Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Tuesday, May 10, 2011

Ingat Senang ke Nak Pinda Perlembagaan??...


Soalnya, bolehkan Kristian menjadi agama Persekutuan? Bolehkah perlembagaan dipinda di Dewan Rakyat untuk mengubah apa yang termaktub. Sebenarnya, ia tidak mudah seperti difikirkan untuk mendapat sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat bagi mengubah perlembagaan kerana Islam bukan setakat agama rasmi, tetapi agama Persekutuan. Usaha mengubah apa yang termaktub dalam perlembagaan perlu perkenan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam dan Majlis Raja-Raja.

“Ia tidak boleh dipinda dengan sokongan dua pertiga di Parlimen saja, sebaliknya perlu persetujuan Majlis Raja-Raja. Apa saja berkaitan Islam untuk dipinda atau dimansuhkan perlu dibawa kepada Majlis Raja-Raja,” kata Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Bolehkan Perdana Menteri dilantik di kalangan bukan Islam termasuk Kristian? Ini juga bertentangan dengan semangat perlembagaan walaupun tidak menya-takan dengan khusus Perdana Menteri semestinya Islam.
Amat tidak logik jika Perdana Menteri bukan Islam menasihati Yang di-Pertuan Agong yang menjalankan tugas sebagai Ketua Agama Islam. Justeru, melihat kepada perlembagaan, tidak sepatutnya ada pihak bermain api dengan membangkitkan usaha untuk menjadikan Malaysia negara Kristian dan melantik bukan Islam sebagai Perdana Menteri.

Jika ada juga usaha itu ia menguji ketegasan kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu bertindak tegas. Golongan ini hanya membangkitkan kebencian antara rakyat Islam dan Kristian, sedangkan selama ini mereka hidup harmoni.

Polis tidak perlu menunggu sehingga masjid atau gereja dibakar untuk bertindak. Siasat hingga ke akar umbi untuk memastikan kesahihannya dan pastikan mereka yang terbabit diheret ke muka pengadilan mengikut Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) walaupun sudah ada penafian terhadap perkara itu. Tindakan segera dapat menyelamatkan negara.

Sumber

   


Memang tak salah PM dari kristian tp.....

Walaupun percaya ia tidak akan menjadi kenyataan, Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok mengemukakan persoalan apa salahnya memiliki seorang perdana menteri yang beragama Kristian.

merdeka statement launch 020807 bernard dompok"Perlembagaan tidak menetapkan keperluan agama untuk menjadi seorang perdana menteri, satu-satunya syarat adalah keupayaannya mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen.

"Sekiranya Iban, Bidayuh, Kadazandusun, Murut, Kelabit, Cina atau India yang menjadi rakyat Malaysia boleh memenuhi peruntukan dalam Artikel 43 dalam perlembagaan, dia boleh menjadi perdana menteri di negara ini," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau bagaimanapun tetap membidas Utusan ekoran laporannya berhubung usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan, sekaligus melantik perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.

Bernard berkata, tindakan akhbar itu mempromosikan trend yang tidak sihat dengan melaporkan tanpa usaha mengesahkan kebenaran faktanya terlebih dahulu.

Perkara itu, menurutnya menjejaskan keamanan dan keharmonian negara ini.

jeff ooi lodge police report against utusan 080511 1"Bagaimana sebuah akhbar kebangsaan, bukan hanya mencetak, tetapi mensensasikan tulisan penulis blog. Ini adalah kemuncak (sikap) tidak bertanggungjawab," katanya.

Menurut Bernard, dari pengalamannya menghadiri sesi sembahyang penganut Kristian, kumpulan itu sebaliknya memohon untuk kebaikan negara, pemimpin dan rakyatnya.

"Kedudukan Islam dijamin dalam perlembagaan dan diterima tanpa soal oleh seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai kepercayaan agama," katanya.

Sebaliknya, tambah Bernard, apa yang orang bukan Islam mahukan adalah kebebasan untuk mengamalkan ajaran masing-masing dengan aman.

"Seperti kata perdana menteri, kita mesti bergerak daripada sikap toleransi kepada menerima antara satu sama lain," katanya.


   


Harga Gula Naik 20 sen Hari ni yeaaaa.....

azlan

Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei).

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.
"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.

Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.


   


Monday, May 9, 2011

Nenek Oh Nenek~


Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?
Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin: Nenek pegang kat mana?
Nenek: pagar rumah.
Udin: "$%^&(#....."

   


Opss...terlepas lak.... hahahaha




   


Will u Accept Her As Ur Wife??... I DO




   


Jom Gelak Di PeTang IsNin~... hahahhaa







   


RestoRan Kak Munah Terbaekkk!!!!


Hari ni Bayar , Besok Free... heee... Amacam...terbaeklah kak munah

   


Aku pun Nak tengok... hahahha... Lawak dowH





   


Saturday, May 7, 2011

Story Location Of Dajjal / JEsus / Messiah /Jew/ -[malay sub]


Best Giler Ustaz ni... story pasal Dajjal... kat mana dia tinggal ... korunk kena tengok ni... rugi weyh kalau tak tengok... A must see video about the fake of messiah... Ni update tuk hari ahad k... sok malas nak update dah.... hahahhaha... :P



















Orang Lelaki Korunk Boleh Yakin ke Masuk Syurga??...


Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

   


Peristiwa Pas Hanto Ayam~


Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia tu masih 'kompius' sama ada bende yang dia jumpe tu adalah seketul taik atau tidak. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata "Bentuk macam taik." Lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata, "Lembik macam taik." Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. Lepas tu dia berkata, "Bau macam taik." Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...

"MEMANG SAH TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!"



   


Pak Pandir Hantar Ayam Pas Gi Spital~


Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Lantas dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Agus.

Lelaki kaya: Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya.(lalu memberikan kadnya).

Pak Agus: Baik tuan, saya akan suruh anak buah saya hantar ayam-ayam tu ke rumah tuan.
Selepas itu, Pak Agus memanggil anak buahnya yang bernama Pak Pandir dan memberikan arahan..

Pak Agus: Pandir, esok engkau hantarkan 100 ekor ayam ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi).

Pak Pandir: No problem.

Esoknya Pak Pandir pun pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. Lima puluh ekor diletakkan di sebelah kanan motosikalnya, 50 ekor lagi di sebelah kiri. Malangnya, di tengah perjalanan motosikal Pak Pandir terlanggar lubang dan... BBUAAKK!!!dia terjatuh dari motornya.
Ayam-ayam yang dibawanya terjatuh dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk melihat keadaan Pak Pandir. Tetapi Pak Pandir tidak apa-apa, malah ketawa terbahak-bahak. Seorang pemuda bertanya kepada Pak Pandir..

Pemuda: Bang..abang tak apa-apa ke?

Pak Pandir: Ha.. ha... ha...ketawa sambil pegang perut!

Pemuda: Bang, kenapa bang?

Pak Pandir: Hahaha.. budoh punya ayam, engkau nak lari ke mana?Alamat ko kan ada pada aku! Hahahahaa..



   


Pak Pandir Pergi Hospital Balik~


pak pandir berjumpa dgn doktor psikologi.

pak pandir:tuan doktor semua org kata otak saya lembap. betulkah tn doktor? apakah tanda-tanda bahawa otak seseorg itu lembap?

doktor: saya akan bertanya satu soalan. jika pakcik tak mampu menjawabnya otak pakcik memang betullah lembap...

pak pandir: apakah soalannya tuan doktor?

doktor: kapten hook dikatakan orang pertama yg belayar mengelilingi bumi. malangnya dia cuma sempat belayar sebanyak 3 kali sebelum meninggal dunia. pada pelayarannya yang keberapakah dia meninggal dunia?

pak pandir: mmmm... tukar soalan lain boleh doktor?

doktor: ???

p/s: kalau anda juga tidak dpt menjawab soalan doktor itu bermakna anda juga......

   


Macam macam lah negara Akhir Zaman ni...


sumber

   


Friday, May 6, 2011

DDCzone Lancar "Malaysia Radio And Television Online Stream"


Semperna DDCzone da ada followers 400 ++ dan page yang baru buat 2 hari lepas da 41 orang maka DDCzone telah update page untuk dengar Radio dan Tv Malaysia online .... Boleh klik gambar ni di sidebar okey.... Ucapan terima kasih kepada semua yang sudi klikkan iklan -iklan di sidebar... Online Stream Ini adalah untuk anda semua....Kalau nak dapatkan update terbaru silalah like fanpage ni supaya mudah tengok update-update terbaru DDCzone. Kepada sahabat-sahabat DDCzone di luar negara yang rindu nak dengar radio2 tempatan dan TV tempatan boleh lah klik gambar mcm kat atas ni di sidebar...

Hahaha... da lama tak letak post lawak2 kan ... minggu ni post serius jep... xpelah minggu depan keluarkan yang lawak pulak k... Kepada semua yang like Page DDCzone di Facebook... Terima Kasih Semua... U all The Best... DDCzone akan membawa yang terbaek khas untuk semua readers di luar sana....

DDCzone UPDATE EVERYDAY





   


Anak Sape Lah Ni... lucass

Kecik kecik da pandai...apa nak jadilah sekarang ni...

   


Pak Pandir ke Hospital Hari ni


Pada suatu hari di Hospital Besar Kota Bharu...
Pak Pandir menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama.
Lelaki muda menyapa

Lelaki muda: Pok cik ni sakit gapo?
Pak Pandir: Kecing manih. Lamo doh.

Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk
seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Lalu Pak Pandir bertanya orang muda di sebelahnya,

Pak Pandir: Tu bakpo pulok?
Lelaki muda: Kecemase (Kecemasan)
Pak Pandir: Oohh rupanya kecing mase (kencing masam) lebih teruk dari kecing manih (kencing manis).

   


Result UPU dah Boleh Check Hari ni Pas jam 12 --- yeaa


KUALA LUMPUR, 5 Mei -- Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf Sesi Akademik 2011/2012 boleh diperoleh mulai pukul 12 tengah hari esok (6 Mei).

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan di sini Khamis berkata semakan boleh dibuat dengan menghubungi talian Hotline 03-88835858, Helpline 03-88835848 dan talian am 03-88835801/5802.

Menurutnya calon-calon juga boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my dan http://www.jpt.uum.edu.my atau menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888.

Calon boleh mencetak surat tawaran mulai Sabtu ini melalui laman web rasmi IPTA berkaitan dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei ini.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan "dasar tawaran terbuka", yang akan membolehkan ramai calon cemerlang SPM 2010 menerima lebih daripada satu tawaran.

"Pemohon yang berjaya perlu membuat keputusan yang bijak dan tepat serta mendaftar ke program yang dipilih mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan. Bagi pemohon yang tidak berjaya ke IPTA tetapi menerima tawaran ke institusi lain, mereka dinasihatkan mendaftar ke program berkaitan kerana tawaran tempat ke IPTA adalah terhad," katanya.

Kementerian itu turut menggalakkan mereka yang gagal mendapat tawaran ke IPTA untuk menimbang tawaran belajar ke Tingkatan 6, serta Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) seperti Diploma di Politeknik, sijil-jil di Kolej Komuniti dan ILKA lain, bagi mengikuti Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang juga menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar lepasan SPM.

Menurutnya hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA boleh mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan, melalui Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 16 Mei dan keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun.

Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan mereka dianggap gagal.


   


Thursday, May 5, 2011

My Blog Has Been Sponsered By Celcom And CIMB


 Lately, some of my blogger friends has quick from nuffnang and go to adverlets but for me im still loyal with them so far. It has been 2 years now and Currently Celcom has sponsered my blog through nuffnang.As for Celcom, I am so happy because they like to put theirs ads to my blog. FYI, this is the first CTR or u all always called BE i get from nuffnang. As my token of appreciation for them i would like to promote their products as they become my sponser and my CTR increased up to RM2.2 [ hope that will increased more]... I would like to thank CIMB octo for become my sponsor too...Some of celcom products review i get from their website ..Do come to their websites  CELCOM

“Celcom will launch iPhone 4 in Malaysia in the coming months. iPhone 4 is the most innovative phone in the world, featuring Apple’s stunning Retina display, the highest resolution display ever built into a phone and FaceTime, which makes video calling a reality.”... I hope that celcom will launch the iPhone 5 too..

The perfect plan to impress.
iPhone 4 is now available on the best network with perfect plans for every personality. Sign up today and enjoy:
  • FREE data up to 6GB
  • FREE calls within network up to 6000 minutes
  • Low upfront payment
  • FREE Insurance coverage with i248 plan
  • FREE Extended Warranty for 24 months plan


   


i Love This Hackers - Ahh -- IM' so Gay~


I love him so much... he so natural... although it is fake or not... all his clips so cool... i love hackers... 
i am so gay to be a  hackers...Hackers rules... hahhahaha.... :P


 
Hack Papan tanda Lebuhraya

 
Tuka Skrin komputer Kawan

Maen Ngan Virtual Board

Lastly, play with cars

   


Wow I Jadi DaRA Balik Nokk~ Lelaki Tertipu~


KAHERAH: Ahli politik konservatif Mesir menyeru kerajaan mengharamkan pengimportan selaput dara tiruan buatan China bagi memalsukan status seseorang wanita.
Bernilai kira-kira RM105 setiap set, alat itu digunakan wanita yang tiada dara ‘memulihkan’ status mereka sebelum berkahwin.

Wakil Ikhwanul Muslimin, Sheikh Sayed Askar, turut menyeru ulama mengeluarkan fatwa mengharamkan penggunaan alat itu.
“Jika dibiarkan berada di pasaran, ia akan memalukan negara,” katanya semalam. - AP

P/s: walaupun da lama dah benda ni ramai lagi tak tahu nih... hahahha... berapa hengget laa satu ni..