Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Sunday, December 19, 2010

JoM BelaJaR BaHasa SaBah

Sekali lagi aku bawakan korunk bahasa Sabah pulak.. memandangkan bahasa sabah ni best untuk kita belajar bersama. Macam biasa aku amek semua ni dari blog org lain sebab aku bukan reti cakap sabah pun... hahahha.. jom ah kita belajar cakap sabah... menarik ah kalau dapat cakap sabah...

Perbendaharaan Kata
Penggunaan Bahasa Melayu Sabah banyak dipengaruh oleh penggunaan Bahasa Melayu Indonesia serta Brunei, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Inggeris dan terdapat juga pengaruh Cina Hakka. Beberapa contoh:

* bilang - cakap, berkata - Siapa bilang?
* cincai - tidak teratur - jangan buat karja(kerja) cincai
* limpang - baring
* limpas - lepas(masa), atau lintas (seberang)
* lugai-lugai - tak tentu arah
* lilipan - lipan
* ndak/inda - tidak
* ping - ais
* poncit - pancit
* semberana - sengaja
* sikang - sudu
* sigup - rokok
* sikul - sekolah
* aisboks - peti sejuk
* bubut - kejar
* palui - bodoh
* sot - gila
* ngam-ngam - sesuai
* silaka - Celaka
* mem - ibu
* bos - bapa
* jambu - jelita
* mangkali - berangkali
* diorang - mereka


Penggunaan Kata tambah -bah
Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah -bah yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah -bah mempunyai fungsi seperti berikut:

Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata

* Iya bah. - Iya, lah.

Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Boleh diganti dengan kata "saya mula bercakap" (bagaimanapun, penggunaan kata ini tidak diguna dalam Bahasa Melayu Piawai. Selalunya digunakan pada permulaan kata.

* Bah, pigi la kamu dulu - (Saya menjawab kamu) Pergilah kamu dulu.

Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".

* Bah. - Baiklah

Kata tambahan -bah adalah contoh jelas pengaruh bahasa Kadazandusun ke atas Bahasa Melayu Sabah.



Penggunaan "anu"
"anu" di dalam Bahasa Melayu piawai, bermaksud panggilan untuk orang ketiga. Biasanya perkataan ini digunakan untuk mengelakkan penggunaan nama sebenar. Contoh penggunaan Dia keluar dengan si"anu" semalam.. Bagaimanapun, perkataan "anu" dalam Bahasa Melayu Sabah mempunyai penggunaan yang luas.

Selain digunakan untuk merujuk kepada orang ketiga, "anu" juga digunakan untuk merujuk kepada barang. Contoh: "Kau sudah ambil itu anu?". Penggunaan anu biasanya merujuk kepada perkara yang diketahui oleh pembalas.

Pada kebiasaannya perkataan "anu" diguna untuk mengganti perkataan "apa" dalam Bahasa Melayu piawai.

"Anu" juga membawa maksud, aksi perbuatan. Kata ganti dalam Bahasa Melayu ialah "sudahkan" atau "buat".

Contoh: Macammana mau anu ni?. Jangan kasi anu tu!.


Penyampaian
Cara penyampaian Bahasa Melayu Sabah agak berbeza dengan Bahasa Melayu piawai. Ini dapat diperhati dari segi sebutan bagi huruf vokal(a,e,i,o,u) dalam perkataan Melayu piawai.

Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'i'

* pigi - pergi
* sijuk - sejuk
* bisuk - besok
* mimang - memang
* cilaka (silaka) - celaka

Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'a'

* kamarin - kelmarin
* paning - pening
* bali - beli
* karbau/krabau - kerbau
* tarap - terap(Sejenis buah-buahan di sabah)
* tambirang - Tembirang
* sanapang - 'senapang

Pertukaran 'o' (seperti 'e' dalam "botak") kepada sebutan 'u'

* bula - bola
* urang - orang
* buduh - bodoh
* munyit - monyet

Terdapat juga perkataan yang mengabai sama sekali sebutan huruf vokal.

* slipar - selipar
* krusi - kerusi
* triak - teriak'
* brani - berani
* tlefon - telefon
* skarang - sekarang


Penggunaan Berbeza
Terdapat juga perkataan Melayu yang jarang digunakan dalam Bahasa Melayu Piawai. Penggunaan perkataan-perkataan ini telah diganti dengan perkataan-perkataan lain.

Contohnya:

* Sia (saya) - Saya
* aku - saya
* kau - awak
* periuk - kuali
* celana - seluar
* piring - pinggan
* mengarti (mengerti) - faham
* Nda payah - tak perlu
* ta'usah (tak usah) - jangan
* munyit (monyet) - kera
* minta puji - berlagak (sombong)
* jandila (jendela) - tingkap

Terdapat juga perkataan yang membawa maksud yang berlainan sekali.

* tapuk - sorok
* biasa - nakal


Kesimpulan
Disebabkan oleh penggunaan kata yang tidak jauh berbeza daripada Bahasa Melayu Piawai, agak mudah untuk membiasakan diri dengan penggunaan Bahasa Melayu Sabah.
Walaupun Bahasa Melayu baku adalah bahasa rasmi Sabah, Malaysia, namun secara umumnya Bahasa Melayu Sabah merupakan bahasa komunikasi yang utama di negeri Sabah.


OTHERS:

1. tuuuna/ saaaana - points with the lips - (there-- at a distance)(the longer the 'tuuuuuuuuuuuuuuna / saaaaaaaaaaaaaana' the further the place is.)
2. limpas (to pass/walk by - Maaf, saya limpas dulu? Euse me, can I passby?
3. palui (stupid, duh!)
4. tapuk (to hide)
5. bida (ugly)
6. bubut (as in proper malay- "kejar", to chase)
7. sakai (ignorant, uncivilized, "hoosier")
8. andang-andang (that's how it is)
9. sapak (kasi campur/gaul --utk masakan-to mix as in cooking)
10. inda/tia (short form of "tidak" - not, no)
11. wicin (another brand of msg as in "aji-no- moto" - a seasoning or food enhancer)
12. talampau (proper malay - "terlampau"- too much)
13. takajut (proper malay - "terkejut" - shocked, startled)
14. siorang (proper malay -"kami"/ "saya-orang" - us, we)
15. ngam-ngam (proper malay "kebetulan" - et, at that time)
16. mangkali (proper malay "barangkali" - maybe, perhaps)
17. kamarin (proper malay "kelmarin" - yesterday)
18. kanapa (proper malay "kenapa" - why)
19. gia (___expression - "is it?")
20. bah (___expression - "ok!")
21. ah? (question, "Apa?" What?)
22. kici/kicil (proper malay "kecil" - small)
23. basar (proper malay "besar" - big, huge)
24. siok (___expression/description, proper malay "seronok" - enjoyable, great, etc-)
25. urang ("orang" - people; sometimes used "diurang" - them, they)
26. karing ("kering" - dry)
27. umban ("humban, lempar" - throw)
28. kana ("kena"- got ie--"kena umban" --got thrown)
29. padih ("pedih" - as in "Mata saya padih/pedih!" - My eyes stings, painful)
30. numbur ("nombor" - number)
31. gali ("geli" as in squeemish about something, or "gali"--gali lubang as in Dig a hole.)
32. dorang ("dia orang/diurang" - them, they - Dorang pigi tamu. They went to the market.)
33. panat ("penat" - tired)
34. katawa ("ketawa" - laugh, laughing)
35. lanjang (a.k.a. "periuk /belanga " - pots/pans)
36. putung ("potong" - cut, slice)
37. Buduh ("bodoh" - stupid)
38. tongo/bongo ("stupido" - same as above )
39. kabaru-baruan ("kebaru-baruan"- new to something)
40. giuk (proper malay "ulat"- worm)
41. Sikui (Tembikai - watermelon)
42. Santut (Underwear)
43. celana/salana (Seluar)
44. gipit (to grip...)
45. kanapatan/kadapatan (caught red handed.. or as the malays in kl say..'kantoi')
46. kebangkalan (choked while eating..proper malay = 'tersedak')
47. ketulahan (bad karma)
48. bahai (plastic bag)
49. uinnaaa! (used to express various feelings, mostly when surprised..)
50. ging (derived from the word gang.. means kawan/member)



Mari Tengok Penggunaan "BAH" yang betul.

Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah "-bah" yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah "- bah"mempunyai fungsi seperti berikut:

1) Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata Contoh ayat:
Iya bah = Iya lah

2) Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan.Selalunya digunakan pada permulaan kata. Contoh ayat:
Bah, pigi la kamu dulu = Kamu pergilah dulu.

3) Memberi maksud sudah, atau penghabis kata.

BM Sabah.

Mak: "Boy, nanti ko pigi beli beras sana kedai ah."
Boy: "Bah."

BM piawai:

Mak: "Boy, nanti pergi beli beras di kedai."
Boy: "Baiklah"

4) Untuk menegur atau menyapa orang. Lazimnya org sabah akan menyebut "Bah" bila berselisih dengan orang yang dikenali untuk tujuan menyapa mesra orang tersebut secara ringkas.

Contoh ayat:

Orang yg menegur: "Bah..." Sambil senyum, angguk kepala atau angkat tangan Orang yg ditegur: " Bah..." Sambil senyum, angguk kepala atau angkat tangan

Perbualan biasa:

1."aku lapar sudah bah ni" = "Saya dah lapar ni"
2."sejuk bah ni air..." = "Sejuknya air ni.."
3."awal lagi bah ni" = "Awal lagi ni...."

PENYALAHGUNAAN "BAH"

Masyarakat sabah memang sinonim dgn perkataan "BAH" yang begitu unik.

Tetapi perkataan "BAH" ini sering disalah gunakan oleh masyarakat selain Sabah. Mari kita menghayati dan renungi penyalahgunaan "BAH" dalam ayat-ayat ini:

1. "apa kabar bah?"

2. "suda makan ka bah?"
3. "bila balik bah?"
4. "boleh jumpa ka bah?"

Sepatutnya perkataan "bah" di atas tidak perlu digunakan
Oleh Itu Marilah Bersama-sama Menggunakan Bahasa Sabah Dengan Betul




Saturday, December 18, 2010

Letak Jawatan sebagai JKM Kolej 10

Sekarang secara rasminya aku telah berhenti jadi JKM Kolej 10 dengan status Ex-Setiausaha yang paling rajin agi kat kolej... kalau kat kolej banyak benda ah kena buat... Kerja aku yang paling penting buat surat ngan datang mesyuarat JKM.. kalau x datang ... x bergerak ah mesyuarat tu... Kalau diikutkan banyak juga yang aku buat untuk Kolej 10 ni... Hari tu diaorg komplen pasal bas tak masuk kolej.. so aku gi lah settlekan semua tu.. siap gado agi ngan dak kolej pempuan Kolej 9.. hahaha... tergelak lak bila teringat masa tu... pastu isu air.. aku ah yang rajin call pengetua, pak guard, abg hema tu.. last skali kena handle Facebook Kolej 10 tu pasal air xde...
 

Pastu nak citer pasal elektrik tempat row aku tu plak... adoii.. 10 kali kena tendang... tension pun ada... punya ah ngomel dak2 row aku... tambah-tambah sok nak exam pulak...lagi berang ah bebudak ni...aku jugak msj pengetua, call pak guard ngan abg hema.. kalau diaorg simpan no phone aku bukan maen banyak agi... haahha...lagi satu pasal Wifi .. aku da mintak kat MPM tambah AP ( access Point ) kat setiap row... lama betul kena tunggu sebab dia pasang kolej lain dulu.. sems depan baru boleh guna kot... aku da nak bla baru nak pasang... kecewa gak.. tapi tak kisah ah benda tu..janji keje settle..
Kalau korunk nak tau selama ni aku x penah kunci pintu kalau tido ke , gi tandas ke, sebab aku tampal benda ni ah kat pintu bilik.. diaorg mesti takut nak masuk bilik aku... hahaha...rindu pulak kat bilik aku... da ah bilik aku best... single besar... bilik dua org jadi sorang.. mana tak best.. aku tengok jiran aku bersempit jek bilik sama besar ngan aku tapi duk dua orang... nasib baik juga ah aku xde semester depan sebab dia nak jadikan balik bilik mcm aku tu bilik dua orang... perghh.. seb baek da kuar awal2...
ni ah bilik aku... ramai gak jeles aku dapat bilik ni da ah ada dua meja... dua almari... wifi ada tv ada... Bilik aku ni ah markas bebudak junior datang merembat makanan kat bilik aku ni... al maklum aku ni kan pemurah... asyik belanja org makan jep.. pasni korunk xde ah dapat makanan dari bilik ni lagi... tah sape lah yang dapat bilik aku ni plak sems depan... waaa... touching ah mcm ni... rindu bilek aku.... malam2 kitaorg tengok wayang dengan speaaker murah aku tu.... bergegar bilik... terbaek tak pun tengok tv jep kat bilik aku...
 ni ah kondisi masa bilik aku bersepah-sepah.... kalau time exam ngan ada program kena handle maka bersepah sepah ah bilik ni.. malas nak kemaskan... kalau bibik basuh tandas tu lalu nak jep aku suruh dia kemaskan bilik aku masa tu... hahaha...
hahaha... bilik aku bukan setakat tempat tengok movie jep ... ni atas ni nama dia ayub.. masa ni sempat agi bilik aku ni dijadikan bilik untuk photoshoot raya haji... hahaha... kenangan beb~..tengok tu siap de makanan agi... ngee..bilik aku ni memang penuh ngan makanan ah..kalau sehari xde macam pelik jep...tul x jiran?... haha...

 Ni ah jiran sebelah menyebelah yang selalu menghabeskan makanan kat bilek aku.. hahaha...pas ni korunk tak jumpa aku dah... adoii... rindu lak aku nak datang bilik korunk sems depan... touching ah camni... waa!!!!... semester lagi satu tak tau lah dapat kolej mana pulak.. adoii... kolej ni da la hot... sekejap je penuh... sape jiran aku semester satu lagi memang ah naseb baek... untung woo... btw... gonna miss all my friends yang slalu hang out kat bilik aku selama ni terutamanya jiran seblah-- jaga speaker aku tu.. ayub, fariq, shidie,napi, pok jat, piso, lah,  mak anis, mat, badang, pok din, akmal, hazwan, robin, akim ammar dan semua yang tak ditag di sini... hahahha...


JoM BelaJaR LoGhat Johor


Sebenar nyer ni aku amek dari blog orang laen ni....Kongsi ilmu takpe kan... hahhaa... Memandangkan UTM kat Johor.... jom blaja loghat Joho...Umum sudah tahu, orang Johor ni memang peramah belaka dan sebab tu lah kalau sebut jer orang Johor mesti dia ni.... (1) kuat sembang, (2) kecoh sikit, (3) riuh rendah, (4) senang dapat kawan dan (5) tak memilih kawan...

Orang Johor sendiri tak akan sebut JOHORRRR.. sebalik JOHO jer... sebab penggunaan huruf R memang tidak ditekankan dan sebutan mereka... Lain plak ceritanya mcm org T'ganu yang terlebih menggunakan huruf G dalam sebutan mereka....
Mari kita dekati beberapa perkataan Bahasa Melayu loghat Johor yang kadang-kala pelik bila kita dengar... 

1. Pegang (disebut pigang atau "pegang" - huruf E seperti menyebut enak")
2. Tarik (disebut terik)
3. Rumah (disebut ngumah)
4. Orang (disebut owang)
5. Cuci (orang Johor jarang sebut cuci tetapi basuh)
6. Almari (dipanggil gerobok atau gobok)
7. Selimut (dipanggil gebar, huruf E seperti menyebut emak)
8. Periuk (priuk atau piuk)
9. Suami (laki)
10. Isteri (bini)
11. Tandas (jamban)
12. Lucu (kelaka)
13. Gelak (ketawa)
14. Bersalin (beranak)
15. Berkhatan (bersunat)
16. Malu (segan)

Ini hanya sekadar contoh dan banyak lagi perkataan yang boleh ditemui jika bersembang dengan orang-orang Johor... Penggunaan bunyi "er" dalam setiap hujung suku kata "aaa" memang semua sudah maklum... Orang Johor tak guna bahasa Baku... Ada juga suka kata akhir perkataan dibunyikan "oo" atau huruf O... Dan ini contoh2 nya...
1. saya (saye)
2. puasa (puase)
3. raya (raye)
4. gembira (gembire)
5. belajar (belajo)
6. pagar (pago)
7. damar (damo)
8. pelantar (pelanto)

Itu tak termasuk plak dengan tambahan bunyi "ekk..." dalam perbualan orang-orang Johor.... Perkataan "ekk..." lazimnya menggambarkan sesuatu keadaan yang terlalu atau paling... seperti ayat-ayat ini.
1. Rumah dia jauh betul ekkk..??
2. Cantik ekkk... bandar Joho skarang ??
3. Dia bodoh betul ekk..??


Tu ah serba sedikit mengenai loghat yang dicopy dari satu blog tu...kalau salah tolong komen dan betulkan eh... hahhaa... peace



Friday, December 17, 2010

KeNa Gi KurSus Plakkk!!!...

Sebenarnya aku tak tahu pun kewujudan poster ni... ingatkan xde poster pape pun... so cuti yang lepas aku melepak ngan kursus ni memandangkan xde keje nak buat kat rumah... so boring2 g ah kursus... daripada menghabeskan beras kat rumah kan... lebih baek aku g kursus ni... FYI poster ni aku cilok kat blog member kursus aku Yat ( nama sebenar dirahsiakan) ... hahahha...
Ni lah tempat tinggal kitaorg ... mcm sekolah kan?!!
bilik ni sepatutnya 2 org jep -- sesak ooo...
Sebenarnya pe faedah aku  masuk program ni?... korunk mesti x tau kan sebab pe aku masuk program ni.. program ni banyak faedah yang sememangnya korunk tak taw… faedah yang paling menguntungkan adalah korunk boleh dapat geran kerajaan sebanyak rm200 ribu.. untuk berniaga jep… t kalau sesak2 ke kalau da menganggur ke… boleh ah masuk niaga pulak.
aku bersama roomate aku ~ halim ngan hadi ( semua ada abdul kat depan... hahaha... 3 abdul)
Kitaorg  masuk program ni selama 5 hari .. kat D’village Melaka… tiap2 hari adalah ceramah-ceramah… ada yang best ada yang mengantuk…. Overall okey ah… xde ah yang sampai boleh tido.. banyak benda dia ajar mengenai bidang keusahawanan ni.. tadi baru jep aku terserempak ngan budak UniKL kat alamanda … niaga barang IKS… ada  pertandingan seluruh Universiti.. Hadiah dia RM10 ribu.. best… menarik giler.. diaorg jual time launch hour… tah boleh laku ke tak tu… hahahha…
yang baju putih ni aku suka dia... tapi x sempat nak minta no phone... hahahha
huh?... nak bukak syarikat sems depan?...

asal ada pisang?... hahahha...kitaorg cilok pisang kat cafe- kat sini gula ngan kremer amat berharga.... sekejap je da hilang semua

Berbalik kepada kursus ni… kitaorg x sempat nak kuar ke mana2 sebab dijaga bagai menatang minyak yang penuh… hahaha… betul lak peribahasa aku ni… kalah karam singh walia tu… ada laa hari pertama ada dak buat hal keluar.. mengamuk  penjaga kitaorg tu… tapi ada satu masa tu diaorg bagi keluar riadah… aku ngan roommate aku pe lagi mengambil kesempatan melarikan diri men”snap” gambar di sekitar kawasan D’Village tu… seb baek diaorg x perasan kitaorg menghilang… hahaha…
snap-snap
Masa melarikan diri dari fasilitator
kat sini pun boleh lah nak snap....
ni jalan belakang zoo...  bukan pintu depan ah...
papan tanda ni pun keroh jugak... hahhaa..

hahaha... kamera aku pun boleh tangkap gambar lompat gak...

Roomate aku ngan aku sekali secara automatiknya mempunyai hubungan sulit ngan beberapa fasilitator kitaorg… sebab tu kitaorg mendapat layanan agak okey laa… hahahha…kitaorg punya aktiviti habes jep sampai 10.30 malam… kira okey ah… malam2 jep… roommate aku ajak maen Catur bistari… korunk taw x pe catur bistari tu… kira mcm jutaria ngan monopoly gak ah… Cuma duit diaorg sampai  billion2… sebenarnya bukan nak maen sangat pun…  kira2 dapat lawan ngan perempuan2… sambil2 boleh berkenalan bagus gak….xde laaa rugi datang kursus ni…maen punya maen sampai ah kul 1 pagi…sok lak da mula mengantuk ah masuk dewan balik dengar ceramah.

diaorg ni maen jongkang-jongket - ni nak amek ati nih... hahaha
yang belakang sekali tu pun fasi gak... ajak maen nak bodek jep... hahaha

yang ketiga ni... aku selalu minta tolong dari dia... dia terbaek... nama khalilah... she introduce me to this seminar...

Ni ah catur bistari yang diaorg maen sampai kul 1 pagi tu

Catur bistari ni ada pertandingan juga taw… sape menang leh dapat kereta…  berbaloi gak… sape jaga bank pun dapat elaun ngan baucer KFC… terbaek…. Kalau korunk nak taw pasal pertandingan tu sila rujuk biro keusahawanan UTM ataupun hubungi En.Ishak HEMA pas office hour… Bilik kitaorg kat sana xde ah besa sangat … sepatutnya 2 org jadi tiga org satu bilik .. btw okey ah duk dalam bilik …x duduk dalam khemah… hahaha…Aku nyer roommate nyer trademark ~Buebelle~…ni  nama satu syarikat spa yang bagi ceramah hari tu… tah mcmmana tah leh lekat nama ni… ~Buebelle~.. ada jugak Datuk  TNC  datang bagi talk ngan Lan A to Z… datang pasal lelong.com … promote barang diaorg kat kitaorg ngan bagi tips2 mengenai usahawan ni..pas habis talk dia siap nyanyi lagi... adoii...
 
ni Lan A to Z -- bicara lelong.com
ni ah cik puan nureen SPA "buebelle"~ our trademark ... kitaorg da mcm duta dia lak... haha
bersama yat menunjuk baucer spa yang kitaorg dapat..
ni bincang pasal bisness planning
bersama Datuk TNC ... bicara pasal personaliti
Hari last paling mencabar ngan best… da laa hujan kat MITC … kitaorg kena jual barang kat org luar…punya ah macam2 barang kena jual… group aku dapat barang secret garden… group lain ade sampai dapat ubat kuat, minyak kereta, makanan, dan mcm-mcm lagi… hahhaa… makjun gamat emas tu ah nama ubat tu… hahaha… diaorg kena jual barang-barang tu…last skali kena present… Untuk pengetahuan korunk program ni banyak bantu korunk dalam bisness.. kalau korunk Nampak poster ni lagi… jangan lupa ah nak masuk… tak rugi pun… kalau dapat geran kerajaan tu… korunk juga untung… Tu je ah aku mengarut2 kat sini… sape x reti baca ayat aku jangan nak mengomel okey… hahaha… btw thankx sebab baca… korunk terbaek… :P
ni ah masa sebelum bertolak nak mula niaga kat MITC
Group kitaorg S&D Technologies
Ni diaorg tengok demo tuk promote barang....
xde ah sebenarnya diaorg basking tuk tarik pelanggan..

yang kat sana tu buat2 kecoh... so pelanggan datang ah...
Banyak pengalaman yang kitaorg dapat masa pergi kursus ni... antaranya mcmmana nak uruskan kewangan... pengalaman CEO2 syarikat yang baru dan lama dan banyak lagi lah knowledge2 yang baru kitaorg dapat...kalau ada lagi nak pergi lagi lah program mcm ni... hahha... :P