Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Friday, October 3, 2014

Azmin Nafi Selangor bagi subsidi RM1 Billion untuk minyak



"Sebaran di media sosial konon Kerajaan Selangor memperuntukkan RM1 bilion utk menangani kenaikan harga minyak adalah tidak benar dan palsu"

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan berita yang tersebar di media sosial pada Khamis mengenai 'bantuan' yang kononnya disalurkan kerajaan negeri bagi menangani kenaikan harga minyak.

Jelasnya di laman Twitter, berita itu adalah tidak benar sama sekali.

Semenjak tengah malam Rabu, beberapa laman blog melaporkan kenyataan bergambar Azmin yang menyatakan harga minyak di negeri itu tidak akan naik.

Azmin turut dilaporkan oleh blog berkenaan bahawa kononnya kerajaan negeri memperuntukkan RM1 bilion bagi menampung pengurangan subsidi sebanyak 20 sen oleh Kerajaan Pusat sehingga harga minyak kembali stabil.

Laporan itu menambah bahawa langkah itu merupakan tanda kerajaan negeri di bawah kepimpinan menteri besar baharu amat memahami dan prihatin terhadap beban yang ditanggung oleh rakyat menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.


0 Rakyat DDCzone Berkata -kata: