Update Paling Cepat Hanya di FaceBook
Monday, January 31, 2011
LawaK SeMan
Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.
Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.
“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.
Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.
“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.
Seman berdiri dan berkata, “Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.
KaLaU Dah Gila
Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.
Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"
Orang gila 2 : "Tahu apa?"
Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."
Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:
Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
Dokter : "Kenapa?"
Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."
Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."
Dokter : "???"
Bapa Yang KOoL
Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil.
"Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang siibu menangis. "Suruh dia datang sini!"
Si anak pun telepon le mat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kreta Ferrari merah berhenti didepan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah. Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.
Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan
untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah banglo dan wang tunis RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"
Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata,
"Kalau camtu hang cuba le lagi."
....hehehehe
LaGU SpongeBoB [ versi klate ]
NenekKu Ke NI??
Sarah berusia 63 tahun melahirkan seorang anak. Hasmah dan rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya dan ingin melihat anak Sarah sebab tidak percaya mengenai kabar yg tersebar di perkampungan tersebut. Ketika mereka ingin melihat anak Sarah, lalu Sarah bercakap:-
Sarah: Nanti dulu! (selang berapa minit kemudian.....)
Hasmah: kami nak lihat anak Sarah jer.
Sarah: Sekejap la! tolong faham sikit keadaan aku sekarang ni..
Hasmah: Bila kami boleh melihat anak Sarah?
Sarah: Bila dia menangis..
Hasmah: Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?
Sarah: Sebabnya aku lupa mana aku letak anak aku tadi..
Hasmah: Hmmm...
Friday, January 28, 2011
Cara TunjUK arah Untuk Ke Hospital
Suatu hari Meor nak ke hospital tetapi tidak tahu di mana letaknya hospital tersebut memandang beliau adalah seorang baru di daerah tersebut. Maka dengan berjalan kaki beliau teruskan pencarian sehingga berjumpa dengan seseorang ;
Meor : "Encik boleh tumpang tanya?"
Bob : "Bole apa salahnya, apa dia?"
Meor : "Hospital kat mana?"
Bob : "Oh senang saja.. Encik ikut arah ini, jalan terus hingga
jumpa simpang empat. Jangan belok mana-mana dan teruskan
jalan ikut jalan lurus hingga sekali lagi akan jumpa
simpang empat... Sama seperti tadi terus jalan lurus
tanpa henti dan kalau dilanggar kereta nanti, encik jumpa
ler hospital tu..."
Base on true story: Budak TerBang
Video tersebut menunjukkan, Perakam sedang membawa anjingnya bersiar. Setelah anjingnya tiba-tiba dalam keadaan gelisah, dia mengikuti anjingnya dan ternampak seorang kanak-kanak perempuan sedang terbang, disebelahnya ditemani seorang wanita kemungkinan ibu kanak-kanak tersebut. semasa anjingnya berbunyi, budak perempuan itu turun dan lari bersama ibunya. Source : youtube
Kalau BinaTanG Pun Ada Facebook
Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu.......
Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..
ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..
**** hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.
Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah
RePly Surat Cinta Isteri Part 1
Dear Ayang,
bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang nnti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..
cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..
nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang.. pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak.. sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.... bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...
pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer.. tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang.. nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit.. kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hospital..abang kene tanduk xpe..
jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu….
ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang
Surat Cinta Isteri Part 1
dear abang,
kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah.. kereta abang make up lawa-lawa.... tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri. kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada
kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR
ayang
Bos Ni PanDai Betul
"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
"Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras
"Dalam RM800" pekerja tu menjawap
Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN"
Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.
Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas,sure kene pecat!
Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"
Jawap si pekerja,"Owh, dia tu anto pizza".
Wednesday, January 26, 2011
New Facebook Profile Awsome
Aku terbaca dalam satu blog ni pasal profil facebook baru ni. Agak menarik jugak entry dia. Jadi, meh kita buat macammana dia ajar... style giler.. kredit to the author
1) Mula mula print screen korunk nyer facebook profile
2) Bukak potoshop atau paint
3) Guna Slice tool (atau Crop tool) dan pilih ah gambar mana korunk nak . kalau guna photoshop lagi senang korung boleh buat gambar tu kabur dan crop. kalau guna paint susah oo..
4) Crop mana yang patut ikut saiz kotak2 yang korunk print screen tadi
5) Upload kat facebook. Yang main profile yang besar korunk pilih. "make profile picture". yang lain-lain korunk tag nama korunk kat gambar korunk tu.
6) Pastikan korunk tag gambar lagi lima kotak tu satu persatu dan mulakan dengan gambar akhir sekali.
Kalau nak yang akan buatkan untuk korunk. Tau ah korunk memang malas nyer cuma kena upload gambar je sila ke web ini : profile-maker.com