Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Thursday, April 7, 2011

Malu sebab Bersalin


Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif.
Dier pun malu
macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu.
Pihak pengurusan bangunan
pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar.

Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan...
perkara biase jer nih."
Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak
mau, tak mau, saya malu."
Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun
lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"

Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung
bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"



JenaMa minyak wangi deym?? - amek ko


Ada sorang mamat tu masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan.

Sampai tingkat satu, tetiba je masuk sorang awek cun lagi bergaya lalu menyembur perfume ke tubuhnya."Ini perfume mahal tau..jenama Beverly Hills, RM400 sebotol," katanya angkuh. Bengang giler mamat tu.

Sampai tingkat tiga, masuk lak sorang mak datin juga menyembur perfume ke tubuhnya. "Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol tau," kat mak datin tu lagi angkuh berbanding awek cun tadi. Lagi lar menyampah giler mamat tu.

Sampai je tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan mamat tu sedia lar nak keluar dari lif. "Proootttt!!! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan "gas aslinya" dalam lif tu.

"Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji jer..,"kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua pompuan kerek yang mula termuntah dalam lif.




Cara Make UP terbaik 2011



Style Ranggi 2011~



KereTa Paling Murah 2011 - Jangan X percaya

 tengok muka muka gembira nih -- naek keta baru katakan 

 bawah tempat duduk ada sound system lagi

 dia nyer badan color2 meyh~
ranggi , bergaya dan unik ~ hahahha



AlaSan TerBaek Bila Kentut~ puhhhh


Orang Amerika kentut , depa kata "EXCUSE ME".

Orang Inggris kentut, depa kata "PARDON ME".

Orang Singapore kentut, depa kata "I ' M SORRY".

Kalo Orang Malaysia kentut, mesti kata "NOT ME!! NOT ME!!"
hehehehe.....



Wednesday, April 6, 2011

The 300th Follower of DDCzone~

hari ni 6 April  [perghhh --- baru 6 hari da ada 1371 pelawat --- korunk semua sporting ah ] - pecah perut kan gelak kat sini ---hahahhaha --- belum campur lagi pelawat yang bukan dari geng blogger ni --- memang terbaek lah --- saya masih lagi menunggu korunk my followers join kontest blog saya ni --- susah ooo nak bagi seratus free nih ---sambil sambil baca dan gelak ketawa boleh dengar radio di sidebar --- klik je ikon radio tu --- hahahahha --- opsss terlari dari topik lak --- ni nak citer --- sebab ramai yang masuk nak baca entry lucah hari ni --- tetiba pulak baru pasan follower da 300 org --- sikit je lah --- memang x aim follower pun blog ni --- tp saya sayang semua follower saya --- ada sampai susah ooo  nak cari semua link diaorg balik --- sesape saya x follow lagi sila link di post ini ---- hhhahah--- jom kita terjah sapekah pemilik kupon followers yang ke -300

>> purpl3h0lic <<


beliau merupakan seorang perempuan ( cehhh -- tengok gambar pun da tahu ) -- hahhaha --- sangat sukakan warna purple --- nama sebenar beliau ~ tun nur amalyn hayati --- perghhh nama dia --- mantap seyh --- beliau sangat comel --- inilah ucapan beliau mengenai diri beliau selepas ditemuramah di DDczone Tube-- seorang budak nakal yg agak degil + tp baek n caring  + syg kawan2 sy + syg ibu bapa dia + syg famely dia sngt3 + mahu berjaye dalam hidop dan di akhirat sane... Mengenai blog beliau plak --- simple pimple jep blognyer yang penting mesti ada kaler purple --- WAJIB!!!! --- Begitulah cer citenyer my follower yang ke-300 ...jom pergi blog dia --- tak sempat nak borak lagi ngan dia nih ... :P



Cerita Sex Man Ngan Siti [18sx] - budak2 jangan baca


Di suatu kawasan pedalaman di Pahang, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang janda yang masih muda, seksi dan cantik, namanya Siti.

Siti membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Siti terpaksa memilih salah seorang dari mereka.


Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Siti memilih si pondan, bernama Man untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. Man telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. Man kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si janda muda Siti ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si Man ni, Siti pun berkata kepada Man,

"Man, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah Man, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, Man tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Man pulang kerumah. Sampai ke rumah, didapati Siti sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran Tv.


Siti menghampiri Man perlahan....


"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Siti.
Man dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.

"Sekarang, buka kasut ku."
Man buat, perlahan sekali.



"Buka, setokin ku.."
Dia buat juga.



"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.

"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.



"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

Kemudian, Siti pun memandang Man, sambil berkata...












































"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."Hehehehe...apa yg engkorang pikir haaa?????????



Posisi Sex MakCik [18 xs ]


Seorang makcik tua 95 tahun bertanya pada doktor sakit puan.

Makcik: “Doktor, seusia saya begini posisi apa yang paling mudah untuk posisi seks ya?”
Doktor: “Paling sesuai ialah gaya anjing”
Makcik: “Menonggeng ke?”
Doktor: “Bukan…!! Dihidu-hidu saja



salah Parking pulak dah




WTF 1 - harga RM86,680.00!

Pemilik kereta : Abdul Malik Mohd Hussin

what the fish ????
what the f**k ????
what the fun ???
want to find ???

pilih2... hahahaha



Koleksi Cer Citer Pendek [part 2]

Citer 4
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........


Citer 5
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!



kisah 6
Seorang lelaki pergi ke klinik mata . Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang l ain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang.


kisah 7
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia tersenyum ingat orang sedang ambil gambarnya...



Koleksi Cer Citer Pendek [part1]


Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..


Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu .
 

budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Citer 3
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????



 


Tuesday, April 5, 2011

cer cite paling pendek - My mother


"Mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya. Bagaimana dengan emak awak ?" "Entah... ... saya pun tak pernah dengar emak saya menyebut nama awak depan saya!!"




Pelacur dan Nenek


Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.

Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur. Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: “Kenapa kamu berbaris di sini?”

Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan membahagi-bahagikan buah orange dan sebab itulah beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan. Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya. Dia berbaris di belakang.

Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya: “Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?”

Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu menjawab: “Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering.”




Terpotong Jari


Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula menangis.
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…




isteri sAYa dot dot dot...


Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

“Seberapa burukkah pendengarannya?” tanya doktor.

“Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya.”

“Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya.”

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, “Makan apa kita malam ini?” Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.

“Makan apa kita malam ini?” katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:
“Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!”