Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Friday, June 27, 2014

DDCzone Got New Sponser By IKEA MALAYSIA



Wow.. this is my second sponsor for this month... Thanks IKEA MALAYSIA because choose my humble blog.. In IKEA there will be sale from 28 June until 6 July.. For those who want to buy stuff for Aidulfitri next month do come to IKEA, they have lots of below RM100 stuff to buy plus the SALE on going now.. do grab this chance to buy cheap stuff on IKEA.. For those who like  to buy online, do visit IKEA sales page on link below..






There are lots of offer on the store , do go to  IKEA Damansara so you can get more offer there..



Thursday, June 26, 2014

Kaum Melayu Di Singapura Dianaktirikan Kaum Cina







Berdasarkan buku The Singapore Dilemma - The Political and Educational Marginality of the Malay Community karya Lily Zubaidah Rahim, penulis telah mengemukakan beberapa strategi atau program yang dilaksanakan oleh parti pemerintah iaitu PAP (abang DAP) untuk meminggirkan orang Melayu Singapura secara sistematik. Strategi tersebut ialah:

1. Mengekalkan taraf minoriti bilangan penduduk Melayu

Akibat kemerosotan kadar kelahiran penduduk Cina, Lee Kuan Yew telah mendedahkan semasa perhimpunan Hari Kebangsaan 1988 bahawa kerajaan akan cuba meningkatkan bilangan penduduk Cina dengan membawa masuk orang Cina dari luar negara terutamanya Hong Kong.

Menjelang 1988, sebanyak 4707 keluarga (80% Cina) telah berhijrah ke Singapura. Selain itu, kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa untuk menarik bakat ke Singapura (CATS) bagi menarik orang Cina dari negara luar supaya berhijrah ke Singapura. Sebaliknya, pekerja Melayu Malaysia menghadapi banyak masalah untuk mendapatkan permit kerja di Singapura.

Semua ini dilakukan untuk mengekalkan bilangan penduduk Cina, selain untuk mengekalkan dominasi politik PAP di Singapura.

2. Melemahkan Kuasa Undi Masyarakat Melayu

Bagi melemahkan kuasa undi orang Melayu, kerajaan telah melaksanakan program penempatan semula bandar dan dasar perumahan awam. Caranya ialah dengan menempatkan orang Melayu ke merata kawasan perumahan awam baru di seluruh Singapura. Kampung-kampung Melayu juga telah dihapuskan dan digantikan dengan perumahan awam moden.

Akibatnya, tiada lagi kawasan majoriti Melayu di Singapura. Oleh itu, parti berteraskan Melayu seperti PKMS gagal untuk memenangi sebarang kerusi pada pilihanraya. Maka, orang Melayu telah kehilangan suara untuk menuntut sebarang hak atau berunding sesuatu perkara dengan kerajaan.

3. Kuota kediaman etnik

Bagi terus menyekat kuasa politik Melayu, PAP telah memperkenalkan kuota kediaman etnik. Ini bagi memastikan jumlah orang Melayu tidak melebihi 20% daripada jumlah penduduk di mana-mana kawasan pilihanraya dan tidak melebihi 22% daripada penduduk mana-mana blok perumahan awam.

Bagi orang Cina pula, kuota mereka pula hendaklah mencapai 80% di kawasan pilihanraya dan 87% di blok perumahan awam. Kuota ini dikuatkuasakan dengan tidak membenarkan orang bukan Melayu menjual rumah pangsa mereka kepada orang Melayu.

Pada pendapat PAP, sebuah blok perumahan yang mengandungi 26% orang Melayu dianggap perkauman, tetapi dianggap sebaliknya untuk 80% penduduk Cina di sesebuah blok perumahan.

4. Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC)

Selepas pilihanraya 1988, kerajaan telah melaksanakan GRC ini di mana mengintegrasikan 39 kawasan pilihanraya kepada 13 wad pemilih. Maknanya, setiap wad terdiri daripada penyatuan 3 kawasan pilihanraya yang berjiranan. Oleh yang demikian, setiap pengundi bukan mengundi untuk seorang calon, tetapi satu pasukan calon dari sesebuah parti politik.

Sistem ini menghendaki setiap pasukan GRC wajib mempunyai seorang ahli etnik minoriti. Akibatnya, parti Melayu PKMS gagal meletakkan calon dalam mana-mana GRC. Ini kerana kawasan yang mengandungi ramai pengundi Melayu seperti Eunos, Bedok dan Kampung Kembangan telah dimasukkan dalam wad GRC.

Sistem ini selain bertujuan untuk mengukuhkan dominasi PAP dalam politik Singapura, ia juga untuk melemahkan suara etnik minoriti khususnya Melayu.


5. Pengubahan fakta sejarah Singapura

Bagi menghapuskan perkaitan orang Melayu dengan asal-usul Singapura, kerajaan PAP telah mengubah fakta sejarah Singapura di dalam buku teks dengan menyatakan bahawa asal usul Singapura adalah bermula pada tahun 1819 iaitu semasa ia dibuka oleh Stamford Raffles.

Padahal, semua orang tahu bahawa Singapura yang dulunya dikenali sebagai Temasik telah dibuka oleh Sang Nila Utama dan pernah mempunyai Sultan. Perubahan sejarah ini bertujuan untuk menafikan fakta bahawa Singapura memiliki hubungan yang rapat dengan orang Melayu sebagai kaum peribumi.

6. Peminggiran pendidikan orang Melayu

Bahasa Melayu tiada nilai di Singapura. Semua sekolah dan universiti menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Maka, pelajar Melayu yang berpendidikan Melayu sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan di sektor awam mahupun swasta yang lebih mementingkan Bahasa Inggeris.

PAP juga telah mengurangkan promosi persekolahan Melayu dan memotong jumlah biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar Melayu.

Kerajaan juga telah mengetatkan kemasukan ke universiti dengan mewajibkan pelajar lulus dalam subjek Matematik dan Sains selain pemansuhan subjek Pengetahuan Agama. Isu secara tersiratnya ialah untuk menghalang lebih ramai pelajar Melayu dapat masuk ke universiti. Kelemahan pelajar Melayu dalam subjek Matematik dan Sains telah menyukarkan lagi mereka untuk belajar di universiti.

Bantahan daripada orang Melayu mengenai isu tersebut tidak dilayan oleh kerajaan.

Sebagai tambahan...

7. Tiada lagi orang Melayu dilantik sebagai Presiden Singapura

Sejak Yusuf Ishak dilantik sebagai Presiden pertama Singapura, tiada lagi orang Melayu yang dilantik sebagai Presiden Singapura sehingga kini. Walaupun merupakan kaum kedua terbesar di Singapura, PAP lebih rela melantik kaum India sebagai Presiden Singapura.

8. Azan tidak dibenarkan dilaungkan dengan pembesar suara

*Pesan GAD - sedarlah wahai bangsaku. Sebenarnya, dengan apa yang telah terjadi kepada orang Melayu di Singapura dan panjang umurnya Lee Kuan Yew adalah suatu petunjuk dan mungkin juga ujian oleh Allah kepada kita di Malaysia ini. Tak mustahil perkara-perkara di atas akan berlaku di Malaysia. Kalau kita lihat sekarang pun, petanda semua perkara di atas sedang berlaku. Contohnya di P.Pinang, di mana orang Melayu di sana bagaikan sengaja ditekan hidup mereka. Mereka kehilangan tanah dan kampung tradisi, sukar untuk berniaga dan banyak lagi yang GAD rasa semuanya dilakukan dengan bermatlamat untuk menghalau secara perlahan-lahan orang Melayu dari PP. Selagi kafir harbi DAP dibantu oleh parti pengkhianat bangsa PAS dan PKR, tak mustahil suatu hari nanti Tanah Melayu ini akan jatuh ke tangan Cina. Masa tu menangis air mata darah pun dah tak berguna lagi. Ingatlah bangsaku....kalau sekali Melayu dah kalah, bumi Tanah Melayu ini tidak mungkin lagi dapat ditebus kembali...itu adalah kepercayaan GAD.


Sumber 


Buta Mata?.. Jangan Buta Hati.. Kenali Braille


Braille ialah sejenis sistem tulisan sentuh yang digunakan oleh orang buta. Sistem ini dicipta oleh seorang Perancis yang bernama Louis Braille yang buta disebabkan kemalangan semasa kecil. Ketika berusia 15 tahun, Braille mengubah suai tulisan tentera bagi memudahkan tentera untuk membaca ketika gelap. Sistem ini dinamakan sistem Braille. Namun ketika itu Braille tidak mempunyai huruf W. Braille terdiri dari sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan seperti berikut



kehadiran atau ketiadaan titik itu akan memberi kod untuk simbol tersebut. Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kode huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapat secara terus. Contohnya perkataan orang disingkat menjadi 'org'. Ini membolehkan buku Braille yang lebih nipis dicetak.

Huruf Braille juga telah diperkaya sehingga dapat digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik. Braille boleh dihasilkan menggunakan slate dan stylus di mana titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan gambar cermin, menggunakan tangan, atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagai Perkins Brailler. Braille juga dapat dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer.


Mahram Wanita : Apa yang HaLAL apa yang HAraM?



Pempuan muslim.. susah juga nak jadi pempuan dari lelaki.. i means yang menjaga ISLAM dia.. yang susah ni untuk yang tiada didikan agama dari kecik..yang da biasa ..diaorg kata no problems je... everthing about pempuan adalah dosa.. hahaha..lelaki time banyak terima dosa adalah selepas dia kawin.. time tu dosa dia dari dosa isteri, dosa anak. Lagi banyak dari pempuan single..

let say, isteri x pakai tudumg.. sehelai rambut isteri 1000 tahun neraka ..suami pun share saham neraka isteri sebab x didik dia supaya tutup aurat.. baru je isteri belum lagi campur anak pempuan yang vogue x tutup aurat.. belum lagi pempuan bertudung tp "melalukan aktiviti x bermoral ngan bf dia" ..atau katakan share gambar rambut dan badan secy di istagram , facebook?.. dosa x.. ahahhaa.. but as always.. diaorg kata dosa masing masing.. but yang tanggung banyak suami atau bapa tu sendiri lebih banyak dari mak dia tanggung.

balik kepada topik kita.. apakah tu mahram?.. mahram ni mcm kita boleh sentuh laa.. buka tudung pun boleh...so untuk wanita sape boleh sentuh sape tak boleh sentuh..nak salam pun kena hati-hati.. sape bole tengok rambut dan sape yang tak boleh tengok rambut...jom terjah gambar bawah ( klik untuk besarkan )






Tips : Apakah Style Pakaian Lelaki Untuk Anda?



Kalau nak ikutkan lelaki ni sempoi je.. pakai je baju mana mana janji style kan .. Apapun jom kita tengok sebahagian tips ini yang mungkin boleh dibuat rujukan korunk. Kalau tiap masa asyik pakai benda sama je kan bosan jugak.. Kalau pempuan tu mesti lagi banyak kan.. oklah time to view what is important for men.

1. Lebih penting dan lebih selamat untuk tampil lebih baik setiap hari berbanding tampil berbeza setiap hari. Lelaki yang tampil selesa dipandang adalah lelaki yang bijak bergaya.

2. Hanya pakai tali leher apabila ia melibatkan dunia pekerjaan. Ramai orang tertanya-tanya perlukah memakai tali leher ketika bermesyuarat? Jawapannya mudah. Pakai tali leher apabila melibatkan wang!

3. Kasut hitam adalah asas. Semestinya yang asas itu membosankan. Jika anda memakai warna hitam secara keseluruhan, pasti kasut anda juga berwarna hitam. Jika anda menggunakan warna kelabu, biru atau apa saja kombinasi warna, pilih kasut berwarna coklat kerana kasut warna coklat lebih sofistikated pada hari ini.

4. Kolar besar untuk tali leher besar, kolar kecil untuk tali leher kecil. Jika sebelum ini anda kerap menjadi bahan perhatian, mungkin kesilapan pada padanan kolar dan tali leher anda di pejabat.

5. Ketahui tempoh sesuai untuk memotong rambut anda. Ramai lelaki memotong rambut apabila mula sedar rambut sudah panjang dan berserabut. Pastikan anda mempunyai jadual tertentu yang sesuai untuk tampil sentiasa maskulin.

6. Corak garis menegak membantu anda menjadi kelihatan kurus. Maka, bayangkan jika anda mengenakan pakaian bercorak garis melintang. Anda akan kelihatan berisi dan gempal.

7. Kenali tukang jahit yang sesuai dan faham fizikal anda. Orang yang benar-benar mengambil berat akan fesyen biasanya mempunyai tukang jahit yang tetap dan tidak bertukar-tukar.

8. Elak mengenakan pakaian yang berkilat. Sebagai lelaki, kurangkan corak dan warna-warna terang pada fesyen anda. Jika anda memilih sut, pilih gaya klasik warna biru gelap atau kelabu dan serikan sedikit warna pada tali leher atau poket anda.

9. Sentiasa bersedia tampil segak. Hari ini, pandangan kali pertama sering terus dilabel meskipun ketika anda sedang bersantai. Oleh demikian, pastikan anda sentiasa kemas untuk memastikan anda kelihatan seorang yang mengikut fesyen.

10. Pilih merah jambu jika buntu. Lelaki sering keliru untuk memakai pakaian berwarna krim, kuning dan kelabu cerah sedangkan warna ini bukanlah kurang menarik. Namun, lelaki yang mempunyai kulit pucat tidak digalakkan mengenakan pakaian warna sedemian untuk elak kelihatan sakit. Ramai lelaki takut untuk mengenakan pakaian berwarna merah jambu sedangkan warna ini menjadikan lelaki kelihatan sihat, berseri-seri dan memikat wanita kerana menunjukkan keyakinan tinggi!

11. Padanan butang. Tali leher yang dipakai perlu menutup butang pada kolar, pakaian pula perlu menutup butang seluar. Lelaki yang berpakaian singkat menampakkan anda seperti bekerja untuk NASA manakala pakaian serba panjang pula kelihatan seperti bekerja seperti bekerja sebagai ahli kongres!

12. Bergaya ketika membeli-belah. Peraturan ini mungkin kedengaran bodoh tetapi percayalah bahawa apa yang anda pakai ketika membeli-belah menunjukkan apa yang anda beli.

13. Lelaki yang menitikberatkan pakaian yang bergosok merupakan lelaki yang senantiasa terkini di dalam fesyen. Cara mudah untuk gosok pakaian adalah memasukkan air biasa berbanding menggunakan bahan lain seperti lilin atau kanji kerana boleh merosakkan fabrik.

14. Elak padankan blazer dengan seluar slake warna lembut. Jika anda mengenakan blazer, baju putih dan jeans gelap adalah padanan yang paling serasi. Selagi anda memadankan blazer dengan khakis atau jeans gelap, ia pasti selamat. Tapi jangan sesekali padankan blazer dengan seluar slake warna lembut.

15. Pakai pakaian sama usia. Elak menampakkan diri anda seperti terlalu muda atau terlalu tua dari usia sebenar. Kebanyakan lelaki tersepit dengan gaya kolej. Biarkan almari anda mengikut peredaran zaman.

16. Jika anda tidak mampu atasi masalah, tukar sesuatu kepada yang baru.Sebagai contoh, jika rambut anda semakin menipis, apa kata botakkan kepala anda kerana ia lebih selesa malah ia sentiasa IN sepanjang masa.

17. Padankan tali pinggang dengan seluar anda. Kesilapan yang sering dilakukan oleh lelaki apabila anda mengenakan tali pinggang kecil bersama seluar besar. Akibatnya, anda mencipta gelembung udara di bahagian depan seluar anda. Ia memang memalukan!

18. Elak ada kesan 'timbul' pada zip seluar anda. Sebolehnya, elak mengenakan pakaian dan seluar yang ketat kerana ia menampakkan tubuh badan anda seperti perut yang sedikit boroi dan 'timbul' di bahagian kelangkang anda!

19. 'Tuck in' bertempat. 'Tuck in' atau memasukkan pakaian ke dalam seluar itu boleh tetapi biar bersesuaian dengan majlis. Jika anda memilih baju T, adalah lebih baik anda tidak 'tuck in' bersama jeans. Ia akan membuatkan anda kelihatan seperti baru mengenali dunia fesyen.

20. Bingkai kaca mata biarlah bersesuaian. Pilih kaca mata yang sesuai dengan bentuk muka anda supaya wajah anda tidak kelihatan besar atau kecil dari tubuh sehingga menampakkan diri yang 'pelik'.


Tips : Cara Meningkatkan Hormon Tetostron bagi Lelaki




1. Angkat berat

Bersenam mendatangkan banyak kebaikan terutama lelaki yang mempunyai tahap testosteron yang rendah. Kajian 1993 mendapati bersenam seperti melakukan angkat berat membantu meningkatkan tahap testosteron di dalam darah diikuti senaman biasa. Ia bukan saja meningkatkan testosteron tetapi membentuk otot badan.

2. Vitamin D

Menurut kajian dari jurnal Hormone and Metabolic, vitamin D memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan tahap testosteron. Vitamin D boleh diperolehi menerusi pemakanan mahupun terdedah kepada cahaya matahari. Namun, elak terlalu terdedah kepada cahaya matahari kerana ia risiko kepada kanser juga

3. Zink

Pengambilan zink berkaitan dengan hypogonadism iaitu keadaan di mana kelenjar menghasilkan sedikit atau tidak ada hormon.  Zink memainkan peranan penting untuk menghasilkan tahap testosteron.

4. Bawang putih

Menurut jurnal pemakanan, makanan tambahan seperti bawang putih boleh mengubah horman berkaitan protin anabolisme dengan meningkatkan testosteron buah zakar.

5. Kafein

Menurut kajian di International Journal of Sport, Nutrition and Exercise Metabolism, sesiapa yang mengambil kafein  sebelum melakukan senaman dikatakan mampu meningkatkan testosteron sebanyak 21 peratus.

6. Diet

Kekacang, tiram, mil oat dan makanan organik mempunyai khasiat yang membantu meningkatkan tahap testosteron. Tiram tinggi dengan zink, kekacang dan mil oat pula tinggi asid amino yang membantu mengurangkan kesakitan di dalam saluran darah.


Masalah tekanan dan obesiti juga menjadi punca tahap testosteron menurun tanpa disedari. Jangan tunggu sehingga usia meningkat, kualiti pun menurun. Biarlah usia meningkat seiring dengan kemampuan anda beradu 'tenaga'!


Wednesday, June 25, 2014

Sometimes we need someone to push us





"Sometimes you just need that one guy who keeps pushing you saying, "you can do it""


DDCzone Got New Sponser From Stadium Astro World Cup

Today i got new sponser for my blog.. IT's FROM Astro~ Cool huh?.. hahaha..  as always.. i will promote my sponsored ads as they advertised on my blog.. ok enaugh for english speaking.. wakakka..



Apa yang menarik kat Stadium Astro World Cup ni.. jom terjah :

StadiumAstro World Cup ni adalah website utama tentang FIFA World Cup 2014, di website inilah kita akan tahu everything about the FIFA World Cup 2014 antaranya  : 

  • Info terkini tentang perlawanan - lepas habis sesuatu game, akan ada news tentang game tu, maybe disebalik tabir game tu, gambar2 aksi pemain dan coach semasa game.
  • Match Centre - kat sini kita taw next match, result match and ranking team yang terbaru.
  • FIFA World Cup Web Player - kita boleh tengok highlight video during game, ataupun the best moment masa match dan macam2 lagi. 


Sebenarnya banyak lagi yang kita boleh dapat di olabola.STADIUMASTRO.com, lagi2 kerana Stadium Astro adalah official broadcaster of the FIFA World Cup 2014. Sebab tu kepada peminat bola sekalian, sila la ke website ini untuk mendapatkan segala informasi terkini tentang dunia World Cup dan jangan risau sumber yang ada disini adalah yang boleh dipercayai :) Website ini boleh dilayari sama ada dalam bahasa Melayu atau English. 

Apa lagi guys, kalau nak tengok update terkini boleh layari terus website diaorg ni..



Thanks to Astro cause choose my not so great blog as our sponser.
To my nuffnag admin .. thanks for the CPUV ..


Tuesday, June 24, 2014

Tombol Pintu Rosak?.. Pintu Terkunci?... Jom tukar Tombol Pintu



Tadi pepagi nak g kerja then tetiba lak tertinggal kunci kat dalam bilik.. pusing punya pusing .. plap.. tercabut tombol...wakakaka.. ganas sangat sbb kunci spare x jumpa-jumpa.. alahai.. so pada sesiapa tak tahu nak tukar tombol pintu jom kita terjah cara menukar tombol pintu apabila rosak..bagus untuk anda yang selalu membayar servis menukar pintu tombol ataupun denda kalau tombol pintu universiti rosak..apapun layann~

IN MALAY VERSION



IN ENGLISH VERSION 


Monday, June 23, 2014

Malaysia in Hollywood Film ~


smalam marathon citer mission impossible 3 ...terperasan lak benda ni..hahaha.. xde kena mengena pun ngan teori kehilangan MH370.. tp yang peliknya asal kat tempat yang sama dengan movie yang berbeza.. beza tahun (3 TAHUN).. tempat yang sama.. gigih jugak billboard ni sampai 3 tahun.. hahahha.. patut laa rugi memanjang mas ni.. papepun malaysia terbaekk.. ahahha..