarang dijumpai [rare objects] yang didapati dari MountWeld, Australia dan mengandungi sedikit kandungan radioaktif bernama Thorium dimana ianya dinyatakan bahawa kandungannya adalah   50 kali sedikit daripada yang dijumpai di Bukit Merah. Persoalannya sekarang, apakah kandungan kuantiti yang sedikit itu akan juga turut mengakibatkan kesan radiasi. 50 kali kurang bermaksud baki bahan tersebut juga  mungkin boleh menyebabkan radiasi.

Dimana Peranan DS Rosmah Mansur sebagai 1st lady yang pencinta keamanan dan mengutuk Jepun kerana "tidak menitikberatkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya amat dikesali" namun di negara sendiri tidak menitikberatkan perkara ini....Saya pun tak nak salahkan dia sebab dia tak ada kuasa atau mungkin tak tahu. Namun, yang peliknya kerapa kerajaan Malaysia sekarang membenarkan projek RM700 juta itu dijalankan dan ianya amat berisiko tinggi kepada rakyat kuantan terutamanya. Sebagai rakyat malaysia yang prihatin Fikir fikirkan....1MALAYSIA bantah nuklear...kami rakyat cuma nak tahu kebenaran...


Dalam pembinaan, loji pemproses bahan jarang ditemui di Gebeng, kuantan yang hampir 70% siap dibina.


dari keratan akbar mana pun tak tahu layan jelah


KUANTAN: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh hari ini mengadakan bantahan pembinaan kilang Australia iaitu Lynas Corporation berpangkalan di Gebeng kerana memproses ‘rare earth’ yang menghasilkan sisa buangan kimia. Bantahan itu menghimpunkan 1,000 tandatangan penduduk tempatan  yang tidak senang dengan kelulusan pembinaan kilang kerana ia dijangka menghasilkan sisa buangan kimia bersifat radioaktif.“Kita dapat tahu yang kilang itu akan menghasilkan sejenis sisa kimia yang dikenali sebagai torium dan bersifat radioaktif.

“Hari ini, kita mengumpulkan 1,000 tandatangan membantah pembinaan kilang itu,” katanya pada sidang media ‘Rare Earth’ di Christian Praise Centre di sini, petang ini. Fuziah, Naib Presiden KEADILAN itu yang bercadang menghantar petisyen ke Parlimen hujung bulan ini mewakili rakyat Kuantan, berkata, sisa buangan kimia  kilang itu boleh mengakibatkan kecacatan dan membawa pelbagai penyakit barah. Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) yang meluluskan pembinaan kilang itu kerana tidak akan mendatangkan sebarang faedah kepada rakyat dan negara.“CEO Lynas, Nick Curtis sendiri mengakui pihaknya hanya akan menggunakan khidmat kerja seramai 450 orang sahaja.


“Sudah pasti tidak menjamin apa-apa keuntungan kerana peluang pekerjaan terhad, sebaliknya kerajaan pula membuat tawaran 12 tahun operasi tanpa membayar cukai,” katanyaFuziah berkata, torium mengambil masa beribu-ribu tahun untuk dilupuskan dan boleh membawa kesengsaraan kepada rakyat seperti yang pernah berlaku di Bukit Merah, Perak 30 tahun dahulu.“Di Perak, kejadian sama mengakibatkan kesengsaraan kepada rakyat sehingga hari ini kerana bahan kimia itu mengambil masa 1,500 tahun untuk lupus,” katanya.


Beliau kesal kerana kerajaan Umno BN tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap kilang itu tetapi pihaknya tidak akan berdiam diri lantaran ia menjejaskan alam sekitar dan keselamatan rakyat. Katanya, kelulusan bagi pembinaan kilang itu diluluskan  pada 2008 dan proses pembinaannya kini mencapai 70 peratus siap serta dijangka beroperasi bila-bila masa.