Update Paling Cepat Hanya di FaceBook

Selamat Datang Ke DDCzone .. Blog Yg Update Setiap Hari.. Kalau nak tengok TV 1,2,3,7,8..Klik Gambar Chatroom tu p/s: minta JANGAN LUPA LIHAT DAN KLIK IKLAN PENAJA DDCzone. Banyak benda Menarik dari penaja kami. Iklan kat Sidebar tuh... Terima kasih..Hurmm... Sesaper nak Ping Blog boleh ke Group FB DUNIA BLOGGER..sila klik dan ping blog anda disana ok... Tq

Wednesday, April 8, 2009

SuRaT UnTuK SaPe YG G J2EE

surat nie telah dihantar oleh saudara ikhwan kepada semua pelajar yang mengambil kursus j2ee MDEC sila tekan link ini ----> MDEC LETTER

posted by : Admin


Tuesday, April 7, 2009

sapekah GUEST?!!!

no komen...ade 3 bende je aku nk ckap....

  1. apsal ler bsuk sgt ati tue...ade ktorang wat slah ngan ko ker??
  2. ktorang x bajet ktorang bgus pon...projek 2 pon ktorang wat nk x nk je klau ko nk tau...
  3. stakat lpak shoutbox ktuk2 baek xyah...pastuh guna nama guest...brani talk dpan2 ar..




Post by: Jenglot™


Sunday, April 5, 2009

Kedudukan Org Yang Meninggalkan Solat

Assalamualaikum kwn2...

hope korang sudi la baca blog ni..untuk renungan kita bersama. aku tgok blok ni hanya entertainment je, xde pun islamic sikit..bukanla nk tunjuk baik, just lebih elok kita saling ingat-mengingati sesama Islam...Insya-Allah..
kat sini aku nk cerita tentang 1 perkara ni yg amat penting dalam kehidupan kita..iaitu SOLAT 5 WAKTU...korang pernah terfikir x, kita sanggup buat bnda2 x berfaedah selama berjam2, tp solat yg hanya mngambil masa hanya 5-10 minit, kita susah nk buat...betul x?
ini semua atas pilihan kita sendiri...tp solat mmg penting dlm hidup kita sbg seorang Islam..
okla, kt bwh ni aku nk crite tntang kedudukan seseorang yang tidak solat...

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A.S. Begini kisahnya...
pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. " Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.
Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah..

Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi... Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam..

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak gamakkan?

tapi..lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu." jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan Kelak.


Renungkanlah...

wassalam...

post by : Hamba Allah


Saturday, April 4, 2009

Jenis Hukuman Buat Wanita Di Akhirat...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Ambilkan kisah ini untuk dijadikan pengajaran bagi kaum hawa untuk menjadi titik tolak sebagai seorang muslimah yang berdiri teguh pada agama Islam InsyaALLAH...

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis maka dia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Baginda menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan. Aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti bab* dan badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnyasementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya kerana dia shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.
*Perempuan yang kepalanya seperti bab* dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan

Sabda Rasulullah s.a.w : Sampaikanlah ilmu dan peringatan walaupun satu ayat...

semoga dengan peringatan ini kita terlepas daripada pertanyaan oleh ALLAH S.A.W pada hari Akhirat kelak.. InsyaALLAH...

post by : Ajiebon..




Ajiebon.. : by POST <>


Thursday, April 2, 2009

Alleycats Junior


Time ni tgh jlan2 cari barang2 tuk gimik IT Fair
..lolz...ni rupanya muka aku klau afro stylezz...
Post by: Jenglot™