Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Tuesday, June 14, 2011

Rayuan Ke IPTA Untuk Lepasan SPM Boleh Disemak Mulai Tengah Hari Ini


KUALA LUMPUR, 13 Jun -- Keputusan rayuan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan yang setaraf untuk sesi akademik 2011/2012 boleh disemak mulai tengah hari esok.  Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan di sini hari Isnin, berkata pemohon boleh berbuat demikian menerusi laman webnya di www.upu.mohe.gov.my atau pada laman web universiti yang dipohon.  Keputusan rayuan adalah muktamad dan rayuan calon dianggap gagal jika mereka tidak menerima sebarang tawaran rasmi sehingga 3 Julai ini, kata kenyataan itu.  Kementerian itu juga tidak melantik ejen atau wakil dalam pemilihan kes rayuan tersebut.  "Semua pengurusan berpusat adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dengan mengguna pakai dasar, kriteria pemilihan prosedur serta prosedur yang ditetapkan kementerian," kata kenyataan tersebut.  Untuk sebarang pertanyaan, pemohon diminta hubungi talian 03-88835858 dan 03-88835848.  Calon juga boleh menyemak keputusan rayuan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (No.KP) dan hantar ke 15888.




0 Rakyat DDCzone Berkata -kata: