Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Friday, November 28, 2014

Azmin Ali kata PM mungkir Janji, Mana janji Pakatan mansuh KIDEX dengan Langat2



Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  memungkiri janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.Sehubungan itu, Azmin berkata, janji yang pernah dibuat oleh Najib sebelum ini hanyalah untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya.

"Dia tidak menunaikan janji yang dia (Najib) nyatakan sendiri sebelum ini untuk memansuhkan Akta Hasutan."Kalau ikut rekod, ada beberapa kali dia telah berjanji (untuk mansuh) menjelang pilihan raya.

"Sekarang kita, rakyat akan melihat watak sebenar perdana menteri yang buat janji hanya untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya dan tidak ada kesungguhan untuk melakukan transformasi," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam.

'Pertahan Islam bukan dengan akta zalim'Selain itu, ditanya berhubung pengukuhan akta yang dikatakan bertujuan melindungi kesucian Islam, Azmin berkata mempertahankan agama tidak boleh dibuat melalui akta yang “zalim”.

"Yang mempertahankan Islam bukan dengan satu peruntukan yang zalim, yang tak ada kebebasan dan moral.“Islam itu agama yang suci dan murni yang menjamin kebebasan hak individu sebagai insan. Bukan guna akta zalim untuk kekang kebebasan rakyat," kata ADUN Bukit Antarabangsa.

Kenapa umum di AGM Umno?

Bagi ADUN DAP, Datuk Teng Chang Khim berkata, beliau mempersoalkan pengumuman yang dibuat di Perhimpunan Agung Umno oleh Najib.Menurutnya, sebagai seora

ng pemimpin, Najib sepatutnya membawa perkara itu di Parlimen terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman kepada seluruh ahli Umno.

Katanya, tindakan Najib itu dilihat hanya untuk membuat provokasi dan memperolehi sokongan daripada orang Melayu."Seharusnya perkara sebegitu penting dibangkitkan di Parlimen dulu, bukan di Perhimpunan Agung Umno kerana undang-undang ini dibuat di Parlimen.

“Sepatutnya wakil rakyat dimaklumkan dulu perkara ini untuk dibincangkan sebelum kerajaan ambil sebarang tindakan untuk menggubal undang-undang itu."Ini adalah satu taktik politik untuk memperolehi sokongan orang Melayu kepada Umno. Ini bukan satu pentadbiran yang baik," katanya lagi.

Rani: Ada OK, tapi kena adilSementara itu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman. pula memberikan perspektif agak berbeza dalam isu itu."Saya tak kisah. Memang (akta seperti itu) sepatutnya ada akta yang sebegitu. Tetapi masalahnya sekarang, sejarah telah memberitahu kita apa yang mereka buat dengan akta hasutan ini.“Kalau orang dia (Umno), lepas. Tak kena apa-apa pun. Kalau kita buat sikit, terus kena Akta Hasutan," katanya.

Ketika ditanya adakah beliau bersetuju sekiranya Akta Hasutan dikekalkan, Abdul Rani berkata:
"Perlu ada. Tetapi sepatutnya ditambah baik. Saya setuju akta itu tetapi dia (akta itu) mesti adil," kata ADUN Meru itu lagi.



0 Rakyat DDCzone Berkata -kata: