Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Saturday, December 25, 2010

MenJaWab SoKLan TeMu & Duga dan beberapa example


 Ni semua aku cilok dari beberapa sumber... Bagus jugak kalau korunk dapat tahu benda2 ni.. maklumlah korunk bukan tahu pun temuduga tu mcmmana... mesti gelabah nyer...papepun... harap korunk berjayalah... kalau berjaya jangan lupa sape bagi tips cilok ni.. rahim pandai... hahaha... :P chill~

 Q:Awak takder pengalaman nie, sy nak carik org yg berpengalaman sahaja, so macam mana nie, awak fresh grad?
A: Maafkan sy encik, saya sekadar ingin memberi pendapat. Memang fresh grad tiada pengalaman kerja tetapi org2 yg baru grad nie mempunyai keinginian, obses terhadap task yang akan diberikan sbb diorang baru start kerja, jadi perasaan tue membuak2 untuk memastikan setiap task dpt deliver dgn cepat dan tepat. Tambahan pula, fresh grad nie ilmu mereka masih lagi segar dengan apa yg dipelajari masa zaman universiti dan fresh grad juga banyak dilengkapi dengan teknologi2 terkini. Di sini gabungan antara fresh grad dan org yg dah experience boleh meningkatkan mutu kualiti kerja syarikat encik. Mungkin org yg dah ada pengalaman mereka tahu software ABC version 1, tp sy tahu version 3, dan banyak updates2 software tersebut penting dalam perniagaan encik yg sy kaji dalam website telah menggunakan teknologi terkini yg ada dalam software version 3. Tambahan pula fresh grad nie, tenaganya masih kuat, boleh buat kerja lebih 12 jam dan kurang komitmen sbb masih bujang. Lagipun, kalau semua syarikat nak ambik org yg ada pengalaman, di mana kami org baru nie nak mula timba pengalaman kalau tidak bermula di syarikat encik yg mempunyai ramai pakar yang boleh train kami (tips : jangan banned org experienced dan make sure kaji dulu apa syarikat nie buat utk dijadikan modal jawapan)

Q: Gaji yang awak mintak nie tinggi sangat, kami expect RM2500 jer, awak mintak RM3000. Boleh ker kalau kami tawar RM2500? 
A:Oke encik, sy buat masa ini saya boleh terima tawaran encik itu, tetapi jika diberikan peluang semasa sesi penilaian untuk confirmation, sy mintak encik kaji dahulu prestasi sy, kalau encik rasa output yg hasilkan itu bernilai melebihi nilai RM2500, sy mintak encik pertimbangkan. Tetapi kalau encik rasa output yg sy hasilkan itu bernilai RM2300, maka selayaknya itulah gaji saya. Dengan pengalaman saya selama 2 tahun nie insya allah sy akan beri lebih daripada apa yg syarikat harapkan kerana itulah juga harapan syarikat mengambil sy bekerja di sini. (Tips:kat sini ada main tarik tali sikit dgn penemuduga tue, jawapan ini hanya sesuai jika si penemuduga tue adalah bakal bos kita, mcm mana nak tau main tarik tali sikit dgn penemuduga tue utk kita pancing dia dari dept mana)

Pointer awk nie 2.50 jerr, kami nak yang 3.00 jerr 
A: Yerr, mmg pointer sy hanya 2.50, tetapi cuba encik tgk transkrip sy, sy bermula dgn pointer 1.80, sy berjaya grad dgn 2.50 dan jika encik lihat setiap semester, graf sy meningkat naik. Encik prefer yg mana, semester pertama 3.90 tetapi akhirnya grad dgn pointer 3.0 atau org mcm saya? Lagipun, jika encik lihat trend kenaikan pointer sy dipengaruhi oleh subjek yg sy ambil. Semakin hujung semester semakin banyak subjek yg berkaitan dgn kelulusan sy, jadik sy banyak skor dlm bidang kelulusan sy berbanding semester2 awal banyak sy tak skor subjek2 asas, mcm maths, sejarah, dsb. Lagipun sy rasa masa kita belajar, 'perhubungan' cuma antara pelajar dan buku/kertas exam. Bila kerja kita kene get long dgn org sekeliling kita. Kalau seorang pekerja yg dpt 4.0 sekalipun kalau bossnya suruh 10 kali buat kerja tp tetap xnak buat, tetapi seorang lg pekerja walaupun pointer 2.0 tp belum boss suruh dia sudah buat. Kerja apa sekalipun adalah perhubungan antara kita dan org sekeliling yg mempunyai hati dan perasaan. Belajar hanyalah deal dgn buku dimana kalau kita dapat transferkan apa yg ada dalam buku ke dalam kertas jawapan peperiksaan mmg dia akan berjaya. Tetapi environment kerja adalah berlainan sama sekali dimana pekerja perlulah ada 'kuasa' untuk menjadikan harapan bossnya menjadi kenyataan sama ada dr segi sales, research,dsb. Kelulusan hanyalah tiket untuk memasuki alam pekerjaan. Bila dah kerja sy rasa encik setuju environment nya 100% berlainan. Orang tanpa kelulusan pun boleh berjaya seperti Boon Siew Honda, Tans Sri Syed Mokhtar al-bukhary (Tips: Time nak jawab soalan jenis ini perlulah konfiden 200%, dan make sure carik fakta siapa lg yg belajar fail tp kerja bagus)

Q: Pengalaman awak takder kene mengena lah dengan skop kerja yg sy nak pilih nie
 A: Oke encik memang jika diberikan peluang mmg sy berhasrat sy utk mendapatkan kerja skop yg berlainan tetapi masih dalam bidang yg sama. Sy perlukan sebulan untuk belajar perkara baru tersebut dan selepas sebulan sy akan buat suatu report tentang apa yg telah sy pelajari dlm arena baru ini. Jika saya tak capai apa yg saya buat saya sanggup tanggung risiko untuk diberhentikan kerja. Gabungan antara pengalaman sy dahulu dan skop kerja yg baru ini insya allah akan membantu sales, teknologi baru yg akan dibangunkan oleh syarikat ini. (Tips : yg nie lg kene konfiden 300%)

  1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?
  2. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
  3. Cerita sedikit tentang diri anda.
  4. Apakah yang dapat memotivasikan anda?
  5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
  6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
  7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
  8. Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-orang bawahannya.
  9. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
  10. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
  11. Mengapakah patut kami memilih anda?
  12. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
  13. Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.
  14. Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
  15. Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.
  16. Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.
  17. Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa?
  18. Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda?
  19. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
  20. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
  21. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
  22. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
  23. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
  24. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
  25. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
  26. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
  27. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
  28. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
  29. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
  30. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.
 


1 Rakyat DDCzone Berkata -kata:

jiha said...

panjagnye.. tp bgus.. :)