Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Thursday, June 26, 2014

Buta Mata?.. Jangan Buta Hati.. Kenali Braille


Braille ialah sejenis sistem tulisan sentuh yang digunakan oleh orang buta. Sistem ini dicipta oleh seorang Perancis yang bernama Louis Braille yang buta disebabkan kemalangan semasa kecil. Ketika berusia 15 tahun, Braille mengubah suai tulisan tentera bagi memudahkan tentera untuk membaca ketika gelap. Sistem ini dinamakan sistem Braille. Namun ketika itu Braille tidak mempunyai huruf W. Braille terdiri dari sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan seperti berikut



kehadiran atau ketiadaan titik itu akan memberi kod untuk simbol tersebut. Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kode huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapat secara terus. Contohnya perkataan orang disingkat menjadi 'org'. Ini membolehkan buku Braille yang lebih nipis dicetak.

Huruf Braille juga telah diperkaya sehingga dapat digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik. Braille boleh dihasilkan menggunakan slate dan stylus di mana titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan gambar cermin, menggunakan tangan, atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagai Perkins Brailler. Braille juga dapat dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer.


0 Rakyat DDCzone Berkata -kata: