Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Tuesday, November 18, 2014

Minum Air Sungai, Otak Dipenuhi Cacing

PARASIT SEPANJANG ENAM INCI HIDUP DALAM OTAK KERANA MINUM AIR SUNGAI | Sekiranya anda menyimpan hasrat untuk menikmati seteguk air yang menyegarkan dari sungai di kawasan bukit atau gunung, fikirkan semula hasrat anda itu.

China - Seorang lelaki China , Cao 41 telah tertelan beberapa telur cacing ketika dia meminum air dari sumber tersebut, menyebabkan seekor parasit sepanjang enam inci hidup didalam otaknya.

Cacing pita tersebut, yang telah dibuang oleh pakar di hospital San Jiun di Guangzahou, telah menyebabkan Cao mengalami kekejangan lidah dan kesukaran untuk bertutur.

Pada mulanya, beberapa buah hospital yang telah dirujuk oleh Cao tidak dapat menjelaskan apa sebenarnya penyakit yang dialami sehinggalah Cao menjalani imbasan otak dan yang mendedahkan parasit tersebut berlingkar di didalam otaknya.

Pembedahan oleh pakar telah berjaya membuang parasit tersebut dari otak Cao. Isteri Cao, Li, berkata suaminya mempunyai tabiat meminum air dari sungai ketika bertugas di kawasan pergunungan dan doktor mengesyaki dari situlah telur parasit berkenaan berjaya masuk ke dalam badan Cao.


0 Rakyat DDCzone Berkata -kata: