Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Wednesday, December 10, 2014

Patung jadi Pengganti penduduk kampung




Seorang wanita yang bosan selepas kampungnya semakin sunyi mengambil keputusan membuat lebih 100 patung menyerupai manusia untuk menggantikan penduduk yang telah meninggal dunia dan berhijrah ke kawasan bandar.


Wanita itu, Tsukimi Ayano, 65, berkata, dia bosan selepas kampung Nagoro yang didiaminya menjadi seperti kampung hantu apabila ramai penduduk berhijrah dan sebahagian lagi meninggal dunia.

Katanya, dia pulang semula ke kampung halamannya yang terletak di wilayah Tokushima di selatan Jepun itu kira-kira 13 tahun lalu untuk menjaga kedua ibu bapanya yang telah uzur.

“Bagaimanapun, selepas ibu bapa saya meninggal dunia beberapa tahun lalu, saya mula berasa bosan dan sunyi kerana semua jiran saya sudah tiada.

“Kini kampung ini didiami oleh beberapa penduduk warga emas sahaja dan lebih membosankan saya adalah penduduk yang paling muda,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian menjahit patung-patung itu dengan menyerupai penduduk kampung yang dikenalinya dan meletakkan patung berkenaan di kawasan kedai, perhentian bas dan juga sekolah.

“Semua kawasan itu sunyi kerana tidak berpenghuni tetapi patung ini mengembalikan semula suasana ketika kampung ini sibuk dengan penduduk,” jelasnya.





0 Rakyat DDCzone Berkata -kata: