Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Friday, April 10, 2009

DRAGON EGG





cute kn mouse kt ni??..hehehe..br beli smlm kat lowyat..

post by kitty


Dunia ini hanya sementara......

Assalamualikum....
Nie merupakan post yg ketiga aku hantar... Sbenarnya aku nk ucap terima kasih kat admin @ yang buat blog nie sbb dia dah wat aku jd minat untuk menulis kat blog.... Ye la sblum ni aku ada gak blog sendiri tp xdupdate(xlarat nk update)... Tiba2 bila admin buat blog DDC dan pastu rmai plak yg view, minat tu dtg balik...Tq la pd admin dan kwn2 dia yg bantu wat blog nie...
Smalam aku ada terbaca kat shoutbox nie yag kate aku nie mcm2 bgus2... Aku pun xnk komen apa2 sbbnya bg aku setiap org ada macam2 perangai... Ada yang suka dan ada yang xsuka... Tp aku rs xsemua yg tak suka bila aku tulis bab2 agama kat dalam blog nie... Bg aku sekurang2nya ada gak pengisian rohani untuk yg muslim. Lg satu biarla blog nie nmpak variasi skit. Ada post pasal persatuan, pasal diri sendiri, pasal kelas n lain2... Betul x? nie pandangan aku la... Xtau la pandangan kwn2 yang lain... Jd aku harap kwn boleh kritik apa yang aku tulis atau ada yang nk berkongsi idea pasal apa2 sahaja untuk sama2 kita berkongsi ilmu dan pandangan...:)

okla sebenrnya kali nie aku nk post pasal Satu Firman Allah S.W.T. dalam Al-Quran ayat 64 yg bermaksud:

"Kehidupan dunia ini adalah ibarat hiburan dan permainan semata-mata. Kehidupan akhiratlah yang sejati (sebenar-benarnya) kalaulah mereka mengetahui."


Ada orang yang hanya memikirkan hidup saja dan segalanyanya untuk mencari wang dan kekayaan, sehingga lupakan kampung akhirat. Padahal hidup didunia nie hanya sementara saja. Maka seolah-olah hidup di dunia sebagai bermain dan bersenda gurau dalam sedikit waktu, sedang hidup yang sebenarnya ialah di kampung akhirat kerana di sanalah tempat tinggal yang kekal selama-lamanya. Sebab itu perlulah setiap org menyediakan persedian dan bekalan, untuk kampung yang kekal itu iaitu dengan beramal soleh dan membuat kebaikan kepada manusia serta mengajak manusia kepada kemakrufan dan mencegah mereka dari kemungkaran... Oleh itu jgn la disebabkan dunia kt bergaduh sesama manusia, oleh kerana dunia kita lupa kewajipan kepada ibadah kita, oleh kerana dunia kita lupa tanggungjawab kita pada agama. Oleh kerana dunia kita lupa halal dan haram... InsyaAllah dengan kita membaca terjemahan ayat nie mudah2han ada perubahan di dalam diri kita...Jgnlah kita terlalu asyik mengejar dunia sedangkan bagi Allah dunia hanyalah permainan semata-mata... So fikir-fikirkanlah...
posted by: guest313


Thursday, April 9, 2009

Bertemu kembali.....

Assalamualaikum... Buat kali keduannya kt bertemu lagi... Kt sini aku saja nak bg sdikit perkongsian kpd rakan-rakan... Bukan hendak tuju kpd sesiapa atau nak tunjuk pandai, cuma ingin berkongsi ilmu yg cetek nie...Lg pun aku pun xtau nk tulis ape kat blog nie..:) Cb kita renungkan firman Allah dlm Al-Quran ayat 134 Surah Ali-Imran yang bermaksud...

"(Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya sewaktu senang (berada) atau dalam keadaan sempit (susah), menahan kemarahannya, dan suka memaafkan kesalahan orang. Dan Allah suka orang yang berbuat baik"

Maksud firman Allah diatas menerangkan ciri-ciri org yang bertakwa iaitu:

1.Menafkahkan hartanya sewaktu senang atau susah.
2.Menahan kemarahannya.
3. Suka memaafkan kesalahan orang lain

So, marilah sama-sama kita berfikir sejenak, merenung kembali adakah kt mempunyai ciri2 seperti di atas dan sekirannya ada Alhamdulillah dan harap dikekalkan.....so, fikir2kan lah........ posted by : guest313




Sekadar perkongsian......


Mungkin kerana kita leka, sekali pena terlepas dari genggaman tangan,ucapan'opps' mendahului 'YA ALLAH',
bila perut kenyang 'kenyangnya' mengatasi 'ALHAMDULILLAH',
bila diri terpegun oleh keindahan alam, 'SUBHANALLAH' tertutup oleh 'cantiknya,
bila dikunjung berita malang, 'kasihannya' terucap kerana kita lupa 'INNALILLAH',
kadangkala kita lupa kerana terbiasa,
tapi ingatlah agar bila IZRAEL mendekati kita, biarlah ucapan 'LAILAHAILLAH' menjadi juara mengatasi segalanya....
Anggap lah nie satu perkongsian ilmu dan peringatan kepada yang muslim.. Yg menulis nie pun kadang2 buat juga apa yg ditulis tu....
Sama2 kt fikirkan dan amalkanya..............................

posted by : guest313


FYCOMS Pics Gallery~

pnjage =) ~



Jiran sblh booth



mkn x ajak..



adeyhh~sp la jejaka terhangat tetbe nyelit dpn niee..




aksi romantis di booth~



jenglot kantoi di situ~


pch prot asyk gelak je 1 booth ngn pelawak ni~



minat sgt nk pndrv 2..haha


4 gadis ayu~



post by kitty

p/s:web kate nk post psl fycoms xpost2 pon..nk pic2 nnt amik la kat kt..byk lg pic..ni kt naekkn ckit je..haha


Wednesday, April 8, 2009

SuRaT UnTuK SaPe YG G J2EE

surat nie telah dihantar oleh saudara ikhwan kepada semua pelajar yang mengambil kursus j2ee MDEC sila tekan link ini ----> MDEC LETTER

posted by : Admin


Tuesday, April 7, 2009

sapekah GUEST?!!!

no komen...ade 3 bende je aku nk ckap....

  1. apsal ler bsuk sgt ati tue...ade ktorang wat slah ngan ko ker??
  2. ktorang x bajet ktorang bgus pon...projek 2 pon ktorang wat nk x nk je klau ko nk tau...
  3. stakat lpak shoutbox ktuk2 baek xyah...pastuh guna nama guest...brani talk dpan2 ar..




Post by: Jenglot™


Sunday, April 5, 2009

Kedudukan Org Yang Meninggalkan Solat

Assalamualaikum kwn2...

hope korang sudi la baca blog ni..untuk renungan kita bersama. aku tgok blok ni hanya entertainment je, xde pun islamic sikit..bukanla nk tunjuk baik, just lebih elok kita saling ingat-mengingati sesama Islam...Insya-Allah..
kat sini aku nk cerita tentang 1 perkara ni yg amat penting dalam kehidupan kita..iaitu SOLAT 5 WAKTU...korang pernah terfikir x, kita sanggup buat bnda2 x berfaedah selama berjam2, tp solat yg hanya mngambil masa hanya 5-10 minit, kita susah nk buat...betul x?
ini semua atas pilihan kita sendiri...tp solat mmg penting dlm hidup kita sbg seorang Islam..
okla, kt bwh ni aku nk crite tntang kedudukan seseorang yang tidak solat...

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A.S. Begini kisahnya...
pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. " Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.
Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah..

Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi... Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam..

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak gamakkan?

tapi..lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu." jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan Kelak.


Renungkanlah...

wassalam...

post by : Hamba Allah


Saturday, April 4, 2009

Jenis Hukuman Buat Wanita Di Akhirat...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Ambilkan kisah ini untuk dijadikan pengajaran bagi kaum hawa untuk menjadi titik tolak sebagai seorang muslimah yang berdiri teguh pada agama Islam InsyaALLAH...

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis maka dia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Baginda menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan. Aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti bab* dan badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnyasementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya kerana dia shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.
*Perempuan yang kepalanya seperti bab* dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan

Sabda Rasulullah s.a.w : Sampaikanlah ilmu dan peringatan walaupun satu ayat...

semoga dengan peringatan ini kita terlepas daripada pertanyaan oleh ALLAH S.A.W pada hari Akhirat kelak.. InsyaALLAH...

post by : Ajiebon..




Ajiebon.. : by POST <>